Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kesihatan wanita

Mitos dan Fakta Tentang Waktu Subur Wanita

Bila bercakap tentang perancangan kehamilan, waktu subur adalah topik yang selalu jadi perbualan hangat. Tapi malangnya, masih ramai yang keliru antara fakta dan mitos tentang waktu subur. Ada yang percaya sesuatu yang salah, dan akhirnya, mereka kecewa bila usaha untuk mendapatkan cahaya mata tidak berhasil. Dalam entri kali ni, saya nak kongsikan beberapa mitos dan fakta tentang waktu subur wanita, termasuk punca kekeliruan, tanda-tanda ovulasi, cara mengira waktu subur dengan tepat, dan bagaimana produk Shaklee boleh membantu menyokong kesihatan reproduktif wanita. Mitos & Fakta Kesuburan Mitos 1: Wanita Subur Sepanjang Bulan Fakta: Tidak, wanita hanya subur dalam tempoh tertentu setiap kitaran haid. Secara purata, wanita hanya mempunyai peluang untuk hamil sekitar 5-6 hari dalam satu bulan, iaitu beberapa hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi itu sendiri. Sebab itulah penting untuk kenal pasti waktu subur dengan tepat. Mitos 2: Semua Wanita Ovulasi Pada Hari Ke-14 Kita...

3 PUNCA STRESS WANITA BERKERJAYA

Ramai di kalangan kita tidak menyedari bahawa stress atau tekanan kerja sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua terutama sekali wanita berkerjaya. Tugasan dan tanggungjawab berganda sebagai seorang pekerja, isteri dan ibu, adakalanya menyebabkan wanita berhadapan dengan pelbagai masalah berkaitan perasaan dan emosi. Stress dan tekanan yang tinggi dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutama serangan penyakit tekanan darah tinggi . Persoalannya, apakah punca utama yang menyebabkan masalah ini terjadi? 1. Waktu bekerja yang panjang Kerja lebih masa sesuai dilakukan sekali sekala sahaja dalam tempoh tertentu. Masalah ini jika berterusan akan mengundang situasi negatif bukan sahaja terhadap tahap kesihatan tetapi juga kualiti kerja. Selain itu, kerja lebih masa akan membuatkan sistem dalam badan terjejas dan mengakibatkan pelbagai penyakit antaranya tekanan darah tinggi. 2. Tekanan ...