PUNCA SUAMI ISTERI TIDAK SUBUR DAN SUKAR HAMIL

PUNCA SUAMI ISTERI TIDAK SUBUR DAN SUKAR HAMIL

Menurut Dr Khairiah Seman daripada Pusat Bersalin Barakah, terdapat empat kategori penyebab mengapa pasangan suami isteri tidak subur dan sukar hamil. Antaranya ialah:
  1. Masalah isteri,
  2. Masalah suami,
  3. Masalah kedua-dua suami dan isteri, dan
  4. Kedua-duanya normal namun belum diberi rezeki untuk mempunyai zuriat.

PUNCA ISTERI TIDAK SUBUR DAN SUKAR HAMIL
  1. Ketidakseimbangan hormon dalam badan yang boleh menjejaskan proses ovulasi.
  2. Kerosakan pada tiub fallopio yang akan menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Tiub fallopio yang rosak adalah disebabkan keradangan serta ibu yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim.
  3. Berlakunya endometriosis. Ia terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh dalam rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim wanita.
  4. Sperma akan gagal mencapai telur jika ada perubahan pada uterus atau serviks. Jika kedua-dua organ ini mempunyai parut disebabkan oleh pembedahan, ia akan menghalang sperma bergerak untuk mencari ovum wanita.
  5. Wanita yang mempunyai kelainan ataupun kecacatan pada sistem pembiakan juga sukar untuk hamil. Sistem pembiakan seperti rahim, tiub fallopio, rahim yang bermasalah menjadi faktor utama mengapa seseorang wanita itu tidak boleh hamil.
  6. Faktor usia juga antara penyebab wanita sukar ataupun lambat hamil. Wanita berusia 35 tahun ke atas mempunyai peluang yang lebih tipis untuk hamil jika dibandingkan dengan mereka dalam lingkungan usia sihat wanita iaitu 20 hingga 30 tahun.
  7. Emosi yang tertekan ataupun stress juga akan membantutkan usaha anda untuk mendapatkan zuriat.
  8. Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti mengambil alkohol, merokok dan kafein yang tinggi akan mempengaruhi ketidaksuburan wanita.

PUNCA SUAMI TIDAK SUBUR DAN SUKAR HAMIL
  1. Lelaki juga boleh menjadi tidak subur disebabkan masalah hormon. Gangguan pada hormon sering berlaku kepada mereka yang mengambil steroid dalam jangka masa panjang yang menyebabkan testosterone tidak dapat dihasilkan hingga testis mengecut.
  2. Masalah sperma adalah masalah utama ketidaksuburan golongan adam. Ologospermia ialah situasi di mana bilangan sperma kurang daripada 20 juta sperma setiap meliliter air mani dan tidak berkualiti adalah perkara lazim terjadi yang mengurangkan peluang pasangan untuk hamil.
  3. Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti mengambil alkohol, merokok dan kafein yang tinggi akan mempengaruhi ketidaksuburan lelaki.

Set Kesuburan Lengkap Suami Isteri Shaklee mungkin boleh membantu usaha anda untuk meningkatkan kesuburan dan mendapatkan zuriat. Dapatkan set ini sekarang bersama TIPS CEPAT HAMIL DENGAN GLA COMPLEX SHAKLEE sebagai satu usaha anda menantikan kehadiran si comel dalam keluarga!


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment