10 MAKANAN SIHAT UNTUK MENGURANGKAN STRESS

Ramai yang memilih untuk makan apabila stress. Walau bagaimanapun, tidak semua makanan yang diambil itu baik untuk mengurangkan stress malahan mungkin boleh jadi lebih teruk lagi. Jadi, pilihlah makanan yang mengandungi khasiat untuk melawan stress.


1. Teh - elakkan kegelisahan

Teh hijau atau teh chamomile boleh menjadi pilihan untuk meregangkan otot. Dalam buku Performance Nutrition tulisan Dr Phaidon L. Toruan menyatakan theanine (asid amino) yang terdapat di dalam teh dapat memberi kesan yang menenangkan. Manakala bisabolol (bahan aktif yang terdapat di dalam chamomile essential oil) mengandungi anti iritasi, anti radang dan anti-microbial yang baik untuk mengatasi gangguan tidur dan rasa panik.

2. Coklat - snek untuk kesihatan

Coklat mengandungi kadar tryptophan dan pengambilannya membantu anda membentuk serotonin untuk menjadikan perasaan dan fikiran lebih tenang. Tidak salah untuk mengambil coklat sebanyak 6-7 gram setiap hari.

3. Makanan laut - kembalikan mood

Tiada masa untuk bercuti di pantai untuk menenangkan fikiran? Memadailah dengan menikmati makanan laut untuk mengurangkan keresahan. Pengambilan udang, tuna atau kerang yang mengandungi serotonin dan asid amino (tryptophan) dapat membantu anda mengurangkan keresahan atau ketakutan pada diri sendiri.

4. Sarapan - pemberi tenaga

Menurut Andrea Wardle dari The College of Naturopathic, sarapan itu wajib dan sekurang-kurangnya bersarapanlah 2 jam selepas anda bangun dari tidur. Ini penting untuk anda mengisi badan dengan bahan bakar selepas berpuasa semalaman. Jadi, pilihlah sarapan yang mengandungi protein tinggi seperti telur, kacang dan bijian.

5. Air - ubat semulajadi anti stress

Kajian menunjukkan hubungan yang kuat antara dehidrasi dengan depresi. Sebanyak 85% jaringan otak terdiri daripada air. Jadi, minumlah sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari. Ini adalah perkara paling mudah dilakukan tetapi kerap diabaikan.

6. Yogurt - ketahanan badan

Untuk menambahkan imunisasi dalam badan, ambillah yogurt. Ini kerana ia mengandungi bakteria baik untuk menjaga saluran penghadaman dan ketahanan badan. Ambillah sekurang-kurangnya 2 cawan yogurt setiap hari.

7. Epal - kulitnya mengandungi antioksidan

Kulit epal mengandungi phytochemicals (antioksidan) untuk mencegah radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan. Ambillah buah-buahan secara teratur dan makanlah nuah-buahan dengan kulitnya. Pastikan anda mencuci dan bilas epal dengan air bersih sebelum menikmatinya.

8. Brokoli - sumber tenaga

Apabila badan sudah keletihan, sudah tentu anda tidak akan bersemangat untuk melakukan sebarang aktiviti. Ini kerana, stress menjadikan sistem pernafasan dan peredaran darah bekerja lebih untuk memastikan bahan bakar (glukosa) dalam aliran darah terus berfungsi. Kesannya juga boleh menyebabkan tenaga dalam badan terganggu. Begitu juga dengan kekurangan kalium atau potassium boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan stamina menurun. Kembalikan tenaga anda dengan pengambilan sayuran seperti brokoli yang tinggi kandungan potassium.

9. Susu suam - tidur lena

Bancuhlah segelas susu suam untuk membantu anda lebih tenang. Walaupun trytophan (serotonin) menjadikan anda relaks tetapi asid amino dalam segelas susu tidak cukup untuk membuatkan anda tidur lena, Mungkin amalan meminum segelas susu suam lebih kepada bersifat psikologi (kenangan semasa kecil yang penuh kasih sayang).

10. Sedikit tetapi kerap

Tahukah anda? Hormon stress boleh mendorong pengeluaran kolesterol dalam badan dan jika jumlahnya berlebihan, boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat seterusnya mengakibatkan serangan jantung dan strok. Menurut Dr Susan Smith Jones, pakar kesihatan Amerika Syarikat, dengan makan dalam jumlah yang sedikit setiap 3-4 jam sekali boleh membakar metabolisme, menstabilkan gula dalam darah dan membantu mengurangkan kolesterol.

Pengambilan vitamin B-kompleks juga dapat membantu mengurangkan dan mengawal tanda-tanda stress. Di Shaklee kami ada B-Complex yang mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B semulajadi.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment