Skip to main content

4 KAEDAH UNTUK MENGETAHUI WAKTU SUBUR WANITA

Waktu subur ialah waktu dalam kitaran haid seseorang wanita. Sekiranya hubungan seks dilakukan dalam tempoh itu, peluang untuk hamil adalah tinggi. Ini kerana pada tempoh waktu tersebut, ovulasi sedang berlaku dalam tubuh wanita.

Waktu subur seseorang wanita ialah 5 hari sebelum ovulasi dan 2 hari selepas ovulasi. Sperma lelaki boleh hidup di dalam faraj dan rahim wanita selama 3-5 hari. Namun, telur wanita selepas ovulasi hanya boleh hidup selama 12-24 jam sahaja. Waktu paling subur seseorang wanita ialah sehari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi berlaku.

Oleh yang demikian, sebaiknya hendaklah merancang untuk melakukan hubungan seks sehari atau 2 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi. Berikut merupakan 4 kaedah untuk mengetahui waktu subur seseorang wanita:

1. Kaedah basal body temperature

Carta bacaan suhu badan menggunakan kaedah basal body temperature

Kaedah basal body temperature adalah suatu kaedah untuk mengesan ovulasi yang memerlukan anda mengambil suhu badan pada setiap awal pagi dan mencatat keputusannya dalam bentuk carta. Ia adalah kaedah yang mudah dan murah untuk mengesan ovulasi berbanding menggunakan mana-mana kit kesuburan yang dijual di pasaran.

2. Kaedah cervical mucus

Tahap kesuburan mengikut jenis cervical mucus

Kaedah ini adalah dengan menggunakan pertukaran lendir yang keluar dari pangkal rahim. Dengan kaedah ini anda boleh mengetahui waktu ovulasi anda sebelum ianya berlaku dan merancang waktu yang sesuai untuk bersama dengan pasangan pada waktu yang paling subur bagi meningkatkan peluang untuk hamil. Secara umumnya, cervical mucus yang normal berwarna jernih, tidak berbau dan tidak gatal. Manakala sekiranya terdapat jangkitan pada faraj, lendiran yang keluar adalah berwarna kuning atau hijau, berbau dan kadang kala gatal.

3. Kaedah kalendar

Ovulasi berlaku lebih kurang 14 hari sebelu haid datang. Oleh itu, bagi wanita yang mempunyai kiaran haid 28 hari yang teratur, hari ovulasinya akan berlaku pada hari ke-14. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid selain 28 hari, kiraannya adalah seperti berikut:

Hari ovulasi mengikut kitaran haid

Bilakah hari subur anda?
Hari subur adalah 2 hari sebelum, pada hari ovulasi dan sehari selepas ovulasi berlaku. Ini kerana sperma berupaya untuk hidup di dalam rahim selama 12-48 jam (sesetengah sperma sehingga 3-5 hari), manakala telur hanya akan hidup 12-24 jam sahaja.

Hari subur mengikut kitaran haid

4. Kit peramal ovulasi


Contoh kit peramal ovulasi yang terdapat di pasaran

Kit peramal ovulasi adalah sejenis alat yang boleh dibeli di kedai farmasi yang digunakan untuk mengesan LH surge dengan hanya menggunakan spesimen air kencing sahaja. LH adalah salah satu hormon yang terlibat di dalam proses ovulasi pada setiap bulan. Sebelum proses ovulasi berlaku, paras hormon LH akan meningkat secara mendadak. LH surge ini akan merangsang folikel matang yang berada di dalam kilang telur seseorang wanita untuk pecah. Hormon LH akan dapat dikesan di dalam air kencing 12 jam selepas LH surge. Ovulasi akan berlaku lebih kurang 24 jam selepas hormon LH dikesan dalam air kencing.

Set Kesuburan Lengkap Suami Isteri Shaklee mungkin boleh membantu usaha anda untuk meningkatkan kesuburan dan mendapatkan zuriat. Dapatkan set ini sekarang bersama TIPS CEPAT HAMIL DENGAN GLA COMPLEX SHAKLEE sebagai satu usaha anda menantikan kehadiran si comel dalam keluarga!


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...