Lelaki yang sihat boleh dilihat dengan memerhatikan 5 tanda seperti yang terdapat di dalam entri sebelum ini (Baca: 5 TANDA ANDA LELAKI YANG SIHAT ). Pemakanan juga menjadi faktor penting menentukan tahap kesihatan seseorang lelaki. Terdapat beberapa jenis makanan semulajadi yang disarankan untuk kesihatan lelaki iaitu: 1. Pisang Pisang mengandungi potassium, magnesium, dan vitamin B6 yang tinggi. Potassium mampu membantu tubuh mengawal sistem saraf, degupan jantung dan tekanan darah. Gabungan potassium dan magnesium berupaya untuk mengurangkan risiko serangan strok. 2. Beri Amalan memakan beri dan ceri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. 3. Tiram Tiram mengandungi zink yang berkhasiat untuk memperbaiki sel tubuh. Zink mampu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat. 4. Brokoli Menambahkan brokoli dalam menu harian dapat membantu mencegah kanser prostat dan kanser kolon. Kajian ...
Destinasi utama anda untuk mendapatkan info produk kesihatan Shaklee yang berkualiti tinggi. Kami menawarkan rangkaian lengkap produk Shaklee yang dipatenkan khas untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan anda sekeluarga. Sama ada anda mencari vitamin, suplemen, atau produk penjagaan kesihatan, semuanya ada di sini. Pilih yang terbaik untuk gaya hidup sihat anda, dengan servis yang mesra dan penghantaran yang pantas. Jom sihat bersama Shaina Shop Dot Net hari ini!