Skip to main content

7 JENIS AKTIVITI SANTAI YANG MAMPU BAKAR KALORI TUBUH DAN KURUSKAN BADAN

Antara alasan paling kerap diberikan apabila tidak bersenam ialah mempunyai aktiviti harian yang sangat padat sehingga tidak ada masa untuk berkunjung ke gimnasium atau mana-mana pusat kecergasan. Tahukah anda? Anda masih boleh membakar kalori tubuh dan mendapatkan badan yang kurus dan langsing dengan melakukan beberapa aktiviti santai sebagai pengganti senaman di gimnasium.

1. Berbasikal

Jika anda tidak suka berjalan kaki, anda boleh mencari alternatif lain iaitu dengan berbasikal yang semestinya cukup mudah dan menyihatkan. Berbasikal dapat membentuk otot paha dan punggung supaya menjadi lebih mantap. Ubahlah kebiasaan anda dari menaiki kereta untuk ke tempat yang berdekatan rumah dengan menaiki basikal. Berbasikal selama 1 jam dapat membakar sehingga 600 kalori.

2. Berjalan kaki

Tidak salah sekiranya anda berjalan kaki jika jarak tempat yang anda ingin tuju tidak terlalu jauh. Walaupun ia akan mengambil sedikit masa tetapi sekurang-kurangnya akan dapat membantu anda jika tidak berkesempatan untuk ke gimnasium. Berjalan kaki selama 1 jam dapat membakar sehingga 300-400 kalori. Jika anda berlari, lebih banyak kalori dibakar iaitu sehingga 600 kalori/jam.

3. Mengemas rumah

Mengemas dan membersihkan rumah adalah salah satu alternatif senaman yang sangat efektif. Anda boleh melakukannya tanpa perlu ke pusat kecergasan dan sangat mudah dipraktikkan setiap hari. Sambil mengemas, anda boleh mendengar muzik kegemaran dan menarilah sambil melakukan kerja membersih. Mengemas rumah selama 1 jam dapat membakar sehingga 240 kalori.

4. Menaiki tangga

Ubahlah kebiasaan anda menggunakan lif dengan memanjat tangga. Ini adalah salah satu latihan kardio yang mampu membakar kalori serta mengencangkan otot paha dan pinggul anda. Aktiviti naik turun tangga selama 30 minit dapat membakar sehingga 300 kalori.

5. Mengambil laluan lebih panjang

Berjalan kaki belum tentu cukup untuk membakar kalori tubuh dalam jumlah yang banyak. Jika anda masih mempunyai waktu terluang, apa kata cuba berjalan di laluan yang lebih panjang atau jauh dalam keadaan santai. Untuk merasa lebih relaks dan tenang, anda boleh melakukannya pada waktu pagi atau petang di taman-taman berdekatan kediaman anda. Jumlah kalori dibakar adalah sama seperti aktiviti berjalan kaki.

6. Bersenam bersama kawan

Luangkan masa yang ada dengan beriadah bersama kawan-kawan dengan aktiviti bermain badminton, berenang, aerobik dan sebagainya. Cara ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim malahan anda akan dapat menghabiskan masa yang lebih panjang dan membakar kalori yang lebih banyak berbanding bersenam sendirian. Bermain badminton dapat membakar 760 kalori, berenang dengan kelajuan maksima 500 kalori manakala aerobik membakar 550 kalori.

7. Bermain dengan binatang kesayangan

Tahukah anda bahawa setiap kali anda bermain dengan binatang kesayangan, anda akan mengeluarkn tenaga dalam jumlah yang banyak. Selain bermain di dalam rumah, anda boleh berjalan-jalan di taman yang tentu sekali akan membakar banyak kalori tubuh. Bermain dengan binatang kesayangan selama 30 minit dapat membakar sehingga 60-85 kalori.

Aktiviti santai yang mampu bakar kalori tubuh dan kuruskan badan
Berbasikal: 600 kalori
Berjalan kaki: 300-400 kalori
Mengemas rumah: 240 kalori
Menaiki tangga: 300 kalori
Aerobik: 550 kalori
Bermain dengan binatang kesayangan: 60-85 kalori

Anda mungkin memerlukan suplemen untuk memudahkan lagi program diet yang diamalkan. Dapatkan Set Kurus Shaklee yang bertindak melalui 4 langkah; detoks, bakar lemak, buang lemak dan bina otot.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

  1. saya bakar kalori dengan mengemas dan naik turun tangga... hihihi..skrg ni tgh usaha nak tingkatkan pembakaran kalori..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...