Skip to main content

TIPS MENJAGA LUKA EPISIOTOMI SELEPAS KELAHIRAN NORMAL

Episiotomi adalah kaedah memotong sedikit bahagian di antara faraj dan lubang dubur ketika kepala bayi mula keluar semasa proses kelahiran normal. Tujuan utama ia dilakukan adalah untuk mengurangkan risiko koyakan pada faraj yang tidak terkawal ketika bersalin dan memudahkan laluan bayi. Episiotomi adalah pilihan tetapi kebanyakan kelahiran terutamanya kandungan sulung, kelahiran songsang serta sebelum prosedur vakum atau forceps tidak akan lari dari menjalani episiotomi. Adalah penting untuk anda mengetahui tips menjaga luka episiotomi dengan baik bagi mengelakkan jangkitan kuman, darah beku, jahitan terbuka dan sakit semasa melakukan hubungan suami isteri.

Episiotomi semasa proses kelahiran
Episiotomi semasa proses kelahiran

Tips menjaga luka episiotomi selepas kelahiran normal:

° Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama. Elakkan juga duduk bersila atau baring terlalu lama. Bangun sesekali dan berjalan-jalan di dalam bilik. Pastikan cukup rehat.

° Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ais akan menyebabkan kawasan di sekitar luka mejadi kebas sekaligus mengurangkan sakit dan bengkak.

° Tukar tuala wanita dengan kerap bagi mengelakkan luka terkena jangkitan kuman.

° Biarkan faraj terdedah kepada udara dengan lebih kerap bagi membantu luka kering dengan lebih cepat.

° Pastikan luka episiotomi kering setiap kali selepas mencuci bahagian kemaluan mahupun selepas mandi.

° Rendam punggung (sitz bath) dalam air suam yang dicampurkan larutan antiseptik bagi membersihkan kotoran di sekitar luka.

° Amalkan minum banyak air untuk mengurangkan masalah sembelit.

° Amalkan senaman kegel bagi menguatkan otot pelvik.

° Makan makanan yang kaya dengan zink untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi seperti makanan laut (tiram, ketam), daging merah, produk tenusu (yogurt, keju), kekacang (badam, biji gajus), bijirin dan sayuran (bayam). Atau amalkan 1 tablet Zinc Complex Shaklee setiap hari yang mengandungi 15mg zink untuk memenuhi keperluan zink harian.

Zinc Complex Shaklee
Zinc Complex Shaklee membantu
mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi

Bagaimana Zinc Complex Shaklee membantu mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi?

Kekurangan zink menyebabkan luka lambat sembuh. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen dan seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Berkesan ke Zinc Complex Shaklee membantu mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi?

Klik gambar untuk paparan lebih jelas testimoni Zinc Complex Shaklee membantu mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi.

testimoni Zinc Complex Shaklee membantu mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi

testimoni Zinc Complex Shaklee membantu mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi

testimoni Zinc Complex Shaklee membantu mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi

Berapa harga Zinc Complex Shaklee?

1 botol 120 tablet untuk kegunaan 4 bulan Zinc Complex Shaklee hanya berharga RM33.75 sahaja.


Anda juga boleh mendapatkan Zinc Complex Shaklee di dalam Set Berpantang Shaklee yang sesuai untuk bersalin normal mahupun secara pembedahan serta membantu dalam penyembuhan luka bersalin, menambah susu ibu dan selamat untuk bayi (tidak panas dan tidak menyebabkan jaundis).


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...