CARIAN

Thursday, April 9, 2015

SUPERMOM MASTERIA: PANDUAN CARA BERMAIN MASTERIA

Anda sudah memiliki Supermom Masteria? Tonton video di bawah untuk panduan cara bermain game board yang best ni:



Atau anda juga boleh baca langkah demi langkah berikut:

LANGKAH 1:
Masteria boleh dimainkan oleh 3-5 orang dengan seorang mesti berperanan sebagai Pegawai UV.

LANGKAH 2:
Sebelum permainan dimulakan, Pegawai UV harus membahagikan sejumlah 2000UV kepada setiap pemain sebagai modal permulaan:
1000UV: 1 keping
500UV: 1 keping
200UV: 1 keping
100UV: 3 keping


LANGKAH 3:
Pegawai UV juga berperanan memberi bonus untuk setiap pusingan mengikut ilustrasi berikut:
Pusingan 1: 1000UV
Pusingan 2: 1000UV + 1 Downline + 200UV
Pusingan 3: 1000UV + 1 Downline + (200UV x bilangan Downline terkini)
Pusingan 4: 1000UV + 1 Downline + (200UV x bilangan Downline terkini) dan seterusnya

Lain-lain peranan Pegawai UV:
1. Menguruskan jualbeli hartanah seperti kiosk, bilik seminar dan kelas.
2. Menjadi pengadil dan tidak akan muflis.
3. Mengutip bayaran seperti bayaran cukai pendapatan, derma kebajikan atau denda.

LANGKAH 4:
Susun dan letakkan Kad Kepimpinan dan Kad Jualan di petak yang disediakan di bahagian tengah papan permainan.

Sekiranya pemain berhenti di petak Kepimpinan atau petak Jualan, pemain dikehendaki mengambil kad yang di atas sekali dan ikut arahan pada kad. Apabila selesai membaca kad tersebut, letakkan semula kad tersebut di bahagian bawah sekali.


LANGKAH 5:
Semua buah token setiap pemain harus diletakkan di petak Mula.


LANGKAH 6:
Setiap pemain harus melempar dua buah dadu, dengan siapa yang memiliki jumlah paling tinggi akan mulakan permainan dahulu.

LANGKAH 7:
Pemain pertama akan memulakan permainan dengan melemparkan dadu terlebih dahulu dan menggerakkan buah token beliau mengikut jumlah angka dadu yang diperolehinya.

LANGKAH 8:
Sekiranya seseorang pemain melemparkan dadu dan mendapat angka yang sama pada kedua-dua belah dadu, maka beliau berhak melemparkan dadu tersebut untuk kali kedua.

Jika pada lemparan kali kedua juga mendapat jumlah angka berkembar, maka beliau sekali lagi berhak melemparkan dadu untuk kali ketiga.

Jikalau pada lemparan kali ketiga juga mendapat angka kembar, beliau harus masuk ke petak mula lingkaran Zon Selesa.

Lingkaran Zon Selesa adalah ibarat penjara atau zon di luar dunia perniagaan di mana tiada sebarang perkembangan perniagaan atau keuntungan diperolehi. Untuk keluar daripada Zon Selesa, pemain hanya memiliki dua pilihan iaitu:
1. Apabila pemain mendarat di petak Kembali Ke Landasan Bisnes untuk dapat kembali semula ke petak mula permainan (dan mendapat 500UV sebagai saguhati).
2. Pemain boleh mengelak daripada Zon Selesa dengan membayar 3000UV dan 3 Downline kepada Pegawai UV.


LANGKAH 9:
Ulang gerakan yang sama untuk pemain seterusnya.

LANGKAH 10:
Bagi pemain yang mendarat di petak dengan tulisan berwarna:
Merah: harus membayar mengikut nilai yang tertera pada petak tersebut.
Hijau: harus menerima sejumlah UV dari Pegawai UV mengikut nilai yang tertera pada petak tersebut.
Biru: petak hartanah di mana jika petak masih belum dibeli, pemain boleh memilih untuk membeli hartanah tersebut atau tidak.

Jika memilih untuk membeli, beliau harus membayar sejumlah harga hartanah seperti yang tertera di petak permainan dan diberi Geran Hartanah tersebut. Jika memilih untuk tidak membeli, maka hartanah tersebut dibuka untuk jualan kepada pemain lain yang berhenti di petak tersebut.


