Skip to main content

PEPPERMINT-GINGER PLUS SHAKLEE: MENGATASI MASALAH ANGIN DALAM BADAN, GASTRIK DAN MORNING SICKNESS

Masalah angin dalam badan sememangnya sangat memberi ketidakselesaan. Angin dalam badan kebiasaannya berpunca daripada udara yang ditelan. Tahukah anda, apabila seseorang itu berada dalam keadaan tertekan atau stress, maka lebih kerap individu itu menelan udara tanpa disedarinya. Di Shaklee, terdapat Peppermint-Ginger Plus yang menjadi penawar kepada masalah angin dalam badan.

Peppermint-Ginger Plus RM47 (non-member)




PERBEZAAN PEPPERMINT-GINGER PLUS SHAKLEE

Kombinasi 4 herba dari barat dan timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini. Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah angin dalam badan, loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

MANFAAT DAN KEBAIKAN PEPPERMINT-GINGER PLUS SHAKLEE

° Membantu melancarkan sistem penghadaman.
° Membantu mencuci usus dan perut.
° Membantu melegakan kembung perut.
° Membantu melegakan sakit tekak, batuk & selsema.
° Membantu mengurangkan masalah gastrik.
° Membantu mengurangkan masalah angin dalam badan.
° Membantu ibu mengandung mengatasi masalah morning sickness dan alahan.
° Membantu melegakan senak perut.
° Membantu mengatasi masalah mabuk laut atau darat.
° Melegakan sakit ketika haid.

KANDUNGAN NUTRISI DI DALAM PEPPERMINT-GINGER PLUS SHAKLEE

Kandungan nutrisi di dalam
Peppermint-Ginger Plus Shaklee

° Pudina (peppermint):
Melegakan otot perut kerana ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut atau darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

° Halia (ginger):
Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2000 tahun. Halia merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit akibat haid serta loya dan mual angin ketika mengandung juga selepas melahirkan anak (semasa dalam pantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia adalah berkesan sebagai penawar lain seperti merawat mabuk laut atau darat serta mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan mahupun pengembaraan.

° Pokok adas (fennel):
Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut dan melegakan gejala selsema.Selain itu juga, ia dapat membantu dalam menangani masalah alergi pada saluran usus.

° Cekur manis (anise):
Cekur manis telah lama digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Ia juga merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Kandungan nutrisi di dalam Peppermint-Ginger Plus Shaklee
(dari kiri: Pudina, Halia, Fennel, Anise)

TESTIMONI PEPPERMINT-GINGER PLUS SHAKLEE


Testimoni Peppermint-Ginger Plus Shaklee mengatasi masalah angin dalam badan:

Testimoni Peppermint-Ginger Plus Shaklee
mengatasi masalah angin dalam badan

Testimoni Peppermint-Ginger Plus Shaklee mengatasi masalah gastrik:

Testimoni Peppermint-Ginger Plus Shaklee
mengatasi masalah gastrik

Testimoni Peppermint-Ginger Plus Shaklee mengatasi masalah morning sickness:

Testimoni Peppermint-Ginger Plus Shaklee
mengatasi masalah morning sickness #1

Testimoni Peppermint-Ginger Plus Shaklee
mengatasi masalah morning sickness #2


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...