Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ibu mengandung

Vitamin C untuk Ibu Menyusu: Tingkatkan Imuniti dan Nutrisi Susu Ibu

Vitamin C untuk Ibu Menyusu: Tingkatkan Imuniti dan Nutrisi Susu Ibu Hai mommies! Kalau korang tengah menyusu atau plan nak menyusu bayi nanti, mesti ada macam-macam perkara yang bermain dalam fikiran. Salah satunya, “macam mana nak pastikan badan kita sihat dan susu ibu cukup nutrisi untuk si kecil?” Jangan risau, hari ni kita nak sembang pasal satu benda penting – Vitamin C untuk ibu menyusu. Kenapa Vitamin C Penting untuk Ibu Menyusu? Vitamin C ni bukan sahaja penting untuk korang, tapi juga untuk bayi. Sebagai ibu menyusu, apa sahaja yang korang makan, bayi pun akan dapat melalui susu ibu. Jadi, kalau korang cukup Vitamin C, si kecil pun akan dapat manfaatnya! Vitamin C bantu tingkatkan imuniti korang dan bayi, menggalakkan penyembuhan luka, serta memastikan kulit si kecil cantik dan sihat. Best, kan? Selain tu, Vitamin C juga bertindak sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas dalam badan. Ini penting untuk ibu menyusu yang kadang-kadang penat dan kurang rehat. Dengan cuk...

Manfaat Vitamin C untuk Ibu Mengandung: Kesihatan Ibu dan Bayi

Manfaat Vitamin C untuk Ibu Mengandung: Kesihatan Ibu dan Bayi Hai, mama-mama sekalian! Tengah cari info pasal vitamin C untuk ibu mengandung? Kalau ya, anda berada di tempat yang betul. Hari ni kita nak sembang santai pasal topik penting ni – manfaat vitamin C untuk ibu mengandung dan macam mana ia boleh bantu kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Tak lupa, vitamin C ni juga penting untuk ibu menyusu, kanak-kanak, dan kesihatan kulit. Jadi, jom kita kupas lebih mendalam. Kenapa Vitamin C Penting untuk Ibu Mengandung? Kalau anda sedang mengandung, mesti pernah dengar yang vitamin C ni bagus untuk kesihatan. Tapi apa sebenarnya peranan dia? Vitamin C adalah antioksidan yang penting untuk menyokong sistem imun, membantu penyerapan zat besi, dan memastikan tisu badan kekal sihat. Bayangkan macam tukang baiki yang pastikan segala "mesin" dalam badan anda berfungsi dengan lancar. Untuk ibu mengandung, vitamin C ni memainkan peranan penting untuk menyokong pertumbuhan bayi y...

ANEMIA SEMASA HAMIL: BAGAIMANA NAK NAIKKAN BACAAN HB RENDAH AGAR TAK DITAHAN DALAM WAD?

Sebaik sahaja anda disahkan hamil, sampel darah dan kandungan hemoglobin akan diambil. Ini adalah untuk menentukan sama ada anda mengalami anemia ataupun bebas daripadanya. Apabila bacaan HB adalah rendah, maka anda mempunyai anemia. Lalu darah anda tidak mempunyai cukup sel-sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh anda dan bayi. Adalah perkara biasa untuk mempunyai anemia ringan apabila anda hamil. Akan tetapi, anemia boleh membuat anda merasa letih dan lemah. Jika ia semakin teruk dan tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko komplikasi yang serius seperti kelahiran pramatang. Teruskan pembacaan untuk mengetahui cara menaikkan bacaan HB rendah agar tak ditahan dalam wad. Anemia semasa hamil berlaku apabila darah anda tidak mempunyai cukup sel-sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh anda dan bayi JENIS-JENIS ANEMIA SEMASA HAMIL Anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi: Anemia berlaku apabila badan tid...

