Skip to main content

Posts

Showing posts with the label set kesuburan

Mitos dan Fakta Tentang Waktu Subur Wanita

Bila bercakap tentang perancangan kehamilan, waktu subur adalah topik yang selalu jadi perbualan hangat. Tapi malangnya, masih ramai yang keliru antara fakta dan mitos tentang waktu subur. Ada yang percaya sesuatu yang salah, dan akhirnya, mereka kecewa bila usaha untuk mendapatkan cahaya mata tidak berhasil. Dalam entri kali ni, saya nak kongsikan beberapa mitos dan fakta tentang waktu subur wanita, termasuk punca kekeliruan, tanda-tanda ovulasi, cara mengira waktu subur dengan tepat, dan bagaimana produk Shaklee boleh membantu menyokong kesihatan reproduktif wanita. Mitos & Fakta Kesuburan Mitos 1: Wanita Subur Sepanjang Bulan Fakta: Tidak, wanita hanya subur dalam tempoh tertentu setiap kitaran haid. Secara purata, wanita hanya mempunyai peluang untuk hamil sekitar 5-6 hari dalam satu bulan, iaitu beberapa hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi itu sendiri. Sebab itulah penting untuk kenal pasti waktu subur dengan tepat. Mitos 2: Semua Wanita Ovulasi Pada Hari Ke-14 Kita...

Cara Kira Waktu Subur dengan Tepat untuk Rancang Kehamilan

Bila bercakap tentang perancangan kehamilan, salah satu perkara paling penting yang perlu korang tahu ialah waktu subur. Ramai yang anggap topik ni rumit, tapi sebenarnya ia sangat mudah kalau kita faham asasnya. Bagi pasangan yang merancang untuk menambah ahli keluarga, mengetahui waktu subur adalah langkah pertama untuk meningkatkan peluang kehamilan secara semula jadi. Dalam artikel kali ni, saya akan kongsikan cara nak kira waktu subur dengan tepat, termasuk punca kesukaran mengenal pasti waktu subur, tanda-tandanya, dan bagaimana produk Shaklee boleh membantu menyokong kesihatan reproduktif korang. Apa Itu Waktu Subur? Waktu subur adalah tempoh dalam kitaran haid wanita di mana telur dilepaskan dari ovari (ovulasi) dan bersedia untuk disenyawakan oleh sperma. Waktu ni biasanya berlaku sekitar 12-16 hari sebelum haid seterusnya bermula. Tapi, untuk wanita dengan kitaran haid tak teratur, waktu subur mungkin sukar dijangka. Punca Kesukaran Kira Waktu Subur Kitaran Haid Tidak ...

Merancang Kehamilan? Ini Cara Kenal Pasti Waktu Subur dengan Mudah

Bagi pasangan yang sedang merancang kehamilan, memahami waktu subur adalah kunci utama untuk meningkatkan peluang mendapatkan cahaya mata. Tapi, tak semua orang tahu macam mana nak kira atau kenal pasti waktu subur mereka. Ada yang rasa stres bila dah cuba pelbagai cara, tapi masih belum berjaya. Jangan risau, dalam artikel ni saya akan kongsikan tips mudah untuk kenal pasti waktu subur dan bagaimana produk Shaklee boleh membantu menyokong kesuburan. Apa Itu Waktu Subur? Waktu subur merujuk kepada tempoh dalam kitaran haid wanita di mana ovulasi berlaku – iaitu apabila telur dilepaskan dari ovari dan bersedia untuk disenyawakan oleh sperma. Masa ni adalah peluang terbaik untuk hamil. Biasanya, waktu subur berlaku sekitar 12-16 hari sebelum haid seterusnya bermula, bergantung pada panjang kitaran haid seseorang. Punca Sukar Kenal Pasti Waktu Subur Ada beberapa sebab kenapa sesetengah wanita sukar untuk mengenal pasti waktu subur: Kitaran Haid Tidak Teratur Haid yang tidak tetap ...

Petua Mendapatkan Anak dengan Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee

Kebanyakan pasangan yang baru berkahwin pasti tidak mahu berlengah untuk mendapatkan zuriat. Tahukah anda bahawa masih banyak pasangan yang masih tidak dapat anak walaupun usia perkahwinan mereka menjangkau hampir sepuluh tahun? Ada beberapa petua khusus untuk mendapatkan zuriat secara tradisional dan moden. Tetapi dalam entri kali ini, saya ingi berkongsi kepada semua pembaca semua petua mendapatkan zuriat buat pasangan yang sukar hamil dengan Set Kesuburang Suami Isteri dari Shaklee. Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan kehadiran si comel dalam keluarga. Walau bagaimanapun tidak semua pasangan suami isteri bernasib baik dikurniakan cahaya mata atas masalah kesuburan khasnya. Alhamdulillah, set kesuburan suami isteri Shaklee telah banyak membantu pasangan yang bermasalah ini mencapai impian mereka. Berikut merupakan himpunan testimoni pengguna yang telah berjaya hamil setelah mengambil  set kesuburan suami isteri Shaklee   (klik gambar un...

