Skip to main content

Posts

Showing posts with the label performance drink

Ulser Mulut Tak Sembuh-Sembuh? Ketahui Cara Cepat Merawatnya

Ulser mulut mungkin nampak macam masalah kecil, tapi kalau dah bertahan lama dan tak sembuh-sembuh, ia boleh jadi punca stres. Setiap kali nak makan, bercakap, atau minum, rasa pedih yang datang memang boleh buat kita rasa tak selesa sepanjang hari. Ulser mulut juga boleh menjejaskan selera makan, sampai ada yang malas nak makan kerana sakitnya. Tapi korang tahu tak, ulser mulut sebenarnya boleh dirawat dengan cepat jika kita tahu caranya? Dalam artikel ni, saya nak kongsikan segala yang korang perlu tahu tentang ulser mulut, termasuk punca, faktor yang menyumbang, serta tips dan petua mudah untuk rawat ulser mulut supaya cepat sembuh. Apa Itu Ulser Mulut? Ulser mulut ialah luka kecil di bahagian dalam mulut seperti pipi, lidah, bibir, atau bahagian bawah gusi. Biasanya, ulser mulut berbentuk bulat atau bujur dengan bahagian tengah berwarna putih atau kuning dan tepi berwarna merah. Walaupun ulser ini tidak berjangkit, ia boleh menyebabkan rasa pedih yang mengganggu aktiviti harian....

Rawatan Semulajadi dan Moden untuk Demam Denggi

Demam denggi, sejenis penyakit yang berpunca daripada virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes, adalah ancaman kesihatan yang tidak boleh dipandang ringan. Walaupun nampak seperti penyakit biasa, denggi sebenarnya boleh membawa komplikasi serius seperti denggi berdarah dan kejutan denggi (dengue shock syndrome) jika tidak dirawat dengan betul. Bagi mereka yang pernah mengalaminya, pasti tahu betapa peritnya situasi ini – badan terasa lemah, demam tinggi, sakit sendi, malah rasa macam tak berdaya untuk buat apa-apa. Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan rawatan semulajadi dan moden yang boleh membantu pesakit demam denggi untuk pulih dengan lebih cepat dan berkesan. Apa Itu Demam Denggi? Demam denggi disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti atau Aedes albopictus. Nyamuk ini biasanya aktif pada waktu pagi dan lewat petang. Virus denggi akan menyerang sistem imun badan, menyebabkan gejala seperti: Demam tinggi secara tiba-tiba. Sakit kepala ...

Sakit Lutut Kronik? Ketahui Langkah Rawatan yang Berkesan

Sakit lutut kronik memang boleh jadi mimpi ngeri. Aktiviti harian yang dulunya mudah – seperti berjalan, naik tangga, atau duduk bangun – tiba-tiba rasa macam cabaran besar. Kalau korang pernah rasa sakit lutut yang berpanjangan, mesti korang faham betapa peritnya situasi ni. Tapi jangan putus asa, sebab ada cara untuk merawat dan mengurangkan sakit lutut dengan berkesan. Dalam entri kali ni, saya akan kongsikan punca, faktor risiko, tanda-tanda, serta langkah rawatan terbaik untuk sakit lutut kronik. Saya juga akan ceritakan bagaimana produk Shaklee boleh membantu menyokong kesihatan sendi secara semula jadi. Punca Sakit Lutut Kronik Kecederaan Kecederaan seperti ligamen terkoyak atau rawan lutut yang haus boleh menyebabkan sakit lutut yang berpanjangan. Osteoartritis Penyakit ini berlaku apabila rawan yang melindungi tulang pada sendi mula haus, menyebabkan geseran antara tulang. Obesiti Berat badan berlebihan memberikan tekanan tambahan pada sendi lutut, mempercepatkan...

Penyakit Batu Karang: Jangan Tunggu Sampai Terlambat

Pernah tak rasa sakit di bahagian belakang atau tepi perut yang datang secara tiba-tiba?   Kadang-kadang, rasa sakit tu boleh sampai ke bahagian bawah perut dan paha.   Kalau ya, mungkin anda sedang mengalami simptom batu karang.   Batu karang adalah masalah biasa yang boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira usia.   Ia terbentuk daripada gumpalan mineral dan garam yang terkumpul dalam buah pinggang.   Masalah ni bukan sekadar sakit biasa, tapi boleh membawa komplikasi yang serius kalau dibiarkan.   Mari kita kupas lebih lanjut tentang punca, faktor risiko, tanda-tanda, dan cara untuk mencegah batu karang.   Apa Sebabnya Batu Karang Terbentuk?   Punca utama batu karang adalah dehidrasi.   Apabila badan kekurangan air, air kencing menjadi lebih pekat dan mineral yang sepatutnya larut boleh terkumpul dan membentuk kristal.   Pemakanan yang tinggi oksalat seperti bayam, coklat, dan kacang ...

