Skip to main content

Posts

Showing posts with the label nutriferon

Ulser Mulut Tak Sembuh-Sembuh? Ketahui Cara Cepat Merawatnya

Ulser mulut mungkin nampak macam masalah kecil, tapi kalau dah bertahan lama dan tak sembuh-sembuh, ia boleh jadi punca stres. Setiap kali nak makan, bercakap, atau minum, rasa pedih yang datang memang boleh buat kita rasa tak selesa sepanjang hari. Ulser mulut juga boleh menjejaskan selera makan, sampai ada yang malas nak makan kerana sakitnya. Tapi korang tahu tak, ulser mulut sebenarnya boleh dirawat dengan cepat jika kita tahu caranya? Dalam artikel ni, saya nak kongsikan segala yang korang perlu tahu tentang ulser mulut, termasuk punca, faktor yang menyumbang, serta tips dan petua mudah untuk rawat ulser mulut supaya cepat sembuh. Apa Itu Ulser Mulut? Ulser mulut ialah luka kecil di bahagian dalam mulut seperti pipi, lidah, bibir, atau bahagian bawah gusi. Biasanya, ulser mulut berbentuk bulat atau bujur dengan bahagian tengah berwarna putih atau kuning dan tepi berwarna merah. Walaupun ulser ini tidak berjangkit, ia boleh menyebabkan rasa pedih yang mengganggu aktiviti harian....

Rawatan Semulajadi dan Moden untuk Demam Denggi

Demam denggi, sejenis penyakit yang berpunca daripada virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes, adalah ancaman kesihatan yang tidak boleh dipandang ringan. Walaupun nampak seperti penyakit biasa, denggi sebenarnya boleh membawa komplikasi serius seperti denggi berdarah dan kejutan denggi (dengue shock syndrome) jika tidak dirawat dengan betul. Bagi mereka yang pernah mengalaminya, pasti tahu betapa peritnya situasi ini – badan terasa lemah, demam tinggi, sakit sendi, malah rasa macam tak berdaya untuk buat apa-apa. Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan rawatan semulajadi dan moden yang boleh membantu pesakit demam denggi untuk pulih dengan lebih cepat dan berkesan. Apa Itu Demam Denggi? Demam denggi disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti atau Aedes albopictus. Nyamuk ini biasanya aktif pada waktu pagi dan lewat petang. Virus denggi akan menyerang sistem imun badan, menyebabkan gejala seperti: Demam tinggi secara tiba-tiba. Sakit kepala ...

Denggi: Punca, Tanda-Tanda dan Cara Mudah Mengatasinya

Musim hujan dah tiba, dan dengan itu, ancaman denggi mula meningkat. Setiap kali dengar cerita jiran atau kawan masuk hospital sebab denggi, mesti kita rasa risau. Penyakit ni bukan saja buat badan lemah, tapi kalau tak dirawat dengan cepat, boleh jadi sangat serius. Dalam entri kali ni, saya nak kongsikan semua yang korang perlu tahu tentang denggi – daripada punca, tanda-tanda, hingga ke cara mencegah dan merawatnya. Punca Denggi Denggi adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes aegypti . Nyamuk ni aktif waktu pagi dan petang, dan ia membiak dalam air bertakung seperti di dalam pasu bunga, baldi, atau tayar lama. Bila nyamuk yang membawa virus ni gigit kita, virus akan masuk ke dalam badan dan menyebabkan demam denggi. Faktor Risiko Persekitaran Tidak Bersih Kawasan dengan banyak tempat pembiakan nyamuk seperti longkang tersumbat atau air bertakung meningkatkan risiko jangkitan. Musim Hujan Hujan lebat selalunya menyebabkan banyak air bertakun...

Ruam Kulit Mengganggu Hidup Anda? Ini Solusinya!

Pernah tak korang bangun pagi dan tiba-tiba nampak kulit merah-merah, gatal, atau berbintik-bintik? Rasa tak selesa sampai hilang mood nak buat apa-apa. Kalau korang pernah alami masalah ni, mesti faham betapa stresnya bila ruam kulit menyerang. Lagi-lagi kalau ia jadi kat kawasan yang jelas kelihatan, memang buat keyakinan diri jatuh terus. Tapi jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Dalam entri kali ni, saya akan kongsikan punca, tanda-tanda, faktor risiko, dan yang paling penting, tips serta solusi untuk atasi ruam kulit. Jom kita bongkar semuanya, termasuk bagaimana produk Shaklee boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Punca Ruam Kulit Ruam kulit boleh berlaku atas pelbagai sebab. Antara punca yang biasa ialah: Alergi Alergi terhadap makanan, bahan kimia, atau habuk boleh menyebabkan reaksi pada kulit. Contohnya, sesetengah orang sensitif terhadap makanan laut atau bahan dalam sabun pencuci. Jangkitan Kulat atau Bakteria Ruam juga boleh disebabkan ...

Petua Semulajadi Hilangkan Gatal-Gatal dan Ruam dengan Cepat

Korang pernah tak rasa gatal-gatal yang sampai tak boleh duduk diam? Kadang-kadang gatalnya jadi makin teruk bila kita garu. Bila dah naik ruam, rasa lagi tak selesa – kulit merah-merah, panas, kadang tu sampai pedih. Masalah ni nampak macam kecil, tapi kalau dibiarkan, boleh buat kita stres dan hilang keyakinan. Kalau korang tengah hadapi masalah ni, jangan risau. Dalam entri ni, saya akan kongsikan punca, sebab, dan petua semulajadi untuk hilangkan gatal-gatal dan ruam dengan cepat. Saya juga akan cerita macam mana produk Shaklee boleh membantu atasi masalah ni secara semula jadi. Punca Gatal-Gatal dan Ruam Sebelum kita pergi ke cara nak atasi, penting untuk tahu apa punca utama masalah ni: Alergi Gatal-gatal boleh berlaku sebab alergi terhadap makanan, bahan kimia, habuk, atau bulu haiwan. Sistem imun kita bertindak balas secara berlebihan, menyebabkan ruam dan kegatalan. Kulit Sensitif Kulit sensitif mudah terjejas oleh bahan seperti sabun, detergen, atau losyen yang mengand...

Nutriferon Granules Shaklee pengganti panadol telah kehabisan stok di pasaran!

 Hari ini kami dikejutkan dengan berita kehabisan stok di HQ Shaklee. Ini bermakna stok yang ada sekarang di pasaran bakal melihat kenaikan harga! Waduh macamana nak buat promosi ni kalau ada low stok dalam tangan. Set Defence Shaklee kemain laku sejak kebelakangan ini. Retail Price:   RM190.00 (non-member) Untuk anda yang sedang mencari-cari produk pengganti panadol ini, bolehlah hubungi kami segera. harga member semestinya lebih murah dari harga retail atau non-member. Cepat! nanti habis

Cara makan supplement shaklee yang betul

Alhamdulillah sehingga hari ini masih dikurniakan umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat. Sebelum memulakan hari yang ceria terutamanya pada musim cuti sekolah ini, adalah lebih afdal sekiranya dipanjatkan kepada Allah swt agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hari ini. Jom solat dhuha sekejap. Produk-produk Shaklee yang selalu habis di pasaran Saya nak kongsikan produk Shaklee yang diambil seharian. Mungkin sedikit berbeza dengan orang lain tapi matlamatnya tetap sama, nak mencegah daripada terkena penyakit. Bila dah sakit juga, redha sahajalah. Anggaplah Allah nak hapuskan dosa-dosa dari diri. Kifarah. Sebelum Sarapan Selepas bangun pagi sebelum sarapan, saya akan mengambil satu sudu vivix. Saya guna sudu plastik putih bersaiz ala-ala sudu teh. Vivix ni senang meleleh keluar dari botol, so sudu plastiklah penyelesaiannya. Tak percaya? cuba dulu. Info lanjut mengenai Vivix di  sini . Ketika bersarapan dan selepas sarapan Selepas ata...

Fungsi NutriFeron Shaklee Sebagai Ganti Panadol

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain." sumber:  http://hafizamri.com/bahaya-ubat-panadol-pada-tubuh-badan-kita/ Apabila rasa hendak sakit atau demam atau sakit yang berkaitan dengannya, kita sudah terbiasa dengan mengambil jalan pintas telan 2 biji panadol untuk melegakan kesakitan itu. Kesedaran mengenai bahaya panadol mulai berkembang. Mengambil inisiatif mencegah lebih baik dari mengubati, kami cadangkan supaya pengambilan NutriFeron setiap hari atau ketika rasa hendak demam atau sakit sangat-sangatlah suatu tindakan yang amat bijak. NutriFeron Shaklee sangat disukai oleh kanak-kank Kita kenali salah satu produk hangat yang se...

SET CHICKEN POX SHAKLEE UNTUK MEMBANTU PENYEMBUHAN DAN MENGHILANGKAN PARUT DENGAN CEPAT DAN SELAMAT

Ramai di kalangan kita yang pernah mengalami chicken pox. Kebiasaannya ia berlaku kepada kanak-kanak tetapi adalah tidak mustahil untuk orang dewasa turut dijangkiti. Malahan lelaki dan perempuan mempunyai risiko yang sama untuk mendapat jangkitan ini. APA ITU CHICKEN POX DAN BAGAIMANA KITA BOLEH DIJANGKITI OLEH CHICKEN POX? Chicken pox berlaku akibat jangkitan virus varicella zoster. Jangkitan virus ini boleh berlaku melalui direct droplet iaitu titisan cecair yang keluar secara langsung dari mulut pesakit. Ia juga boleh berjangkit melalui udara yang telah tercemar dengan titisan cecair tersebut. Selain itu, penggunaan peralatan ataupun perkakas yang telah tercemar dengan cecair yang pecah daripada ruam (blister) pada kulit pesakit juga boleh menyebabkan jangkitan. Penyakit chicken pox ini sesungguhnya adalah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit. TANDA-TANDA AWAL CHICKEN POX Proses jangkitan boleh berlaku antara dua hari sebelum munculnya ruam-ruam sehingga ...

NUTRIFERON SHAKLEE: SUPLEMEN HASIL PENYELIDIKAN PAKAR IMUN TERKEMUKA

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (NutriFeron Shaklee). Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle Jepun dan biji plantago, mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formula yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai menemuan terhebat dalam bidang imunologi. NutriFeron Shaklee Harga runcit: RM181.25 PERBEZAAN NUTRIFERON SHAKLEE NutriFeron Shaklee merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan sistem imun. Apabila diambil setiap hari, ia dapat meningkatkan pengeluaran interferon semul...