Skip to main content

LOW MILK SUPPLY: KETAHUI 10 PUNCA MENYEBABKAN SUSU BADAN KURANG

Hampir semua ibu pernah melalui fasa di mana mereka akan mempersoalkan sama ada bekalan susu mereka adalah mencukupi, terutamanya apabila mereka baru mula menyusu. Ramai wanita berfikir bekalan susu mereka adalah sedikit sedangkan ianya tidak benar sama sekali . Ini kebiasaannya berlaku apabila anda tidak merasa payudara yang penuh dengan susu ataupun tidak berlaku susu menitis keluar dari puting payudara anda. Sebenarnya itu adalah tanda tubuh telah menyesuaikan dengan keperluan menyusu bayi. Walau bagaimanapun, kekurangan susu (low milk supply) masih boleh berlaku sekiranya anda berhadapan dengan 10 perkara berikut:

1. Kurang meyusukan atau tidak menyusukan bayi selepas kelahiran


Seperti yang kita tahu, setelah bayi dilahirkan ibu perlu menyusukan bayi selepas 1 jam. Ini bertujuan untuk merangsang penghasilan susu. Sebenarnya bayi yang baru lahir atau berusia sebulan ke bawah memang normal kalau kerap menyusu.Purata kekerapan bayi yang baru lahir menyusu ialah 8-12 kali sehari. Dengan kata lain, lebih kurang setiap 1 jam 30 minit hingga 2 jam sekali bayi akan menyusu.

Kita harus tahu tentang konsep supply and demand dalam proses menghasilkan susu. Jangan risau kerana selagi bayi menyusu, susu akan tetap terhasil.

2. Kekeliruan puting dan hisapan tidak betul


Masalah kekeliruan puting juga menjadi punca kenapa susu kita kurang. Bila bayi sudah dibiasakan dengan puting botol susu, maka bayi akan mengalami masalah kekeliruan. Tentunya bayi lebih gemar menghisap susu dengan menggunakan botol, ini kerana bayi tidak perlu bersusah payah untuk menghisap kerana susu itu dengan sendirinya akan keluar.

Hisapan tidak betul juga boleh mengganggu pengeluaran susu. Bila bayi menghisap dengan cara salah, tentunya susu kurang keluar, dan puting ibu akan berasa sakit. Ini akan menyebabkan ibu mula putus asa. Pastikan baby menghisap dia areola dan bukannya di puting.

3. Emosi ibu kurang stabil


Bila ibu berada dalam pantang, ibu akan rasa letih, stress dan macam-macam lagi perasaan. Pastikan ibu-ibu mendapat rehat yang secukupnya. Kalau boleh biarlah suami atau ahli keluarga yang buat kerja rumah. Bila anak tidur ibu pun tidurlah juga, kerana masa bayi tidurlah ibu dapat berehat. Sekiranya ibu tidak dapat rehat dengan secukupnya, ia akan mengundang stress dan tekanan lantas mengganggu proses penghasilan susu.

(Ibu boleh mengambil vitamin B untuk menghadapi masalah ini. Di Shaklee kami cadangkan B-Complex)





4. Bayi beralih bulan (growth spurt)


Growth spurt ini, lain bayi, lain kerenahnya. Ada bayi bila growth spurt mereka kerap menyusu, seperti tak cukup–cukup atau seperti kita dah tak ada susu. Ada pula yang tak mahu menyusu dan asyik menangis sahaja. Biasanya bayi yang baru masuk 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan (mengikut umur bayi + – ) akan mengalami growth spurt.

5. Kurang menyusu waktu malam


Bagi bayi awal 2 bulan, mereka agak kerap menyusu.Malah pada waktu malam juga kita harus menyusukan mereka.Teruskan menyusu tidak kira siang atau malam.

6. Ibu tidak mengosongkan payudara (tidak pam)


Sekiranya bayi tidak mahu menyusu, maka ibu perlulah pam. Ini kerana, susu mengandungi FIL (feedback inhibitor of lactation) iaitu faktor menghalang penyusuan. Bila payudara dipenuhi susu, maka FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. Bila payudara kosong, FIL akan berkurangan.

7. Ibu datang bulan (period)


Ini memang biasa dan sering terjadi kepada ibu-ibu yang menyusu berpunca daripada penurunan kadar kalsium di dalam badan ketika datang bulan.

(Ibu boleh mengambil kalsium untuk menghadapi masalah ini. Di Shaklee kami cadangkan OsteMatrix)




8. Pengambilan ubat dan kafein


Ada sesetengah antibiotik dan pil perancang menyebabkan gangguan kepada pengeluaran susu. Malah dengan pengambilan kafein yang terlalu banyak juga ia boleh mengurangkan penghasilan susu.

9. Memperkenalkan terlalu awal makanan pejal/susu formula/pacifier


Jangan sesekali menawarkan bayi anda makanan pejal (untuk bayi bawah 6 bulan) / susu formula/pacifier (puting getah tiruan) kerana ini akan menghalang bayi menyampaikan mesejnya kepada payudara. Bila dah mula dengan makanan pejal bayi akan kenyang dan kurang menyusu.

10. Ibu merokok dan minum minuman keras


Amalan tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras sudah terbukti tidak baik untuk kesihatan sekaligus mengganggu penyusuan.

Adakah anda mengalami masalah penyusuan? Set Ibu Menyusu Shaklee mungkin dapat membantu mengatasi masalah anda.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...