Skip to main content

10 TIPS MUDAH BERDIET DENGAN BETUL DAN KURUS SERTA LANGSING DENGAN CEPAT

Apabila berbicara tentang diet, pasti ramai yang memikirkan tentang pelbagai peraturan makanan dan senaman yang sangat ketat. Maka tidak hairanlah sebilangan besar daripada mereka yang mahu menurunkan berat badan akan berputus asa dan membiarkan berat badan naik sesuka hati. Sebenarnya masih ada lagi cara yang mudah untuk anda berdiet dan jadi langsing dengan cepat. Jemput baca 10 tips di bawah:

1. Sarapan seimbang


Mengambil sarapan setiap pagi adalah perkara paling asas dalam memulakan diet. Sarapan yang mengandungi  protein, karbohidrat dan sedikit lemak dapat mengawal gula dalam darah dan mengelakkan rasa lapar yang berpanjangan.

2. Timbang berat setiap hari


Sesetengah pendapat mengatakan tidak elok untuk menimbang berat badan setiap hari. Tetapi, sebenarnya tidak salah untuk anda mengetahui dengan kerap berapa berat badan anda. Ini adalah untuk memudahkan anda mengawal pengambilan makanan yang berkalori tinggi untuk sepanjang hari tersebut.

3. Jangan makan di depan televisyen


Kebiasaan makan di depan televisyen akan menyebabkan anda makan 40% kalori lebih banyak daripada makan tanpa menonton televisyen. Jadi, lebih bagus sekiranya anda jauhkan diri daripada menonton televisyen atau telefon bimbit ketika waktu makan untuk membantu mengelakkan mengambil kalori yang berlebihan.

4. Mengunyah boleh, asalkan sihat


Anda tidak perlu bimbang untuk mengunyah snek di antara waktu makan. Tetapi biarlah snek yang diambil itu snek yang sihat seperti semangkuk buah-buahan atau snek yang kaya dengan protein.

5. Makan buah 2 kali sehari


Walaupun terdapat beberapa jenis buah yang mengandungi lemak seperti avocado, tetapi lemak di dalamnya adalah lemak yang sihat dan diperlukan oleh badan. Jadi, makanlah buah-buahan yang kerana ia sangat baik untuk kesihatan.

6. Kawal minuman anda


Minuman soda, bergas atau minuman yang diolah mengandungi lebih dari 100 kalori dan boleh mengganggu diet anda. Sebaiknya minumlah air putih yang lebih menyihatkan untuk badan anda.

7. Alihkan perhatian anda


Jangan terlalu ikutkan nafsu apabila anda ingin makan sesuatu makanan yang berkalori tinggi. Sebaiknya, alihkan perhatian seperti menelefon kawan-kawan atau bermain games. Sekurang-kurangnya ia boleh bertahan dari keinginan itu selama 5 minit.

8. Bina otot 3 kali sehari


Daripada anda membuang masa tidak menentu, apa kata anda gunakan masa selama 5 minit dalam sehari untuk membina otot dengan push up, joging setempat atau squat. Lakukan latihan ini sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

9. Tidur lebih lama


Hasil kajian menunjukkan bahawa tidur selama 30 minit lebih awal dan bangun 30 minit lebih awal akan membantu anda dalam memilih makanan lebih baik daripada biasa. Malah, dengan tidur yang nyenyak dan cukup akan mengelakkan anda daripada stress dan kepenatan.

10. Bayangkan anda langsing


Putus asa kerana terlalu mengharapkan berat badan turun dengan cepat? Untuk mengatasinya, bayangkan dan rasakan bahawa diri anda sudah langsing dan kurus. Dengan membayang dan merasakan anda sudah langsing dan kurus akan akan dapat member semangat pada diri bahawa anda mampu menjalani program diet tersebut.

Selain daripada mengamalkan 10 tips mudah berdiet dengan betul dan kurus serta langsing dengan cepat seperti di atas, anda mungkin memerlukan suplemen untuk memudahkan lagi program diet yang diamalkan. Dapatkan Set Kurus Shaklee yang bertindak melalui 4 langkah; detoks, bakar lemak, buang lemak dan bina otot.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...