Skip to main content

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE: MINUMAN ISOTONIK TULEN YANG BEBAS KARBONAT DAN KURANG GULA

Dehidrasi berlaku apabila badan kehilangan air secara berlebihan melebihi pengambilan air, biasanya disebabkan oleh senaman (berpeluh) atau penyakit. Tubuh tidak akan terjejas melalui kehilangan air sebanyak 3-4%. Kehilangan air sebanyak 5-8% boleh menyebabkan keletihan dan pening kepala. Kehilangan lebih 10% air dalam badan boleh menyebabkan kemerosotan fizikal dan mental serta rasa dahaga yang teruk. Jika berlaku kehilangan air dalam badan lebih daripada 15-25%, biasanya boleh membawa maut. Dehidrasi ringan boleh diatasi dengan kaedah rehidrasi oral seperti dengan mengambil minuman isotonik.

Minuman isotonik yang terdiri daripada gabungan air, gula dan elektrolit adalah lebih baik dalam menggalakkan penghidratan berbanding lain-lain minuman. Glukos merupakan sumber tenaga yang menjadi pilihan badan. Oleh itu, adalah wajar untuk mengambil minuman isotonik di mana sumber karbohidrat adalah glukos dengan pekatan enam hingga lapan peratus seperti yang terdapat di dalam Performance Drink Shaklee. Apatah lagi apabila ianya bebas karbonat dan kurang gula.

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE
Performance Drink Shaklee
Harga runcit: RM82.50

PERBEZAAN PERFORMANCE DRINK SHAKLEE DENGAN MINUMAN ISOTONIK JENAMA LAIN

Performance Drink Shaklee pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). Melalui penggunaan produk Performance Drink Shaklee, penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.

Performance Drink Shaklee telah direka khusus untuk angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Performance Drink Shaklee juga merupakan minuman sukan pertama bagi atlit di Amerika Syarikat. Para atlit bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance Drink Shaklee sebagai pilihan utama mereka kerana, minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan.

Ujian klinikal membuktikan rumusan eksklusif Opticarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance Drink Shaklee mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

MANFAAT DAN KEBAIKAN PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

° Meningkatkan daya ketahanan badan
Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

° Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal
Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Mengandungi potassium, kalsium, sodium, fosforus, magnesium dan klorida. Dirumus eksklusif untuk memberikan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.

° Mencegah dehidrasi
Mengurangkan kehausan, mencegah dehidrasi dan melembapkan kulit.

° Mengekalkan paras gula
Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.

KANDUNGAN NUTRISI DI DALAM PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

KANDUNGAN NUTRISI DI DALAM PERFORMANCE DRINK SHAKLEE
Kandungan nutrisi di dalam
Performance Drink Shaklee

Performance Drink Shaklee merupakan satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain.

BORANG TEMPAHAN PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...