CARA DAN PETUA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN SEMASA MENGANDUNG DAN HAMIL

Masalah keputihan adalah normal bagi setiap wanita selagi ia tidak berbau yang sangat busuk dan gatal serta mengakibatkan ketidakselesaan. Ibu mengandung/wanita hamil juga tidak dapat lari dari masalah ini. Kebiasaannya, adalah normal bagi ibu mengandung/wanita hamil mengalami lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa. Sekiranya lelehan tersebut bersifat cair dan berwarna seperti susu, anda tidak perlu risau. Walau bagaimanapun, jika berasa tidak selesa, anda boleh cuba cara dan petua mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil dengan meneruskan pembacaan. Tetapi sekiranya lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej; terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda; anda akan rasa sakit apabila bersama suami; serta rasa sakit apabila membuang air kecil, anda perlu segera berjumpa doktor. Keputihan bersifat cair dan berwarna seperti susu adalah normal bagi kebanyakan ibu ...

TEKNIK MENERAN DENGAN BETUL DAN SELAMAT BAGI MENGELAKKAN KOYAKAN BESAR DAN JAHITAN YANG BANYAK

Antara tips mengelakkan koyakan besar dan jahitan yang banyak semasa melahirkan anak ialah mengetahui teknik meneran dengan betul dan selamat seperti berikut: ° Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada. ° Mata pandang ke perut. ° Tangan pegang pergelangan kaki. ° Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran untuk menyimpan tenaga. ° Jangan sesekali angkat punggung. ° Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak menghembuskan nafas dengan kuat. ° Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Curi nafas dan sambung teran di setiap kontraksi. ° Dengar arahan doktor dan jururawat. ° Elakkan menjerit-jerit dan ingat akan Dia sehingga semuanya selesai. Dalam keadaan panik, teknik mudah ini biasanya dilupakan. Justeru, berpesan-pesan pada suami untuk membantu dan mendorong ketika meneran agar proses bersalin lancar dan ibu tidak kehilangan banyak tenaga. Semoga entri ini bermanfaat untuk bakal-bakal ibu dan menjadi p...

TIPS MENGELAKKAN KOYAKAN BESAR DAN JAHITAN YANG BANYAK SEMASA MELAHIRKAN ANAK

Setiap ibu hamil pasti tidak dapat lari daripada dihantui kebimbangan mengalami koyakan besar dan jahitan yang banyak pada bahagian perineum atau digunting (episiotomi) semasa melahirkan anak. Kebimbangan ini semakin bertambah apabila semakin hampir waktu bersalin. Jangan risau, jangan panik ibu-ibu sekalian. Anda boleh mengawal jumlah jahitan yang diterima sekiranya anda mengetahui tips mengelakkan koyakan besar dan jahitan yang banyak semasa melahirkan anak berikut. Senaman kegel: 4 fakta umum mengenai senaman kegel Senaman kegel penting untuk mengelakkan koyakan perineum di samping membantu proses meneran ketika bersalin. Senaman ini dilakukan pada usia kehamilan 7 bulan dan ke atas bagi menguatkan otot pelvik. Ianya merupakan senaman yang mudah diamalkan di mana-mana sahaja dan sebaiknya dilakukan dengan kerap setiap hari. Cara melakukan senaman kegel ialah dengan mengemutkan otot lantai pelvik anda (sama seperti menahan kencing). Pastikan anda bernafas dengan selesa ser...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI YANG MESTI ADA DALAM BEG HOSPITAL

Sambil menulis entri tentang tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak ini, terfikir pula nak berkongsi checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi yang mesti ada dalam beg hospital saya semasa melahirkan anak ketiga tak lama dahulu. Sebenarnya, ini adalah checklist yang serupa yang menjadi panduan saya semasa anak pertama dan kedua, cuma ada penambahbaikan, maklumlah dah berpengalaman. Di penghujung entri nanti ada satu link yang bakal ibu boleh muat turun dan cetak untuk panduan bersama. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi yang mesti ada dalam beg hospital saya semasa melahirkan anak ketiga tak lama dahulu Senarai barang keperluan ibu: ° Kad lawatan hospital/kad merah ° Kad pengenalan ° Telefon bimbit ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Peralatan mandi (pencuci muka, berus gigi, ubat gigi dll) ° Tuala mandi ° M...