Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tips

Tips Cara Nak Cegah Tubuh Badan Dari Serangan Kanser

Tubuh badan yang dikurniakan tuhan yang sempurna ini haruslah dijaga dengan sebaik-baiknya. Bila kali terakhir anda mendengar slogan "Mencegah lebih baik dari mengubati"?. Pada kami, ayat keramat tersebut bertujuan mengingatkan kita semua akan tanggungjawab yang kita sering terlepas pandang mungkin buat sesetengah dari kita. Ingatan demi peringatan telah diberikan. Namun, adakah anda telah melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan baik? Dunia sekarang menyaksikan banyak perubahan berbanding zaman datuk nenek kita dahulu. Tanah yang menjadi sumber pendapatan mereka melalui aktiviti bercucuk tanam juga telah melalui satu fasa yang berbeza terutamanya dari sudut kesuburan tanah tersebut. Mungkin kesuburan tanah sekarang tidaklah sesubur 10 atau 20 tahun dahulu kerana nutrien yang terkandung semakin berkurangan. Ditambah pula dengan meningkatnya pencemaran alam sudah pasti menjejaskan lagi hasil yang keluar dari tanah tersebut. Selain dari pencemaran, hasil tanaman semulajad...

Cara makan supplement shaklee yang betul

Alhamdulillah sehingga hari ini masih dikurniakan umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat. Sebelum memulakan hari yang ceria terutamanya pada musim cuti sekolah ini, adalah lebih afdal sekiranya dipanjatkan kepada Allah swt agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hari ini. Jom solat dhuha sekejap. Produk-produk Shaklee yang selalu habis di pasaran Saya nak kongsikan produk Shaklee yang diambil seharian. Mungkin sedikit berbeza dengan orang lain tapi matlamatnya tetap sama, nak mencegah daripada terkena penyakit. Bila dah sakit juga, redha sahajalah. Anggaplah Allah nak hapuskan dosa-dosa dari diri. Kifarah. Sebelum Sarapan Selepas bangun pagi sebelum sarapan, saya akan mengambil satu sudu vivix. Saya guna sudu plastik putih bersaiz ala-ala sudu teh. Vivix ni senang meleleh keluar dari botol, so sudu plastiklah penyelesaiannya. Tak percaya? cuba dulu. Info lanjut mengenai Vivix di  sini . Ketika bersarapan dan selepas sarapan Selepas ata...

6 Tips Untuk Merawat Psoriasis Sendiri Di Rumah

Rawatan Psoriasis: Sekarang dan Masa Depan Apa yang menyebabkan Ia Berlaku?  Mengapa sesetengah orang mempunyai kes-kes yang teruk? Ubat yang terbaik ada pada usaha anda sendiri. Anda boleh melakukan beberapa perkara untuk merawat masalah psoriasis anda tanpa pengambilan ubatan. Tip 1: Memelihara Kulit Agar Sentiasa Lembap  Gunakan pelembap secara teratur. Kulit kering hanya membuat kegatalan semakin teruk. Ia boleh menjadi satu kitaran ganas - kulit kering boleh menyebabkan gatal-gatal dan menggaru, yang membawa kepada kulit nampak agak jengkel. Mahukan cara yang terbaik untuk menjaga kulit lembap? Sapukan krim tebal seperti herbal blend, minyak zaitun, atau krim kulit di seluruh bahagian tersebut. Jangan terlalu tebal selama bulan-bulan, apabila cuaca panas melekit - peluh bercampur dengan krim tebal boleh membuat psoriasis anda  lebih teruk . Lapkan badan anda sehingga kering selepas mandi dan letakkan krim. Sebelum tidur, lebih baik jika balut ba...

PUNCA SUAMI ISTERI TIDAK SUBUR DAN SUKAR HAMIL

Menurut Dr Khairiah Seman daripada Pusat Bersalin Barakah, terdapat empat kategori penyebab mengapa pasangan suami isteri tidak subur dan sukar hamil. Antaranya ialah: Masalah isteri, Masalah suami, Masalah kedua-dua suami dan isteri, dan Kedua-duanya normal namun belum diberi rezeki untuk mempunyai zuriat. PUNCA ISTERI TIDAK SUBUR DAN SUKAR HAMIL Ketidakseimbangan hormon dalam badan yang boleh menjejaskan proses ovulasi. Kerosakan pada tiub fallopio yang akan menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Tiub fallopio yang rosak adalah disebabkan keradangan serta ibu yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim. Berlakunya endometriosis. Ia terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh dalam rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim wanita. Sperma akan gagal mencapai telur jika ada perubahan pada uterus atau serviks. Jika kedua-dua organ ini mempunyai parut disebabkan oleh pembedahan, ia akan menghalang sperma bergerak untuk mencari ovum wanita. Wanita yang me...

