Skip to main content

Posts

Showing posts with the label rambut kelemumur

Cara Jaga Rambut Lelaki: Elak Gugur Rambut Awal

Bayangkan pagi Isnin yang sibuk. Anda bangun, bersiap, dan berdiri di depan cermin sambil menyisir rambut. Tiba-tiba, anda perasan kawasan di atas kepala nampak makin jarang. Anda cuba sisir lagi, tapi tiada perubahan. Rasa panik mula timbul. Adakah ini tanda rambut anda akan gugur lebih banyak nanti? Masalah ini memang biasa berlaku, terutama pada lelaki muda. Tapi, jangan risau! Kalau anda tahu puncanya dan mula ambil tindakan sekarang, rambut anda boleh diselamatkan. 1. Makan Makanan Sihat: Bayangkan Anda Menjaga Enjin Kereta Rambut kita perlukan makanan yang betul, sama macam enjin kereta perlukan minyak yang sesuai untuk berjalan lancar. Kalau tak cukup nutrien, rambut boleh jadi lemah dan mudah gugur. Vitamin macam biotin, zat besi, dan zink sangat penting untuk buat akar rambut jadi kuat. Protein juga bantu rambut tumbuh sihat dan tebal. Kalau anda makan makanan segera atau yang diproses setiap hari, itu sama macam guna minyak murah untuk kereta anda. Lama-lama, kereta boleh ros...

3 PETUA TRADISIONAL DAN SEMULAJADI UNTUK MENGATASI MASALAH RAMBUT BERKELEMUMUR

Anda ada masalah rambut berkelemumur? Jom cuba 3 petua tradisional dan semulajadi ini untuk mengatasi masalah rambut berkelemumur anda itu. Namun, haruslah diingat bahawa cara semulajadi selalunya lambat menunjukkan kesan tetapi ia selamat dan berhasil. Maka, untuk memastikan ia berjaya, anda mestilah melakukannya secara konsisten. Petua menggunakan daun pandan: ° Anda perlu menyediakan 10 helai daun pandan. ° Kisar halus dengan menambah 2 gelas air. ° Tapis campuran daun pandan dan air yang telah dikisar dan sapukan ke seluruh rambut yang telah dicuci terlebih dahulu. ° Balut kepala dengan tuala dan biarkan selama setengah jam. ° Cara ini bukan sahaja menghilangkan kelemumur malahan menjadikan rambut berbau harum. Petua menggunakan limau nipis : ° Anda hanya perlu belah 2 sebiji limau nipis. ° Perahkan ke dalam gelas dan campurkan dengan sedikit air. ° Sapukan campuran ini ke kulit kepala dengan cara menggosok. Petua menggunakan santan kelapa : ° Sediakan sa...

RAMBUT BERKELEMUMUR: MENGAPA IA BERLAKU DAN BAGAIMANA CARA MENGATASINYA?

APA ITU KELEMUMUR? Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan. Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari tetapi dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari. Rambut berkelemumur akan menjejaskan penampilan dan keyakinan diri seseorang BAGAIMANA  RAMBUT BERKELEMUMUR   BOLEH BERLAKU? Rambut berkelemumur berlaku kerana faktor-faktor berikut: ° Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala. ° Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna. ° Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap. ° Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul. ° Pengeluaran minyak yang berlebihan. ° Perubahan hormon. ° Tekanan perasaan. ° Daya imuniti yang rendah. BAGAIMANA MENCEGAH DAN MERAWAT  RAMBUT BERKELEMUMUR ? ° Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak. ° Elakk...

SET RAMBUT KELEMUMUR SHAKLEE MEMBANTU MENGATASI MASALAH RAMBUT BERKELEMUMUR

Set Rambut Kelemumur Shaklee terdiri daripada: ProSante Purifying Shampoo: ° Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain. ° Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut. ° Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur. ProSante Replenishing Conditioner: ° Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera. ° Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang. ° Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi. ProSante Nourishing Scalp Treatment: ° Serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi menyelesaikan semua masalah rambut serta melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala. Set Rambut Kelemumur Shaklee Harga runci...