Skip to main content

RISIKO TIDAK MENYUSUKAN BAYI ANDA DENGAN SUSU IBU

Memang diakui, susu ibu adalah susu terbaik jika dibandingkan dengan dengan formula. Ia bukan sahaja baik untuk bayi, memberi manfaat kepada ibu yang menyusukan anak, malah susu ibu turut sama bermanfaat kepada keluarga dan masyarakat. Ketahui risiko tidak menyusukan bayi anda dengan susu ibu dengan membaca entri ini selanjutnya.

Risiko kepada bayi sekiranya anda tidak menyusukan bayi anda

Risiko kepada bayi sekiranya anda tidak menyusukan bayi anda

Pada minggu pertama kelahiran, susu ibu mengandungi kolostrum yang sangat tinggi.  Kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi.Susu ibu juga dikatakan boleh mengurangkan masalah alahan dan masalah sistem penghadaman.Susu ibu juga membekalkan zat untuk tumbesaran bayi secara optimum.Ia mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes apabila dewasa kelak. Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak lima mata berbanding dengan bayi yang minum susu formula).   

Risiko kepada ibu sekiranya anda tidak menyusukan bayi anda

Risiko kepada ibu sekiranya anda tidak menyusukan bayi anda

Kebaikan kepada ibu pula ialah penyusuan susu ibu membantu pengecutan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan. Penyusuan susu ibu juga boleh menjarakkan kehamilan secara semulajadi. Selain daripada itu, ibu-ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif berupaya mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta mengurangkan risiko penyakit osteoporosis.Tambahan, apabila ibu-ibu menyusukan bayi, hormon oksitosin dirembeskan.hormon oksitosin juga dikenali sebagai love hormone, sejenis hormon yang mencetuskan perasaan kasih antara ibu dan anak.  

Risiko kepada masyarakat sekiranya anda tidak menyusukan bayi anda

Risiko kepada masyarakat sekiranya anda tidak menyusukan bayi anda

Penyusuan susu ibu juga penting kepada masyarakat sejagat. Penyusuan susu ibu membantu keluarga dan masyarakat dalam mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula. Ia juga mengurangkan kos perubatan kerana bayi menyusu susu ibu kurang diserang sakit. Penyusuan susu ibu juga adalah mesra alam di mana ia mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran. Secara tidak langsung, ia boleh menjimatkan kos perbelanjaan negara di samping mengurangkan kos untuk mengimport susu formula.

Adakah anda mengalami masalah penyusuan? Set Ibu Menyusu Shaklee mungkin dapat membantu mengatasi masalah anda.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...