6 PETUA DAN CARA MUDAH MENGHILANGKAN JERAGAT DI WAJAH

Jeragat walaupun adalah sejenis penyakit kulit namun ianya tidak berbahaya. Tetapi kehadiran jeragat di wajah akan serba sedikit mencacatkan penampilan seseorang. APA ITU JERAGAT? Jeragat pada wajah:  6 petua dan cara mudah menghilangkannya Jeragat yang juga dikenali sebagai pigmentasi atau melasma adalah perubahan warna kulit gelap yang muncul di kawasan wajah yang selalu terdedah kepada matahari terutamanya di bahagian pipi, hidung dan dahi. 6 PETUA DAN CARA MUDAH MENGHILANGKAN JERAGAT DI WAJAH  1. Cuci muka dengan kerap Kebersihan wajah adalah perkara paling penting yang perlu dititik beratkan apabila menghadapi masalah jeragat. Cucilah muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka. Jeragat terhasil daripada lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit yang mati dan dengan mencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan tersebut di bahagian wajah. Tetapi jangan pula terlalu kerap mencuci muka sehingga menjadi terlalu kering lalu ...

7 CARA DAN TIPS MENURUNKAN KOLESTEROL DALAM DARAH MELALUI PEMAKANAN

Malaysia terkenal sebagai syurga penggemar makanan kerana kepelbagaian bangsa menyebabkan Malaysia kaya dengan pelbagai jenis juadah yang enak belaka. Walau bagaimanapun, kebanyakan makanan Malaysia adalah tinggi kandungan lemak dan kalori yang menyumbang kepada masalah kolesterol dalam darah. Namun yang demikian, dengan cara memasak dan makan dalam kadar yang betul, kita mampu untuk menurunkan kolesterol dalam darah melalui pemakanan di samping masih dapat menikmati keenakan pelbagai jenis makanan bukan sahaja di Malaysia, malahan di mana-mana sahaja. TIPS 1: Kurangkan pengambilan lemak tepu Lemak tepu adalah lemak yang diperoleh daripada haiwan dan ia beku pada suhu bilik; contohnya mentega, keju, minyak sapi dan lemak pada daging. Bagaimanapun sesetengah lemak daripada tumbuhan juga dikategorikan sebagai lemak tepu seperti minyak kelapa, santan kelapa dan isirong kelapa sawit. Minyak sawit juga sejenis minyak tepu kerana kandungan lemak tepu dan tidak tepu adalah sama. Kesan pen...

CARA DAN PETUA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN SEMASA MENGANDUNG DAN HAMIL

Masalah keputihan adalah normal bagi setiap wanita selagi ia tidak berbau yang sangat busuk dan gatal serta mengakibatkan ketidakselesaan. Ibu mengandung/wanita hamil juga tidak dapat lari dari masalah ini. Kebiasaannya, adalah normal bagi ibu mengandung/wanita hamil mengalami lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa. Sekiranya lelehan tersebut bersifat cair dan berwarna seperti susu, anda tidak perlu risau. Walau bagaimanapun, jika berasa tidak selesa, anda boleh cuba cara dan petua mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil dengan meneruskan pembacaan. Tetapi sekiranya lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej; terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda; anda akan rasa sakit apabila bersama suami; serta rasa sakit apabila membuang air kecil, anda perlu segera berjumpa doktor. Keputihan bersifat cair dan berwarna seperti susu adalah normal bagi kebanyakan ibu ...

TEKNIK MENERAN DENGAN BETUL DAN SELAMAT BAGI MENGELAKKAN KOYAKAN BESAR DAN JAHITAN YANG BANYAK

Antara tips mengelakkan koyakan besar dan jahitan yang banyak semasa melahirkan anak ialah mengetahui teknik meneran dengan betul dan selamat seperti berikut: ° Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada. ° Mata pandang ke perut. ° Tangan pegang pergelangan kaki. ° Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran untuk menyimpan tenaga. ° Jangan sesekali angkat punggung. ° Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak menghembuskan nafas dengan kuat. ° Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Curi nafas dan sambung teran di setiap kontraksi. ° Dengar arahan doktor dan jururawat. ° Elakkan menjerit-jerit dan ingat akan Dia sehingga semuanya selesai. Dalam keadaan panik, teknik mudah ini biasanya dilupakan. Justeru, berpesan-pesan pada suami untuk membantu dan mendorong ketika meneran agar proses bersalin lancar dan ibu tidak kehilangan banyak tenaga. Semoga entri ini bermanfaat untuk bakal-bakal ibu dan menjadi p...