Skip to main content

Posts

Showing posts with the label set berpantang

PENGALAMAN BERPANTANG DENGAN SHAKLEE: KENAPA MESTI BERPANTANG DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE?

Pengalaman melahirkan dan berpantang setiap ibu pasti tidak akan sama. Ada ibu-ibu yang mudah bersalin secara normal, ada yang terpaksa melalui proses pembedahan caesarean, dan pelbagai lagi 1001 kisah semasa melahirkan. Begitu juga semasa proses berpantang. Ibu muda ini serik untuk mengandung dan bersalin lagi selepas melahirkan anak pertama kerana rimas dengan pelbagai masalah yang dihadapi semasa berpantang. Tetapi selepas mengenali produk Shaklee, beliau terus jatuh cinta. Jom ikuti pengalaman Puan Khadeejah berpantang anak kedua dengan Shaklee dan ketahui sebab kenapa anda mesti berpantang dengan Set Berpantang Shaklee dengan menonton video di bawah: PENGALAMAN PUAN KHADEEJAH BERPANTANG ANAK PERTAMA TANPA SET BERPANTANG SHAKLEE Sembelit teruk Beliau mengalami masalah sembelit yang teruk sehingga terpaksa duduk lama di dalam tandas dan menanggung kesakitan setiap kali ketika hendak buang air besar. Keletihan yang amat Akibat tidak cukup tidur kerana bayi kuat m...

TEKNIK MENERAN DENGAN BETUL DAN SELAMAT BAGI MENGELAKKAN KOYAKAN BESAR DAN JAHITAN YANG BANYAK

Antara tips mengelakkan koyakan besar dan jahitan yang banyak semasa melahirkan anak ialah mengetahui teknik meneran dengan betul dan selamat seperti berikut: ° Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada. ° Mata pandang ke perut. ° Tangan pegang pergelangan kaki. ° Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran untuk menyimpan tenaga. ° Jangan sesekali angkat punggung. ° Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak menghembuskan nafas dengan kuat. ° Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Curi nafas dan sambung teran di setiap kontraksi. ° Dengar arahan doktor dan jururawat. ° Elakkan menjerit-jerit dan ingat akan Dia sehingga semuanya selesai. Dalam keadaan panik, teknik mudah ini biasanya dilupakan. Justeru, berpesan-pesan pada suami untuk membantu dan mendorong ketika meneran agar proses bersalin lancar dan ibu tidak kehilangan banyak tenaga. Semoga entri ini bermanfaat untuk bakal-bakal ibu dan menjadi p...

TIPS MENGELAKKAN KOYAKAN BESAR DAN JAHITAN YANG BANYAK SEMASA MELAHIRKAN ANAK

Setiap ibu hamil pasti tidak dapat lari daripada dihantui kebimbangan mengalami koyakan besar dan jahitan yang banyak pada bahagian perineum atau digunting (episiotomi) semasa melahirkan anak. Kebimbangan ini semakin bertambah apabila semakin hampir waktu bersalin. Jangan risau, jangan panik ibu-ibu sekalian. Anda boleh mengawal jumlah jahitan yang diterima sekiranya anda mengetahui tips mengelakkan koyakan besar dan jahitan yang banyak semasa melahirkan anak berikut. Senaman kegel: 4 fakta umum mengenai senaman kegel Senaman kegel penting untuk mengelakkan koyakan perineum di samping membantu proses meneran ketika bersalin. Senaman ini dilakukan pada usia kehamilan 7 bulan dan ke atas bagi menguatkan otot pelvik. Ianya merupakan senaman yang mudah diamalkan di mana-mana sahaja dan sebaiknya dilakukan dengan kerap setiap hari. Cara melakukan senaman kegel ialah dengan mengemutkan otot lantai pelvik anda (sama seperti menahan kencing). Pastikan anda bernafas dengan selesa ser...

TIPS MENJAGA LUKA EPISIOTOMI SELEPAS KELAHIRAN NORMAL

Episiotomi adalah kaedah memotong sedikit bahagian di antara faraj dan lubang dubur ketika kepala bayi mula keluar semasa proses kelahiran normal. Tujuan utama ia dilakukan adalah untuk mengurangkan risiko koyakan pada faraj yang tidak terkawal ketika bersalin dan memudahkan laluan bayi. Episiotomi adalah pilihan tetapi kebanyakan kelahiran terutamanya kandungan sulung, kelahiran songsang serta sebelum prosedur vakum atau forceps tidak akan lari dari menjalani episiotomi. Adalah penting untuk anda mengetahui tips menjaga luka episiotomi dengan baik bagi mengelakkan jangkitan kuman, darah beku, jahitan terbuka dan sakit semasa melakukan hubungan suami isteri. Episiotomi semasa proses kelahiran Tips menjaga luka episiotomi selepas kelahiran normal: ° Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama . Elakkan juga duduk bersila atau baring terlalu lama. Bangun sesekali dan berjalan-jalan di dalam bilik. Pastikan cukup rehat. ° Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ais akan menye...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI YANG MESTI ADA DALAM BEG HOSPITAL

Sambil menulis entri tentang tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak ini, terfikir pula nak berkongsi checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi yang mesti ada dalam beg hospital saya semasa melahirkan anak ketiga tak lama dahulu. Sebenarnya, ini adalah checklist yang serupa yang menjadi panduan saya semasa anak pertama dan kedua, cuma ada penambahbaikan, maklumlah dah berpengalaman. Di penghujung entri nanti ada satu link yang bakal ibu boleh muat turun dan cetak untuk panduan bersama. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi yang mesti ada dalam beg hospital saya semasa melahirkan anak ketiga tak lama dahulu Senarai barang keperluan ibu: ° Kad lawatan hospital/kad merah ° Kad pengenalan ° Telefon bimbit ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Peralatan mandi (pencuci muka, berus gigi, ubat gigi dll) ° Tuala mandi ° M...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

SET C SHAKLEE (SET BERPANTANG SHAKLEE @ SET PEMBEDAHAN SHAKLEE)

Set C Shaklee atau Set Berpantang/Pembedahan Shaklee  ini lengkap untuk 40 hari tempoh berpantang. Bahkan anda tidak perlu risau kerana set ini amat sesuai sekiranya anda menyusukan bayi. Ia tidak mengandungi sebarang bahan aktif yang berbahaya ataupun herba yang tidak sesuai untuk bayi yang menyusu. Set C Shaklee (Set Berpantang Shaklee @ Set Pembedahan Shaklee) Harga Runcit: Vita-Lea Iron Formula RM88.75 (120 tablet) B-Complex RM53.75 (120 tablet) Sustained Release Vita-C Plus RM92.50 (180 tablet) Zinc Complex RM33.75 (120 tablet) Set C Shaklee  (Set Berpantang Shaklee @ Set Pembedahan Shaklee)  terdiri daripada: Vita-Lea Iron Formula : Memandangkan ibu-ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh meny...