Skip to main content

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut.

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

° Bloody show:
Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi.

° Kontraksi:
Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan jarak yang konsisten. Jika kontraksi konsisten berlaku, segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Tetapi kontraksi bukan petanda bersalin ialah anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudian.

° Air ketuban pecah:
Jarang berlaku kepada wanita yang hampir bersalin mengalami pecah ketuban, sebaliknya memerlukan bantuan doktor untuk memecahkan ketuban untuk mempercepatkan proses bersalin. Namun jika pecah ketuban berlaku biasanya akan keluar air jernih dan tidak berwarna. Jika air ketuban berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih di dalam kandungan. Jika mengalami tanda seperti itu, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana bayi mungkin mengalami jangkitan kuman.

° Sakit belakang:
Anda mengalami sakit belakang yang semakin teruk dan kerap seiring bertambahnya usia kehamilan. Ini kerana bayi mula beralih dan menekan tulang belakang anda. Sakit akan semakin kerap dan semakin kuat pada bahagian bawah belakang apabila semakin menghampiri waktu bersalin.

° Perut memulas:
Ketahuilah bahawa anda bukan sakit perut jika terasa perut memulas. Oleh sebab bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan, akan berlaku tekanan kepada saluran terutamanya saluran untuk membuang air besar. Ketika ini anda akan berasa seperti mahu ke tandas untuk membuang air besar. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati untuk mengelak kejadian tidak diingini seperti bersalin dalam tandas.

° Perut terasa ringan/perut turun:
Ketika perut anda seakan turun, perut akan kelihatan membuncit pada bahagian bawah, manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong. Ini adalah petanda bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku 2 minggu sebelum kelahiran.

° Kerap membuang air kecil:
Bayangkan setiap 10 minit anda akan pergi ke tandas. Keadaan ini berlaku kerana apabila bayi sudah bergerak ke bawah, bayi akan memberi tekanan pada pundi kencing. Situasi ini akan membuatkan anda kerap membuang air kecil.

Sekiranya ibu-ibu mengalami salah satu daripada tanda di atas, segeralah ke hospital untuk mendapatkan kepastian dan rawatan lanjut. Jangan lupa membawa beg hospital berisi barang keperluan ibu dan bayi. Kepada ibu-ibu yang masih belum menyediakan keperluan nutrisi semasa berpantang bolehlah mendapatkan Set Berpantang Shaklee yang sesuai untuk bersalin normal mahupun secara pembedahan serta membantu dalam penyembuhan luka bersalin, menambah susu ibu dan selamat untuk bayi (tidak panas dan tidak menyebabkan jaundis).


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...