Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...
Destinasi utama anda untuk mendapatkan info produk kesihatan Shaklee yang berkualiti tinggi. Kami menawarkan rangkaian lengkap produk Shaklee yang dipatenkan khas untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan anda sekeluarga. Sama ada anda mencari vitamin, suplemen, atau produk penjagaan kesihatan, semuanya ada di sini. Pilih yang terbaik untuk gaya hidup sihat anda, dengan servis yang mesra dan penghantaran yang pantas. Jom sihat bersama Shaina Shop Dot Net hari ini!
Comments
Post a Comment