Cara makan supplement shaklee yang betul

Alhamdulillah sehingga hari ini masih dikurniakan umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat. Sebelum memulakan hari yang ceria terutamanya pada musim cuti sekolah ini, adalah lebih afdal sekiranya dipanjatkan kepada Allah swt agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hari ini. Jom solat dhuha sekejap. Produk-produk Shaklee yang selalu habis di pasaran Saya nak kongsikan produk Shaklee yang diambil seharian. Mungkin sedikit berbeza dengan orang lain tapi matlamatnya tetap sama, nak mencegah daripada terkena penyakit. Bila dah sakit juga, redha sahajalah. Anggaplah Allah nak hapuskan dosa-dosa dari diri. Kifarah. Sebelum Sarapan Selepas bangun pagi sebelum sarapan, saya akan mengambil satu sudu vivix. Saya guna sudu plastik putih bersaiz ala-ala sudu teh. Vivix ni senang meleleh keluar dari botol, so sudu plastiklah penyelesaiannya. Tak percaya? cuba dulu. Info lanjut mengenai Vivix di  sini . Ketika bersarapan dan selepas sarapan Selepas ata...

SET CHICKEN POX SHAKLEE UNTUK MEMBANTU PENYEMBUHAN DAN MENGHILANGKAN PARUT DENGAN CEPAT DAN SELAMAT

Ramai di kalangan kita yang pernah mengalami chicken pox. Kebiasaannya ia berlaku kepada kanak-kanak tetapi adalah tidak mustahil untuk orang dewasa turut dijangkiti. Malahan lelaki dan perempuan mempunyai risiko yang sama untuk mendapat jangkitan ini. APA ITU CHICKEN POX DAN BAGAIMANA KITA BOLEH DIJANGKITI OLEH CHICKEN POX? Chicken pox berlaku akibat jangkitan virus varicella zoster. Jangkitan virus ini boleh berlaku melalui direct droplet iaitu titisan cecair yang keluar secara langsung dari mulut pesakit. Ia juga boleh berjangkit melalui udara yang telah tercemar dengan titisan cecair tersebut. Selain itu, penggunaan peralatan ataupun perkakas yang telah tercemar dengan cecair yang pecah daripada ruam (blister) pada kulit pesakit juga boleh menyebabkan jangkitan. Penyakit chicken pox ini sesungguhnya adalah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit. TANDA-TANDA AWAL CHICKEN POX Proses jangkitan boleh berlaku antara dua hari sebelum munculnya ruam-ruam sehingga ...

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE: MINUMAN ISOTONIK TULEN YANG BEBAS KARBONAT DAN KURANG GULA

Dehidrasi berlaku apabila badan kehilangan air secara berlebihan melebihi pengambilan air, biasanya disebabkan oleh senaman (berpeluh) atau penyakit. Tubuh tidak akan terjejas melalui kehilangan air sebanyak 3-4%. Kehilangan air sebanyak 5-8% boleh menyebabkan keletihan dan pening kepala. Kehilangan lebih 10% air dalam badan boleh menyebabkan kemerosotan fizikal dan mental serta rasa dahaga yang teruk. Jika berlaku kehilangan air dalam badan lebih daripada 15-25%, biasanya boleh membawa maut. Dehidrasi ringan boleh diatasi dengan kaedah rehidrasi oral seperti dengan mengambil minuman isotonik. Minuman isotonik yang terdiri daripada gabungan air, gula dan elektrolit adalah lebih baik dalam menggalakkan penghidratan berbanding lain-lain minuman. Glukos merupakan sumber tenaga yang menjadi pilihan badan. Oleh itu, adalah wajar untuk mengambil minuman isotonik di mana sumber karbohidrat adalah glukos dengan pekatan enam hingga lapan peratus seperti yang terdapat di dalam Performance Drin...

VITAMIN SHAKLEE UNTUK MENCEGAH DAN MERAWAT PENYAKIT GOUT

APA ITU PENYAKIT GOUT DAN  BAGAIMANA  PENYAKIT GOUT   BOLEH BERLAKU? Penyakit gout berlaku apabila terdapat asid urik secara berlebihan di dalam tubuh kerana buah pinggang tidak dapat membuang asid urik tersebut atau tubuh menghasilkan asid urik secara berlebihan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi penghidap penyakit gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi yang kemudiannya membuatkan sendi membengkak. Asid urik berlebihan akan  terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan sendi membengkak BAGAIMANA MENCEGAH DAN MERAWAT  PENYAKIT GOUT ? Penyakit gout adalah sejenis penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya: ° Rehatkan sendi semasa serangan penyakit gout. ° Ubat-ubatan anti radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. °...

SET DENGGI SHAKLEE MENINGKATKAN SISTEM PERTAHANAN TUBUH BADAN SEMASA DEMAM DENGGI

APA ITU DEMAM DENGGI? Demam denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlarutan selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Demam denggi akibat dari gigitan nyamuk Aedes boleh membawa maut BAGAIMANA DEMAM DENGGI  BOLEH BERLAKU? Demam denggi terjadi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4 hingga 5 hari pada tahap awal penyakit. Antara tanda-tanda sudah dijangkiti virus denggi ialah: ° Demam kuat secara mengejut dan berterusan. ° Ruam pada kulit. ° Sakit tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala...