Episiotomi adalah kaedah memotong sedikit bahagian di antara faraj dan lubang dubur ketika kepala bayi mula keluar semasa proses kelahiran normal. Tujuan utama ia dilakukan adalah untuk mengurangkan risiko koyakan pada faraj yang tidak terkawal ketika bersalin dan memudahkan laluan bayi. Episiotomi adalah pilihan tetapi kebanyakan kelahiran terutamanya kandungan sulung, kelahiran songsang serta sebelum prosedur vakum atau forceps tidak akan lari dari menjalani episiotomi. Adalah penting untuk anda mengetahui tips menjaga luka episiotomi dengan baik bagi mengelakkan jangkitan kuman, darah beku, jahitan terbuka dan sakit semasa melakukan hubungan suami isteri. Episiotomi semasa proses kelahiran Tips menjaga luka episiotomi selepas kelahiran normal: ° Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama . Elakkan juga duduk bersila atau baring terlalu lama. Bangun sesekali dan berjalan-jalan di dalam bilik. Pastikan cukup rehat. ° Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ais akan menye...
Destinasi utama anda untuk mendapatkan info produk kesihatan Shaklee yang berkualiti tinggi. Kami menawarkan rangkaian lengkap produk Shaklee yang dipatenkan khas untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan anda sekeluarga. Sama ada anda mencari vitamin, suplemen, atau produk penjagaan kesihatan, semuanya ada di sini. Pilih yang terbaik untuk gaya hidup sihat anda, dengan servis yang mesra dan penghantaran yang pantas. Jom sihat bersama Shaina Shop Dot Net hari ini!