Skip to main content

INDEKS GLISEMIK (GI) DAN KEPENTINGAN GI RENDAH

APA ITU INDEKS GLISEMIK (GI)?


Apa itu indeks glisemik (GI)?

GI diukur berdasarkan tindak balas glukosa dalam darah selepas makan sejumlah kandungan karbohidrat terkandung dalam makanan berbanding dengan jumlah karbohidrat yang sama dalam makanan rujukan (contoh roti putih atau glukosa).

Setiap kali kita ambil makanan karbohidrat, tahap glukosa dalam darah akan meningkat untuk seketika dan kemudiannya kembali ke paras normal.

Berapa tinggi peningkatan dan berapa cepat tahap glukosa dalam darah kembali normal bergantung kepada GI makanan tersebut. Dengan memilih makanan rendah GI, kita sebenarnya membantu sistem badan untuk mengawal paras glukosa darah dalam imbangan.

Makan rendah GI yang mempunyai gred bawah 55, melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil.

KESAN MAKANAN TINGGI INDEKS GLISEMIK (GI)?

Makanan tinggi GI menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat secara mendadak serta kembali ke tahap normal secara sangat cepat.

Kadar peningkatan dan penurunan yang mendadak menyebabkan ketidakseimbangan paras glukosa dalam darah. Akibatnya, individu mudah mendapat rintangan insulin (insulin resistance) dalam jangka masa yang panjang.

Rintangan insulin berkait rapat dengan masalah kesihatan kronik seperti diabetes jenis dua, obesiti, tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung.

KEBAIKAN MAKANAN RENDAH INDEKS GLISEMIK (GI)

Bagi pesakit kencing manis makanan rendah GI berjaya memperbaiki pengawalan paras glukosa dalam darah. Pengambilan makan rendah GI juga dapat mengurangkan kolestrol dan melambatkan rasa lapar.

TAHUKAH ANDA?

Makanan rendah GI ialah dengan bacaan GI 55 dan ke bawah:




Jadi, semua produk protein Shaklee adalah selamat untuk diambil oleh pesakit diabetes.

Sumber:
Dr Norazlanshah bin Hazali
Perunding Keselamatan dan Terapi makanan
Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu, UIAM.
Majalah Keluarga OKTOBER 2012 m/s 96

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...