Anda ada masalah rambut berkelemumur? Jom cuba 3 petua tradisional dan semulajadi ini untuk mengatasi masalah rambut berkelemumur anda itu. Namun, haruslah diingat bahawa cara semulajadi selalunya lambat menunjukkan kesan tetapi ia selamat dan berhasil. Maka, untuk memastikan ia berjaya, anda mestilah melakukannya secara konsisten. Petua menggunakan daun pandan: ° Anda perlu menyediakan 10 helai daun pandan. ° Kisar halus dengan menambah 2 gelas air. ° Tapis campuran daun pandan dan air yang telah dikisar dan sapukan ke seluruh rambut yang telah dicuci terlebih dahulu. ° Balut kepala dengan tuala dan biarkan selama setengah jam. ° Cara ini bukan sahaja menghilangkan kelemumur malahan menjadikan rambut berbau harum. Petua menggunakan limau nipis : ° Anda hanya perlu belah 2 sebiji limau nipis. ° Perahkan ke dalam gelas dan campurkan dengan sedikit air. ° Sapukan campuran ini ke kulit kepala dengan cara menggosok. Petua menggunakan santan kelapa : ° Sediakan sa...