Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

4 KAEDAH UNTUK MENGETAHUI WAKTU SUBUR WANITA

Waktu subur ialah waktu dalam kitaran haid seseorang wanita. Sekiranya hubungan seks dilakukan dalam tempoh itu, peluang untuk hamil adalah tinggi. Ini kerana pada tempoh waktu tersebut, ovulasi sedang berlaku dalam tubuh wanita. Waktu subur seseorang wanita ialah 5 hari sebelum ovulasi dan 2 hari selepas ovulasi. Sperma lelaki boleh hidup di dalam faraj dan rahim wanita selama 3-5 hari. Namun, telur wanita selepas ovulasi hanya boleh hidup selama 12-24 jam sahaja. Waktu paling subur seseorang wanita ialah sehari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi berlaku. Oleh yang demikian, sebaiknya hendaklah merancang untuk melakukan hubungan seks sehari atau 2 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi. Berikut merupakan 4 kaedah untuk mengetahui waktu subur seseorang wanita: 1. Kaedah basal body temperature Carta bacaan suhu badan menggunakan kaedah basal body temperature Kaedah basal body temperature adalah suatu kaedah untuk mengesan ovulasi yang memerlukan anda mengambil suhu b...

5 MAKANAN SEMULAJADI UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN SUAMI DAN ISTERI

Di dalam entri sebelum ini ( 8 Tips Meningkatkan Kesuburan Suami Dan Isteri Supaya Cepat Dan Mudah Hamil ), setiap pasangan yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat hendaklah memastikan supaya mengambil makanan yang seimbang. Anda digalakkan untuk lebihkan makanan yang berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning, oren dan merah). Pastikan juga anda memakan makanan yang mengandungi protein dan kalsium. Dalam entri kali ini, dikongsikan 5 makanan semulajadi untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri. 1. Beri: ° Kumpulan beri terutamanya beri biru dan rasberi adalah sumber antioksidan yang penting untuk kualiti sperma dan telur. ° Di Shaklee kami ada Vita-E Complex untuk sumber antioksidan semulajadi. 2. Pisang: ° Pisang adalah sumber vitamin B6. ° Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan haid tidak teratur dan perkembangan telur serta sperma yang tidak sihat. ° Di Shaklee kami ada B-Complex untuk sumber vitamin B6 semulajadi. 3. ...

8 TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN SUAMI DAN ISTERI SUPAYA CEPAT DAN MUDAH HAMIL

Kepada pasangan suami isteri sama ada yang baru mendirikan rumahtangga mahupun yang telah lama mencuba tetapi masih gagal untuk hamil, jangan putus asa kerana masih dapat pelbagai jalan untuk hamil. Tidak kira bagaimana latar belakang anda, terdapat beberapa tips untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri supaya cepat dan mudah hamil. ° Pastikan berat badan anda adalah bersesuaian dengan ketinggian. Cuba kira BMI (body mass index) anda. Pastikan BMI anda berada dalam lingkungan 19-24. Sekiranya terlalu kurus atau berat badan berlebihan, ia boleh mengurangkan kesuburan anda. ° Amalkan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua pasangan perlu mengelakkan tabiat merokok atau makan berlebihan. Cuba bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. ° Melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Hubungan seksual juga sebenarnya merupakan senaman yang bagus. Cuba posisi yang berlainan untuk mengelakkan rasa bosan. Namun, tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan ...

DAH LAMA KAHWIN TETAPI BELUM ADA ANAK? SET KESUBURAN LENGKAP SUAMI ISTERI SHAKLEE MUNGKIN BOLEH MEMBANTU USAHA ANDA MENDAPATKAN ZURIAT

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti ternanti-nanti saat untuk memiliki zuriat sendiri. Anak adalah penyambung keturunan, pengikat ikatan kasih sayang antara suami isteri dan sebagai penghibur hati. Namun hati pastinya terusik jika teman yang sama-sama ke jinjang pelamin dahulu sudah memiliki anak sendiri tetapi kita masih belum ada rezeki. Set Kesuburan Lengkap Suami Isteri Shaklee mungkin boleh membantu usaha anda mendapatkan zuriat seperti testimoni di bawah ini. Manusia merancang dan berusaha, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang dan yang memberi rezeki. "Alhmdllh.....disini sya nk kngsi skit pnglman sya....setelah sthun sya mndrikn rmh tngga sy blm dkrniakn chaya mata....dan dua bln y lps sy cba set ksbrn shaklee berkat doa n sabar sy akhrye smlm sy ada brta gmbra...sy dsahkn hmil 5mnggu......doakn sy dan kdgn slmat ye.." (Puan Nurul Shahida, Kemaman, Terengganu) Testimoni Set Kesuburan Lengkap Suami Isteri Shaklee #1 SET KESUBURAN LENGKAP SUA...

RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN: MENGAPA IA BERLAKU DAN BAGAIMANA CARA MENGATASINYA?

“Saya mempunyai masalah keguguran rambut yang amat teruk selepas melahirkan anak. Saya ingin tahu mengapa ia berlaku serta bagaimana untuk saya mengatasi masalah tersebut dan caranya untuk memastikan supaya rambut saya kembali sihat seperti dulu?” (Puan A, Subang Jaya, Selangor) Rambut gugur selepas bersalin Keguguran rambut selepas bersalin adalah umum bagi wanita. Ia biasanya berlaku pada bulan keempat selepas bersalin. Rambut gugur dengan banyaknya kira-kira 200 ke 300 helai sehari dan rambut kelihatan jarang pada puncak kepala. Faktor utama keguguran rambut selepas bersalin ini adalah kerana perubahan hormon estrogen dan progesteron . Semasa mengandung, hormon estrogen dan progesteron meningkat dengan tinggi bagi melindungi dan membolehkan bayi membesar. Peningkatan ini menyebabkan rambut ibu masuk ke fasa anagen iaitu rambut tidak akan gugur dan sebaliknya tumbuh dengan sihat. Namun, kedua-dua hormon ini akan menurun dengan mendadak selepas bersalin. Penurunan hormon i...

ULSER MULUT: JANGAN AMBIL RINGAN! CEGAH SEBELUM PARAH DENGAN SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS SHAKLEE

Ulser mulut adalah penyakit yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam tempoh masa yang singkat. Ulser mulut adalah penyakit tidak berjangkit namun jika dibiarkan berlarutan, ia mungkin merupakan petanda kepada sesuatu penyakit lain. Oleh itu, mengenal pasti punca terjadinya ulser mulut adalah penting supaya anda mendapatkan rawatan yang sewajarnya. APA ITU ULSER MULUT? Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan. Ulser mulut ini bukan sekadar terjadi di bahagian bibir sahaja, malahan boleh juga terdapat di bahagian tepi bibirm bawah lidah dan tepi lidah. Ulser mulut: jangan ambil ringan! Tanda-tanda ulser mulut: ° Tanda-tanda bulat berwarna putih atau kuning dan ia selalunya dikelilingi persekitaran yang agak merah. ° Ulser mulut ini kebiasaannya bersaiz tidak melebihi daripada 2 atau 3mm besarnya. ° Sakit pada bahagian tersebut terutamanya apabila ulser t...

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS SHAKLEE: BEKALAN VITAMIN C SEMULAJADI UNTUK SEPANJANG HARI

Vitamin C juga dikenali sebagai sebagai asid askorbik. Keperluan minimum seperti yang digariskan oleh USRDA (United Stated Recommended Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari. Walau bagaimanapun, untuk kesan yang maksimum, pengambilan vitamin C dalam dos yang lebih tinggi adalah disyorkan. Vitamin ini larut di dalam air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan tubuh sentiasa mempunyai kandungan vitamin C yang diperlukan. Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh sel-sel badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting seperti dengan mengambil satu tablet Sustained Release Vita-C Plus Shaklee setiap hari. Sustained Release Vita-C Plus Shaklee Harga runcit: RM92.50 PERBEZAAN SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS SHAKLEE DENGAN SUPLEMEN VITAMIN C JENAMA LAIN ° Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitami...

7 JENIS AKTIVITI SANTAI YANG MAMPU BAKAR KALORI TUBUH DAN KURUSKAN BADAN

Antara alasan paling kerap diberikan apabila tidak bersenam ialah mempunyai aktiviti harian yang sangat padat sehingga tidak ada masa untuk berkunjung ke gimnasium atau mana-mana pusat kecergasan. Tahukah anda? Anda masih boleh membakar kalori tubuh dan mendapatkan badan yang kurus dan langsing dengan melakukan beberapa aktiviti santai sebagai pengganti senaman di gimnasium. 1. Berbasikal Jika anda tidak suka berjalan kaki, anda boleh mencari alternatif lain iaitu dengan berbasikal yang semestinya cukup mudah dan menyihatkan. Berbasikal dapat membentuk otot paha dan punggung supaya menjadi lebih mantap. Ubahlah kebiasaan anda dari menaiki kereta untuk ke tempat yang berdekatan rumah dengan menaiki basikal. Berbasikal selama 1 jam dapat membakar sehingga 600 kalori. 2. Berjalan kaki Tidak salah sekiranya anda berjalan kaki jika jarak tempat yang anda ingin tuju tidak terlalu jauh. Walaupun ia akan mengambil sedikit masa tetapi sekurang-kurangnya akan dapat membantu anda...

Archive

Show more