Skip to main content

KEPUTIHAN MELAMPAU?CEGAH DAN RAWAT DENGAN SET KEPUTIHAN SHAKLEE

APA ITU KEPUTIHAN?

Masalah keputihan adalah sinonim pada wanita. Keputihan adalah lelehan lendir berwarna jernih atau kelabu keputihan yang keluar dari faraj wanita dan mempunyai pelbagai sifat dan berbeza pada setiap wanita yang lain.

Lazimnya, keputihan yang tidak berubah warna kepada kekuningan dan kehijauan bererti tiada jangkitan. Jika keputihan berlendir dan tidak membeku seperti susu basi atau berbau hanyir atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.


BAGAIMANA KEPUTIHAN BOLEH BERLAKU?

° Perubahan hormon
Kitaran haid dipengaruhi oleh hormon. Ketika ovulasi, keputihan akan menjadi lebih cair dan semakin kental apabila menghampiri waktu keluar haid.

° Perubahan mental
Keputihan juga bertambah jika wanita terangsang seksualnya. Letih minda atau stress juga boleh mengakibatkan masalah keputihan.

° Penyakit dalaman
Penyakit seperti tiroid atau kencing manis akan mempengaruhi kestabilan hormon dan menyebabkan masalah keputihan terjadi.

BAGAIMANA MENCEGAH DAN MERAWAT KEPUTIHAN?

° Hindarkan penggunaan sabun/parfum pada bahagian faraj untuk mencegah iritasi termasuk penggunaan pantiliner biasa (diperbuat daripada recycle paper) yang turut ditambah dengan bauan flora di dalamnya. Cukup hanya gunakan air suam yang bersih untuk mencuci bahagian luar faraj.

° Jaga bahagian faraj supaya sentiasa bersih dan kering dengan menggunakan pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas. Lap kawasan tersebut dengan kain yang bersih (hindarkan tisu) sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab.

° Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj kerana ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria di dalam faraj lalu menyebabkan jangkitan.

° Hindari dari memakai bedak dan tuala wanita biasa (diperbuat daripada recycle paper) dikawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang. Partikel halus dari tuala wanita datangnya dari kertas hancur yang ada di dalamnya. Cuba saudari sekalian koyak pad yang bersih tu dan lihat debu-debu kertas tu. Bayangkan debu-debu tu masuk ke dalam faraj dan merosakkkan sistem peranakan kita dalam diam.

° Pastikan kerap menukar tuala wanita sewaktu haid.

° Amalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, susu kultur, ,sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan antibodi badan.

° Cegah dan rawat keputihan dengan mengamalkan Set Keputihan Shaklee.

SET KEPUTIHAN SHAKLEE



° Alfalfa Complex - kaya dengan klorofil yang bersifat antikulat. (Harga: RM53.75/330 tablet atau RM97.50/700 tablet)
° Garlic Complex - antibiotik semulajadi, antikulat dan membantu meningkatkan imun sistem badan. (Harga: RM47.50/60 tablet)
° GLA Complex - menghalang kulat daripada merebak & menstabilkan hormon. (RM91.25/60 kapsul)

TESTIMONI SET KEPUTIHAN SHAKLEE


 Testimoni Set Keputihan Shaklee #1

 Testimoni Set Keputihan Shaklee #2


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...