Skip to main content

PETUA MERAWAT BUASIR BERDARAH

Penyakit buasir ni atau hemmoroid iaitu penyakit yg boleh terjadi kat bahagian dubur. Sama ada bahagian dalam ataupun luar. Buasir terjadi akibat pembengkakan sel-sel pada lapisan saluran dubur itu. Tanda-tanda awal penyakit buasir ialah semasa membuang air besar rasa sakit yang sangat terutamanya ketika meneran. Apabila sel yang bengkak bergesel dengan najis, kesakitan yang teramat pasti akan dirasa. Apabila ia sudah berdarah maknanya ia sudahpun sampai di tahap kritikal dan kami akan kongsikan petua mujarab dalam merawat serta mengubati buasir berdarah dalam entri kali ini.

Sakit meneran buasir najis berdarah Shaina Shop
Sakit meneran najis akibat saluran bengkak

Najis campur darah petanda awal
Gejala najis bercampur berdarah ini sebenarnya petanda penting yang menunjukkan badan kita ada masalah kesihatan yang perlu mendapat rawatan. Akibat terlalu banyak mengambil karbohidrat, daging dan kurang makan sayur-sayuran serta buah-buahan. Individu yang mengamalkan pemakanan kaya karbohidrat proses lebih kerap mengalami masalah sistem perkumuhan terutama jika mereka juga kurang mendapat bekalan serat, air dan jarang bersenam. Karbohidrat yang diproses bermakna sumber karbohidrat dibersihkan daripada kekasaran luaran melalui kaedah penulenan. Memang najis berdarah agak memalukan tetapi gejala berbahaya ini tidak boleh dipandang ringan dan perlu diberikan perhatian segera.

Kenalpasti tahap severiti buasir
Tahap 1 - Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2 - Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik ke dalam dubur.
Tahap 3 - Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.
Tahap 4 - Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.

Tips mengelakkan buasir berdarah
° Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
° Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari.
° Banyakkan berjalan dan bersenam regangan otot.
° Jangan tahan jika terasa hendak buang air besar, segera ke tandas.
° Gunakan tandas cangkung dan bukannya tandas duduk.
° Berjumpalah dengan doktor untuk meminta nasihat seterusnya.

Bagi menambah kesan rawatan penyakit buasir berdarah ini, saya syorkan anda mengambil Set Buasir Shaklee. Ia terdiri dari Zinc Complex, Ostematrix dan Omega Guard. Kalau nak senang ingat, cuba ingat ZOOM! Makan ZOOM, membuang pun semudah zoom-zoom.

Set Buasir Shaklee ZOOM Shaina Shop
Set Buasir Shaklee - ZOOM!

ZINC COMPLEX Pesakit Tahap 4 sangat digalakkan untuk makan Zinc Complex kerana ia membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

OSTEMATRIX dapat membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD terbukti baik untuk sendi dan otot. Bahagian dubur yang bengkak dapat dikecutkan.


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...