TIPS MENGELAKKAN KOYAKAN BESAR DAN JAHITAN YANG BANYAK SEMASA MELAHIRKAN ANAK

Setiap ibu hamil pasti tidak dapat lari daripada dihantui kebimbangan mengalami koyakan besar dan jahitan yang banyak pada bahagian perineum atau digunting (episiotomi) semasa melahirkan anak. Kebimbangan ini semakin bertambah apabila semakin hampir waktu bersalin. Jangan risau, jangan panik ibu-ibu sekalian. Anda boleh mengawal jumlah jahitan yang diterima sekiranya anda mengetahui tips mengelakkan koyakan besar dan jahitan yang banyak semasa melahirkan anak berikut.

Senaman kegel:

Senaman kegel
4 fakta umum mengenai senaman kegel

Senaman kegel penting untuk mengelakkan koyakan perineum di samping membantu proses meneran ketika bersalin. Senaman ini dilakukan pada usia kehamilan 7 bulan dan ke atas bagi menguatkan otot pelvik. Ianya merupakan senaman yang mudah diamalkan di mana-mana sahaja dan sebaiknya dilakukan dengan kerap setiap hari.

Cara melakukan senaman kegel ialah dengan mengemutkan otot lantai pelvik anda (sama seperti menahan kencing). Pastikan anda bernafas dengan selesa serta abdomen, paha dan punggung anda tidak mengeras. Senaman ini perlu dilakukan selama 3 saat dan lepas balik. Ulang sebanyak 10-15 kali dan lakukan 3 sesi sehari.

Urutan perineal:

Urutan perineal
Cara melakukan urutan perineal dengan menggunakan minyak kelapa dara

Sapukan minyak kelapa dara (atau minyak zaitun) pada bahagian perineum. Lakukan urutan perineal untuk membantu mengurangkan trauma episiotomi. Urutan ini didapati efektif bagi mengurangkan risiko koyakan tahap ketiga dan keempat.

Pernafasan yang betul:

Teknik bernafas yang betul ketika melahirkan anak
penting untuk memastikan proses bersalin lancar
dan ibu tidak kehilangan banyak tenaga

Ketika merasakan kontraksi awal bersalin (Braxton hicks), tarik nafas dalam-dalam melalui lubang hidung. Lepaskan perlahan menerusi mulut.

Kemudian, ketika mula merasakan kontraksi semakin kerap dan sakit, ubah pernafasan menjadi pendek-pendek. Bernafas ikut mulut dan lepaskan cepat-cepat mengikut mulut (keadaan seperti termengah-mengah). Jangan kosongkan paru-paru sebaliknya, terus tarik nafas pendek seterusnya.

Apabila merasakan seolah hendak meneran, tetapi bukaan vagina masih belum sampai 10cm lagi, tarik nafas 2 kali mengikut hidung dan lepaskan sekali mengikut mulut.

Tiba masa untuk meneran, tarik nafas dalam-dalam mengikut mulut dan lepaskan dengan sekali nafas secara perlahan-lahan mengikut mulut juga. Lepas secara perlahan-lahan untuk mengelakkan bayi daripada masuk kembali.

Pastikan posisi meneran dalam dalam keadaan duduk bersandar sedikit (katil diangkat atau suami membantu untuk mengampu bahagian belakang badan/kepala). Pastikan posisi kepala lebih tinggi daripada berbaring.

Suami boleh membantu menekan lutut isteri agar isteri tidak mengangkat punggung ketika meneran bagi mengelakkan koyakan besar dan jahitan yang banyak pada vagina.

Meneran dengan betul:

Teknik meneran yang betul ketika melahirkan anak penting
untuk memastikan proses bersalin lancar dan ibu tidak kehilangan
banyak tenaga

Belajar teknik meneran dengan betul dan selamat bagi mengelakkan koyakan besar dan jahitan yang banyak. Elakkan mengangkat punggung ketika meneran. Pegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran.

Dalam keadaan panik, petua mudah ini biasanya dilupakan. Justeru, berpesan-pesan pada suami untuk membantu dan mendorong ketika meneran agar proses bersalin lancar dan ibu tidak kehilangan
banyak tenaga.


Semoga entri ini bermanfaat untuk bakal-bakal ibu dan menjadi persediaan untuk melahirkan anak kelak. Bagi ibu yang telah selamat bersalin dan sedang berpantang, jom baca entri tips menjaga luka episiotomi selepas kelahiran normal supaya luka bersalin cepat sembuh.

Kepada ibu-ibu yang masih belum menyediakan keperluan nutrisi semasa berpantang bolehlah mendapatkan Set Berpantang Shaklee yang sesuai untuk bersalin normal mahupun secara pembedahan serta membantu dalam penyembuhan luka bersalin, menambah susu ibu dan selamat untuk bayi (tidak panas dan tidak menyebabkan jaundis).


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment:

  1. Melakukan senaman pernafasan ketika hamil sgt membantu proses pernafasan sewaktu meneran ketika nak bersalin kelak..

    ReplyDelete