Shaklee Fertility Set / Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee

Buat anda yang tercari-cari set hamil shaklee, disini saya terangkan set hamil atau kesuburan suami isteri yang dibawakan khusus dari Shaklee. Juga sesuai untuk anda yang mencari hadiah untuk pengantin tapi dah tak ada idea apa nak diberikan sebagai hadiah. Balik-balik tupperware pun payah jugak sudahnya semua hadiah kahwin disedekahkan kepada saudara-mara sebab dah ada dah.. buat apa simpan banyak-banyak tak muat almari! Balik ke topik kita, memperkenalkan Set Kesuburan untuk SUAMI dan isteri. Suami kena subur dulu, then baru isteri. Kalau suami tak subur a.k.a sperma sikit, kena cari jalan untuk tambah kuantiti dulu. tambah biji benih tu dulu bang.. baru confident nak bercucuk tanam.. Isteri pula ada time dia.. time dia subur pantang usik.. asal subur je pantang diusik.. jadilah dia nanti hehe.. Shaklee Fertility Set / Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee GLA COMPLEX GLA COMPLEX UNTUK ISTERI: - membantu mengatasi masalah haid tidak teratur - membantu menghasilkan ceca...

ATASI MASALAH HAID TIDAK TERATUR DAN MUDAH HAMIL DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Menjadi impian setiap pasangan yang baru mendirikan rumah untuk memiliki cahaya mata. Terdapat pasangan yang murah rezeki mereka apabila isteri terus disahkan hamil tidak lama selepas bergelar suami isteri. Walau bagaimana pun, ada yang masih ternanti-nantu bilalah saatnya mereka akan bertukar status kepada ibu bapa. Sesungguhnya kita hanya merancang, tetapi Dia yang menentukan segalanya. Tetapi kita digalakkan berusaha dan mengamalkan Set Kesuburan Shaklee sangat membantu sebahagian daripada usaha itu. Banyak faktor yang menjadi punca kepada sukar hamil . Antara faktor yang biasa berlaku ialah ketidakseimbangan hormon dalam badan isteri yang boleh menjejaskan proses ovulasi. Jom baca kisah di bawah ini! Assalammualaikum wbt. Nama saya Nurul Ain Najwa Rosli, sudah berumur 28 tahun pada bulan November ini. Actually saya adalah staff kepada Master Hadhatina dan Master Kamarul. Alhamdulillah, saya juga telah diberi peluang oleh mereka untuk saya kongsi testimoni saya...

PUNCA SUAMI ISTERI TIDAK SUBUR DAN SUKAR HAMIL

Menurut Dr Khairiah Seman daripada Pusat Bersalin Barakah, terdapat empat kategori penyebab mengapa pasangan suami isteri tidak subur dan sukar hamil. Antaranya ialah: Masalah isteri, Masalah suami, Masalah kedua-dua suami dan isteri, dan Kedua-duanya normal namun belum diberi rezeki untuk mempunyai zuriat. PUNCA ISTERI TIDAK SUBUR DAN SUKAR HAMIL Ketidakseimbangan hormon dalam badan yang boleh menjejaskan proses ovulasi. Kerosakan pada tiub fallopio yang akan menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Tiub fallopio yang rosak adalah disebabkan keradangan serta ibu yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim. Berlakunya endometriosis. Ia terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh dalam rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim wanita. Sperma akan gagal mencapai telur jika ada perubahan pada uterus atau serviks. Jika kedua-dua organ ini mempunyai parut disebabkan oleh pembedahan, ia akan menghalang sperma bergerak untuk mencari ovum wanita. Wanita yang me...

4 KAEDAH UNTUK MENGETAHUI WAKTU SUBUR WANITA

Waktu subur ialah waktu dalam kitaran haid seseorang wanita. Sekiranya hubungan seks dilakukan dalam tempoh itu, peluang untuk hamil adalah tinggi. Ini kerana pada tempoh waktu tersebut, ovulasi sedang berlaku dalam tubuh wanita. Waktu subur seseorang wanita ialah 5 hari sebelum ovulasi dan 2 hari selepas ovulasi. Sperma lelaki boleh hidup di dalam faraj dan rahim wanita selama 3-5 hari. Namun, telur wanita selepas ovulasi hanya boleh hidup selama 12-24 jam sahaja. Waktu paling subur seseorang wanita ialah sehari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi berlaku. Oleh yang demikian, sebaiknya hendaklah merancang untuk melakukan hubungan seks sehari atau 2 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi. Berikut merupakan 4 kaedah untuk mengetahui waktu subur seseorang wanita: 1. Kaedah basal body temperature Carta bacaan suhu badan menggunakan kaedah basal body temperature Kaedah basal body temperature adalah suatu kaedah untuk mengesan ovulasi yang memerlukan anda mengambil suhu b...

5 MAKANAN SEMULAJADI UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN SUAMI DAN ISTERI

Di dalam entri sebelum ini ( 8 Tips Meningkatkan Kesuburan Suami Dan Isteri Supaya Cepat Dan Mudah Hamil ), setiap pasangan yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat hendaklah memastikan supaya mengambil makanan yang seimbang. Anda digalakkan untuk lebihkan makanan yang berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning, oren dan merah). Pastikan juga anda memakan makanan yang mengandungi protein dan kalsium. Dalam entri kali ini, dikongsikan 5 makanan semulajadi untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri. 1. Beri: ° Kumpulan beri terutamanya beri biru dan rasberi adalah sumber antioksidan yang penting untuk kualiti sperma dan telur. ° Di Shaklee kami ada Vita-E Complex untuk sumber antioksidan semulajadi. 2. Pisang: ° Pisang adalah sumber vitamin B6. ° Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan haid tidak teratur dan perkembangan telur serta sperma yang tidak sihat. ° Di Shaklee kami ada B-Complex untuk sumber vitamin B6 semulajadi. 3. ...