Skip to main content

SUPERMOM MASTERIA: PANDUAN CARA BERMAIN MASTERIA

Anda sudah memiliki Supermom Masteria? Tonton video di bawah untuk panduan cara bermain game board yang best ni:



Atau anda juga boleh baca langkah demi langkah berikut:

LANGKAH 1:
Masteria boleh dimainkan oleh 3-5 orang dengan seorang mesti berperanan sebagai Pegawai UV.

LANGKAH 2:
Sebelum permainan dimulakan, Pegawai UV harus membahagikan sejumlah 2000UV kepada setiap pemain sebagai modal permulaan:
1000UV: 1 keping
500UV: 1 keping
200UV: 1 keping
100UV: 3 keping


LANGKAH 3:
Pegawai UV juga berperanan memberi bonus untuk setiap pusingan mengikut ilustrasi berikut:
Pusingan 1: 1000UV
Pusingan 2: 1000UV + 1 Downline + 200UV
Pusingan 3: 1000UV + 1 Downline + (200UV x bilangan Downline terkini)
Pusingan 4: 1000UV + 1 Downline + (200UV x bilangan Downline terkini) dan seterusnya

Lain-lain peranan Pegawai UV:
1. Menguruskan jualbeli hartanah seperti kiosk, bilik seminar dan kelas.
2. Menjadi pengadil dan tidak akan muflis.
3. Mengutip bayaran seperti bayaran cukai pendapatan, derma kebajikan atau denda.

LANGKAH 4:
Susun dan letakkan Kad Kepimpinan dan Kad Jualan di petak yang disediakan di bahagian tengah papan permainan.

Sekiranya pemain berhenti di petak Kepimpinan atau petak Jualan, pemain dikehendaki mengambil kad yang di atas sekali dan ikut arahan pada kad. Apabila selesai membaca kad tersebut, letakkan semula kad tersebut di bahagian bawah sekali.


LANGKAH 5:
Semua buah token setiap pemain harus diletakkan di petak Mula.


LANGKAH 6:
Setiap pemain harus melempar dua buah dadu, dengan siapa yang memiliki jumlah paling tinggi akan mulakan permainan dahulu.

LANGKAH 7:
Pemain pertama akan memulakan permainan dengan melemparkan dadu terlebih dahulu dan menggerakkan buah token beliau mengikut jumlah angka dadu yang diperolehinya.

LANGKAH 8:
Sekiranya seseorang pemain melemparkan dadu dan mendapat angka yang sama pada kedua-dua belah dadu, maka beliau berhak melemparkan dadu tersebut untuk kali kedua.

Jika pada lemparan kali kedua juga mendapat jumlah angka berkembar, maka beliau sekali lagi berhak melemparkan dadu untuk kali ketiga.

Jikalau pada lemparan kali ketiga juga mendapat angka kembar, beliau harus masuk ke petak mula lingkaran Zon Selesa.

Lingkaran Zon Selesa adalah ibarat penjara atau zon di luar dunia perniagaan di mana tiada sebarang perkembangan perniagaan atau keuntungan diperolehi. Untuk keluar daripada Zon Selesa, pemain hanya memiliki dua pilihan iaitu:
1. Apabila pemain mendarat di petak Kembali Ke Landasan Bisnes untuk dapat kembali semula ke petak mula permainan (dan mendapat 500UV sebagai saguhati).
2. Pemain boleh mengelak daripada Zon Selesa dengan membayar 3000UV dan 3 Downline kepada Pegawai UV.


LANGKAH 9:
Ulang gerakan yang sama untuk pemain seterusnya.

LANGKAH 10:
Bagi pemain yang mendarat di petak dengan tulisan berwarna:
Merah: harus membayar mengikut nilai yang tertera pada petak tersebut.
Hijau: harus menerima sejumlah UV dari Pegawai UV mengikut nilai yang tertera pada petak tersebut.
Biru: petak hartanah di mana jika petak masih belum dibeli, pemain boleh memilih untuk membeli hartanah tersebut atau tidak.

Jika memilih untuk membeli, beliau harus membayar sejumlah harga hartanah seperti yang tertera di petak permainan dan diberi Geran Hartanah tersebut. Jika memilih untuk tidak membeli, maka hartanah tersebut dibuka untuk jualan kepada pemain lain yang berhenti di petak tersebut.


LANGKAH 11:
Bagi pemain yang berhenti di petak yang telah dimiliki, maka mereka akan dikenakan sewa seperti mana nilai yang tertera pada petak permainan. Kadar sewa hartanah milik pemain lain adalah berkadaran dengan jumlah Downline milik pemain penyewa seperti ilustrasi di bawah:
Sekiranya Pemain Penyewa tidak memiliki Downline, maka beliau tidak perlu membayar sewa.
Sekiranya Pemain Penyewa memiliki 1 Downline, maka beliau perlu membayar sewa bersamaan 1 x harga sewa.
Sekiranya Pemain Penyewa memiliki 2 Downline, maka beliau perlu membayar sewa bersamaan 2 x harga sewa dan begitu juga seterusnya.

LANGKAH 12:
Seandainya seseorang pemain itu gagal untuk membayar jumlah denda atau bayaran yang dikenakan, beliau memiliki 3 pilihan:

Melelong hartanah milik beliau kepada pemain lain yang membida pada harga paling tinggi.
Atau, menjual hartanah yang ada kepada Pegawai UV pada separuh harga belian.
Atau, sekiranya memiliki Downline, boleh menukarkan 1 Downline dengan harga 1500UV.
Sekiranya gagal mengemukakan salah satu dari tiga pilihan di atas, maka pemain tersebut dikira muflis dan terkeluar daripada permainan.

LANGKAH 13:
Untuk menentukan pemenang adalah dengan mengambil kira pemain yang mula-mula meraih 13 Dowline dan simpanan 10000UV seterusnya bergelar Master. Sebagai alternatif, para pemain boleh berpakat dah bersetuju akan tempoh masa permainan dan pemenang ditentukan pada kiraan Downline dan UV yang paling tinggi (kiraan bilangan Downline lebih utama berbanding kiraan UV).



Selamat bermain Masteria!

Belum memiliki Supermom Masteria? ShAina Shop merupakan agen sah yang memasarkan Supermom Masteria kepada umum. Hubungi kami untuk keterangan lanjut dan peluang memenangi iPhone6 dengan setiap pembelian gameboard yang best ni.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...