LANGKAH 11:
Bagi pemain yang berhenti di petak yang telah dimiliki, maka mereka akan dikenakan sewa seperti mana nilai yang tertera pada petak permainan. Kadar sewa hartanah milik pemain lain adalah berkadaran dengan jumlah Downline milik pemain penyewa seperti ilustrasi di bawah:
Sekiranya Pemain Penyewa tidak memiliki Downline, maka beliau tidak perlu membayar sewa.
Sekiranya Pemain Penyewa memiliki 1 Downline, maka beliau perlu membayar sewa bersamaan 1 x harga sewa.
Sekiranya Pemain Penyewa memiliki 2 Downline, maka beliau perlu membayar sewa bersamaan 2 x harga sewa dan begitu juga seterusnya.

LANGKAH 12:
Seandainya seseorang pemain itu gagal untuk membayar jumlah denda atau bayaran yang dikenakan, beliau memiliki 3 pilihan:

Melelong hartanah milik beliau kepada pemain lain yang membida pada harga paling tinggi.
Atau, menjual hartanah yang ada kepada Pegawai UV pada separuh harga belian.
Atau, sekiranya memiliki Downline, boleh menukarkan 1 Downline dengan harga 1500UV.
Sekiranya gagal mengemukakan salah satu dari tiga pilihan di atas, maka pemain tersebut dikira muflis dan terkeluar daripada permainan.

LANGKAH 13:
Untuk menentukan pemenang adalah dengan mengambil kira pemain yang mula-mula meraih 13 Dowline dan simpanan 10000UV seterusnya bergelar Master. Sebagai alternatif, para pemain boleh berpakat dah bersetuju akan tempoh masa permainan dan pemenang ditentukan pada kiraan Downline dan UV yang paling tinggi (kiraan bilangan Downline lebih utama berbanding kiraan UV).



Selamat bermain Masteria!

Belum memiliki Supermom Masteria? ShAina Shop merupakan agen sah yang memasarkan Supermom Masteria kepada umum. Hubungi kami untuk keterangan lanjut dan peluang memenangi iPhone6 dengan setiap pembelian gameboard yang best ni.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

Thursday, April 2, 2015

SUPERMOM MASTERIA: TRIVIA DAN FREQUENTLY-ASKED-QUESTIONS (FAQ)

TRIVIA SUPERMOM MASTERIA

Permainan game board Supermom Masteria ini pada asalnya tidak mempunyai nama yang khusus kerana ia dibina hanya sebagai alat bantu mengajar bersama peserta kelas Serious Babe anjuran grup Supermom.

Permainan ini pada mulanya dikenali dengan jolokan nama ShakleePoly oleh anak-anak buah grup pimpinan Presidential Masters Hadhatina dan MKB kerana permainannya yang mirip permainan Monopoly yang telah diShakleekan.

Versi asal permainan ini (seperti dalam gambar) telah pun diguna pakai di dalam beberapa sesi kelas bersama grup Supermom sejak tahun lepas lagi. Ianya terbukti berkesan membantu daya kepimpinan dan pemahaman tentang bisnes Shaklee.

TRIVIA SUPERMOM MASTERIA

Oleh kerana melalui permainan ini dapat mendatangkan kesan manfaat yang baik, serta reaksi positif dari para pengguna, juga galakan dan atas permintaan dari SID lain di dalam dan di luar grup Supermom, maka tercetuslah idea untuk memasarkan permainan ini agar boleh dikongsi bersama-sama kebaikannya.

Bertitik tolak dari situ, Presidential Masters Hadhatina dan MKB telah pun membuat beberapa penambahbaikan ciri-ciri serta pengujian dari versi yang asal sehinggalah terhasilnya versi Supermom Masteria seperti yang anda lihat hari ini.

Permainan ini sangat sesuai digunakan sebagai coaching tool di dalam sesi kelas kepimpinan dan motivasi empayar Shaklee masing-masing agar kelas tersebut tidak membosankan, apatah lagi jika kelas dijalankan sewaktu lepas makan tengahari atau sesi petang.

APA ITU SUPERMOM MASTERIA?

Supermom Masteria adalah game board pertama seumpamanya di dunia Shaklee yang diinovasikan oleh Presidential Masters Hadhatina dan MKB berdasarkan pengalaman sebenar perjalanan beliau dari seorang SID sehingga menjadi seorang Master Coordinator (Pemenang Anugerah Presidential Master Cycle 2013/2014 hingga 2014/2015).

APA ITU SUPERMOM MASTERIA?

HARGA SUPERMOM MASTERIA

Harga seunit game board Supermom Masteria ialah RM100 tidak termasuk kos penghantaran.

HARGA SUPERMOM MASTERIA

KENAPA MESTI MEMILIKI SUPERMOM MASTERIA?

✔ UNIK : Supermom Masteria ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia Shaklee dan direka berdasarkan pengalaman sebenar perjalanan Presidential Masters Hadhatina dan MKB dari seorang SID sehingga menjadi seorang Master Coordinator.

✔ TERHAD : Ia merupakan permainan homemade, bermakna kos bahan mentah seperti kos percetakan adalah tinggi berbanding permainan papan lain yang telah bertahun ada di pasaran, buatan kilang mass production kerana kami membeli bahan mentah dalam kuantiti yang sedikit.

✔ BERPATUTAN : Harga RM 100 adalah berpatutan (within market price), berbanding permainan papan di luar sana. Percayalah kami telah membuat kajian harga.

KENAPA MESTI MEMILIKI SUPERMOM MASTERIA?

KENAPA MESTI MEMILIKI SUPERMOM MASTERIA?

✔ EKSLUSIF : Saiz sasaran pasaran permainan ini adalah ekslusif buat para pengedar Shaklee yang aktif sahaja, yang mana jauh lebih kecil bilangannya berbanding sasaran pasaran permainan papan yang lain.

✔ BERBALOI: Ilmu dan manfaat serta keseronokan positif bersama rakan-rakan kumpulan niaga yang bakal dimiliki itu inshaAllah tidak bisa dinilai dengan harga (priceless).

✔ PELUANG MENANG IPHONE6: Anda mempunyai peluang memenangi iPhone6 dengan setiap pembelian gameboard ini.

Tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai permainan gameboard Supermom Masteria ini:


ShAina Shop merupakan agen sah yang memasarkan Supermom Masteria kepada umum. Hubungi kami untuk keterangan lanjut dan peluang memenangi iPhone6 dengan setiap pembelian gameboard yang best ni.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

Wednesday, April 1, 2015

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015: GLA COMPLEX, LECITHIN, VITA-LEA FOR CHILDREN, DTX COMPLEX, CINCH CHOCOLATE/CAFE LATTE SHAKE MIX

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015: GLA COMPLEX & LECITHIN (BELI 6 PERCUMA 1)

PROMOSI SHAKLEE MAC 2015 GLA COMPLEX & LECITHIN (BELI 6 PERCUMA 1)

Beli 6 botol GLA Complex pada harga RM547.50 & dapatkan 1 botol bernilai RM91.25 secara percuma!

DAN

Beli 6 botol Lecithin pada harga RM315 & dapatkan 1 botol bernilai RM52.50 secara percuma!

ATAU

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015: GLA COMPLEX & LECITHIN (BELI 2 DENGAN DISKAUN 5%)

PROMOSI SHAKLEE MAC 2015 GLA COMPLEX & LECITHIN (BELI 2 DENGAN DISKAUN 5%)

Beli 2 botol GLA Complex pada harga RM173.40 (harga asal: RM182.50)!

DAN

Beli 2 botol Lecithin pada harga RM99.75 (harga asal: RM105)!

ATAU

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015: VITA-LEA FOR CHILDREN, DTX COMPLEX & CINCH CHOCOLATE/CAFE LATTE SHAKE MIX (BELI 3 PERCUMA 1)

PROMOSI SHAKLEE MAC 2015 VITA-LEA FOR CHILDREN, DTX COMPLEX & CINCH CHOCOLATECAFE LATTE SHAKE MIX (BELI 3 PERCUMA 1)

Beli 3 botol Vita-Lea For Children pada harga RM333.00 & dapatkan 1 botol bernilai RM111.00 secara percuma!

DAN

Beli 3 botol DTX Complex pada harga RM465 & dapatkan 1 botol bernilai RM155 secara percuma!

DAN

Beli 3 canister Cinch Chocolate/Cafe Latte Shake Mix pada harga RM519 & dapatkan 1 canister bernilai RM173 secara percuma!

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring