Skip to main content

Posts

Showing posts with the label indeks glisemik

INDEKS GLISEMIK (GI) DAN KEPENTINGAN GI RENDAH

APA ITU INDEKS GLISEMIK (GI)? Apa itu indeks glisemik (GI)? GI diukur berdasarkan tindak balas glukosa dalam darah selepas makan sejumlah kandungan karbohidrat terkandung dalam makanan berbanding dengan jumlah karbohidrat yang sama dalam makanan rujukan (contoh roti putih atau glukosa). Setiap kali kita ambil makanan karbohidrat, tahap glukosa dalam darah akan meningkat untuk seketika dan kemudiannya kembali ke paras normal. Berapa tinggi peningkatan dan berapa cepat tahap glukosa dalam darah kembali normal bergantung kepada GI makanan tersebut. Dengan memilih makanan rendah GI, kita sebenarnya membantu sistem badan untuk mengawal paras glukosa darah dalam imbangan. Makan rendah GI yang mempunyai gred bawah 55, melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. KESAN MAKANAN TINGGI INDEKS GLISEMIK (GI)? Makanan tinggi GI menyebabkan paras glukosa dalam darah meningka...