Terima kasih tidak terhingga buat semua guru yang telah mendidik kami sedari kecil hingga dewasa.
Tidak terbalas jasa dan budi mereka. Hanya doa dan harapan kutitipkan buat anda semua yang bergelar guru, cikgu, ustaz, ustazah, sir, teacher dan sebagainya.
Didoakan agar semua guru yang telah mendidik kami dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan dirahmati hidup mereka dunia dan akhirat!
Tidak dilupakan juga PdPR kali kedua tahun ini disebabkan oleh PKP 3.0 sedang berlangsung. Ibu bapa yang bekerja dirumah disarankan jangan stress-stress ya? Anak-anak sila fokus dengan pelajaran diajar oleh guru masing-masing.
Semoga kita semua tabah dan sabar dalam menghadapi segala cabaran zaman PKP ini. Amin ya rabbal alamin.
Comments
Post a Comment