Skip to main content

OSTEMATRIX (KALSIUM) SHAKLEE: LEBIH DARIPADA SEKADAR KALSIUM

♫ "Beginilah nasib diriku yang malang, Oh Tuhan
Tak boleh bersenang lenang
Berehat sekejap isteri dah meradang
Kerja berat takut reput tulang" ♫

Sekiranya pernah menonton filem Ali Baba Bujang Lapok lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, pastinya lirik di atas tidak asing lagi bagi anda bukan? Anda pun mengalami masalah reput tulang? Itu tandanya anda kekurangan kalsium dalam tubuh dan anda sangat memerlukan OsteMatrix (Kalsium) Shaklee ini. Jom baca info di bawah.

OsteMatrix (Kalsium) Shaklee
Harga runcit: RM61.00

PERBEZAAN OSTEMATRIX (KALSIUM) SHAKLEE DENGAN KALSIUM JENAMA LAIN

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari material semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

MANFAAT DAN KEBAIKAN OSTEMATRIX (KALSIUM) SHAKLEE

° Menguatkan tulang – Kalsium menghalang esteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, ekzema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

° Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas – Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

° Meringankan stress - Ia mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stres. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

° Memperbaiki masalah haid – Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

° Pengalkali tubuh – Kalsium adalah mineral alkalin, dan ia berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ia juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

° Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

KANDUNGAN NUTRISI DI DALAM OSTEMATRIX (KALSIUM) SHAKLEE

Kandungan nutrisi di dalam OsteMatrix (Kalsium) Shaklee

° Vitamin D - Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.

° Mangnesium - Ini adalah ion positif no. 2 penting dalam tubuh kita. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ia juga sesuai penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

° Zink, boron, manganes, kuprum - Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis.

BAGAIMANA MEMILIH KALSIUM PREMIUM?

° Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium.

° Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.

° Elakkan “mineral chelated” kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

TAHUKAH ANDA?


Khasiat 1 tablet OsteMatrix (Kalsium) Shaklee adalah bersamaan dengan 80 biji badam dan segelas susu kalsium tinggi. Cuma perlu ambil 4 tablet sehari untuk keperluan kalsium harian anda. Larat ke nak kunyah 320 biji badam atau minum 4 gelas susu setiap hari?

Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga bantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

Kajian menunjukkan kalsium OsteMatrix Shaklee diserap sepenuhnya selepas 12 jam diambil.

TESTIMONI OSTEMATRIX (KALSIUM) SHAKLEE

Jom baca himpunan testimoni mereka yang telah berpuas hati dengan OsteMatrix (Kalsium) Shaklee di SINI.

SIAPA PERLUKAN OSTEMATRIX (KALSIUM) SHAKLEE?

Ada 5 golongan utama yang memerlukan OsteMatrix (Kalsium) Shaklee ini. Nak tahu siapa mereka? Adakah anda tergolong dalam kumpulan mereka yang memerlukan OsteMatrix (Kalsium) Shaklee? Klik SINI untuk teruskan pembacaan.


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

Kembalikan Kesihatan Sendi dengan Vivix: Penyelesaian Terbaik untuk Sendi yang Sihat

Sakit sendi merupakan masalah yang kerap dialami, terutama bagi mereka yang berusia atau sering melakukan aktiviti berat. Kualiti hidup boleh terjejas apabila sendi-sendi mula sakit, kaku, atau meradang. Keadaan ini bukan saja menyukarkan pergerakan harian tetapi juga mengurangkan keyakinan diri. Tapi jangan risau, ada cara semulajadi untuk bantu kesihatan sendi dan mengekalkan pergerakan yang lancar – dengan bantuan Vivix. Punca Masalah Sendi Punca utama sakit sendi adalah kerosakan pada tulang rawan, yang berfungsi melindungi hujung tulang dalam sendi. Lama-kelamaan, faktor seperti penuaan, pemakaian sendi yang berlebihan, dan keradangan boleh menyebabkan tulang rawan ini haus atau pecah. Akibatnya, sendi-sendi akan mula bergesel, yang menyebabkan rasa sakit, bengkak, dan kekakuan. Selain itu, radikal bebas juga boleh mempercepatkan kerosakan sel pada sendi, meningkatkan risiko keradangan. Bagaimana Vivix Membantu Menyokong Kesihatan Sendi Vivix mengandungi bahan antioksidan yang tin...

8 Langkah Mudah untuk Melegakan Sakit Lutut dan Meningkatkan Kesihatan Sendi

Pagi tadi kita telah belajar tentang simptom sakit lutut dan petang tadi, kita kupas faktor dan puncanya. Sekarang, tiba masanya kita bincangkan cara-cara yang boleh membantu melegakan sakit lutut dan meningkatkan kesihatan sendi anda secara keseluruhan. 1. Lakukan Senaman Ringan – Senaman ringan seperti berjalan, berenang, atau yoga sangat membantu dalam menguatkan otot di sekitar lutut. Ini membantu untuk menyokong sendi lutut dan mengurangkan tekanan berlebihan yang boleh mencetuskan kesakitan. 2. Cuba Latihan Penguatan – Latihan khusus yang menguatkan otot paha, pinggul, dan betis juga penting untuk mengurangkan tekanan pada lutut. Contohnya, latihan squat ringan atau lunges yang dilakukan dengan teknik yang betul. 3. Kurangkan Berat Badan – Jika anda mengalami kelebihan berat badan, cubalah untuk turunkan sedikit demi sedikit. Setiap kilogram yang kita kurangkan, ia memberi impak besar dalam mengurangkan tekanan pada sendi lutut. 4. Gunakan Ais dan Panas – Ais boleh membantu mengu...

Sering Kena Gastrik? Ini 7 Tips Pantas & Berkesan Untuk Legakan Sakit Gastrik Anda!

Bayangkan pagi-pagi dah rasa pedih kat ulu hati. Nak makan pun serba salah sebab takut makin sakit. Bila sakit gastrik datang, memang rasa tak keruan. Korang yang pernah kena mesti faham betapa peritnya situasi ni. Tapi jangan risau, ada cara untuk atasi dan cegah sakit gastrik supaya hidup korang lebih tenang dan selesa. Hari ni saya nak kongsikan punca, faktor risiko, tanda-tanda gastrik, dan paling penting, 7 tips pantas yang korang boleh cuba untuk legakan sakit gastrik. Saya juga akan cerita tentang produk Shaklee yang boleh bantu atasi masalah ni. Punca Gastrik Gastrik terjadi apabila lapisan perut (mukosa) mengalami keradangan atau iritasi. Beberapa punca utama gastrik termasuk: Pola makan yang tak teratur – Lewat makan atau skip waktu makan boleh sebabkan asid perut terkumpul dan mencederakan dinding perut. Tekanan/stres – Bila korang stres, badan akan menghasilkan lebih banyak asid perut. Pengambilan makanan pedas dan berasid – Ini boleh merangsang pengeluaran asid p...

Kenali Tanda-Tanda Awal Gout Sebelum Ia Menjadi Lebih Serius

Gout mungkin nampak macam masalah kecil pada mulanya, tapi kalau dibiarkan, ia boleh memberi kesan besar pada kualiti hidup korang. Bayangkan sakitnya sendi, terutama di bahagian kaki, sampai nak berjalan pun rasa perit. Ramai yang anggap sakit ni hanya untuk orang tua, tapi sebenarnya, sesiapa pun boleh kena, terutamanya lelaki berusia 30-an ke atas. Apa sebenarnya gout? Kenapa ia berlaku? Dan macam mana korang boleh cegah sebelum ia jadi lebih serius? Jom kita bincangkan semuanya, termasuk bagaimana produk Shaklee boleh bantu korang kawal masalah ni. Apa Itu Gout? Gout adalah sejenis arthritis yang disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi dalam darah. Bila badan korang tak dapat singkirkan asid urik ni dengan betul, ia akan berkumpul di sendi dalam bentuk kristal tajam. Ini yang menyebabkan rasa sakit dan bengkak pada sendi. Punca Gout Pengambilan makanan tinggi purin Makanan seperti daging merah, makanan laut, dan organ dalaman haiwan mengandungi purin yang tinggi. ...

Tambah Susu Badan: Jangan Biarkan Bayi Anda Kelaparan

Bila ada bayi, semua ibu pasti nak berikan yang terbaik.   Menyusukan anak adalah satu pengalaman yang sangat istimewa, tapi tak dinafikan ada juga cabarannya.   Salah satu cabaran terbesar?   Susu badan tak cukup.   Mungkin anda dah cuba macam-macam cara tapi susu tetap tak bertambah.   Jangan risau, anda tak keseorangan.   Ramai ibu lain pun pernah berada di tempat yang sama.   Mari kita kupas punca masalah ni, faktor penyumbang, dan cara terbaik untuk tambahkan susu badan.   Kenapa Susu Badan Jadi Kurang?   Susu badan bergantung pada prinsip "supply and demand".   Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dihasilkan.   Tapi, ada beberapa sebab kenapa susu badan boleh kurang.   Antaranya, teknik penyusuan yang kurang betul.   Kalau bayi tak dapat latch dengan baik, susu tak akan keluar dengan sempurna.   Dehidrasi juga boleh jadi punca....

Archive

Show more