Skip to main content

8 TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN SUAMI DAN ISTERI SUPAYA CEPAT DAN MUDAH HAMIL

Kepada pasangan suami isteri sama ada yang baru mendirikan rumahtangga mahupun yang telah lama mencuba tetapi masih gagal untuk hamil, jangan putus asa kerana masih dapat pelbagai jalan untuk hamil. Tidak kira bagaimana latar belakang anda, terdapat beberapa tips untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri supaya cepat dan mudah hamil.

° Pastikan berat badan anda adalah bersesuaian dengan ketinggian. Cuba kira BMI (body mass index) anda.


Pastikan BMI anda berada dalam lingkungan 19-24. Sekiranya terlalu kurus atau berat badan berlebihan, ia boleh mengurangkan kesuburan anda.

° Amalkan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua pasangan perlu mengelakkan tabiat merokok atau makan berlebihan. Cuba bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

° Melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Hubungan seksual juga sebenarnya merupakan senaman yang bagus. Cuba posisi yang berlainan untuk mengelakkan rasa bosan. Namun, tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan posisi seks tertentu akan meningkatkan kadar kehamilan.

° Perhatikan diet anda. Pastikan anda mengambil makanan yang seimbang. Lebihkan makanan yang berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning, oren dan merah). Pastikan juga anda memakan makanan yang mengandungi protein dan kalsium. Di Shaklee kami ada ESP (Protein) dan OsteMatrix untuk sumber protein bukan-GMO dan kalsium semulajadi. Klik SINI untuk senarai makanan semulajadi yang dapat meningkatkan kesuburan.

° Amalkan vitamin asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Asid folik boleh membantu meningkatkan kesuburan dan mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi. Di Shaklee kami ada B-Complex untuk sumber vitamin asid folik semulajadi

° Ketahui waktu subur anda untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Bagi meningkatkan peluang untuk hamil, pasangan digalakkan melakukan hubungan seks ketika waktu subur. Walau bagaimanapun, ini mungkin akan menyebabkan stress di kalangan pasangan yang sedang mencuba untuk hamil. Oleh itu, adalah dinasihatkan agar pasangan melakukan hubungan seks 2-3 kali sahaja dalam seminggu. Klik SINI untuk kaedah mengetahui waktu subur anda.

° Elak atau kurangkan meminum kopi. Dicadangkan supaya anda menukar kopi kepada teh. Teh yang paling baik ialah teh hijau yang mengandungi antioksidan. Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan kesuburan.

° Sentiasa bersikap positif dan kurangkan stress dalam kehidupan seharian. Ini boleh dilakukan dengan selalu berikir dan berdoa kepadaNya agar dikurniakan anak yang sihat, comel dan soleh.

Set Kesuburan Lengkap Suami Isteri Shaklee mungkin boleh membantu usaha anda untuk meningkatkan kesuburan dan mendapatkan zuriat. Dapatkan set ini sekarang bersama TIPS CEPAT HAMIL DENGAN GLA COMPLEX SHAKLEE sebagai satu usaha anda menantikan kehadiran si comel dalam keluarga!


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...