Skip to main content

7 PUNCA RAMBUT GUGUR

Adakah anda menghadapi masalah rambut gugur atau kehilangan rambut yang berlebihan sehingga tidak dapat dikenalpasti apakah punca sebenar berlakunya masalah ini? Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam 2 kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal. Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50-100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius. Apa yang lebih teruk ialah anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk membaiki kerosakan itu dan akhirnya mencari penyelesaian yang hanya memburukkan lagi keadaan. Untuk membantu anda daripada membuat kesilapan itu, anda perlu memahami punca-punca kepada mengapa rambut gugur berlaku.

1. Syampu punca rambut gugur

Penggunaan syampu yang tidak sesuai
antara punca rambut gugur

Tidak semua syampu sesuai untuk semua jenis rambut. Anda memerlukan syampu yang ringan dan tidak mengandungi banyak bahan kimia. Menggunakan syampu yang tidak sesuai dengan rambut akan menjadi punca keguguran rambut.

2. Kehamilan punca rambut gugur

Perubahan hormon ketika kehamilan
mempunyai kesan ke atas pertumbuhan rambut

Kehamilan boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan dan beberapa ketegangan lain yang mempunyai kesan langsung kepada pertumbuhan rambut seseorang. Ini hanya wujud dalam tempoh kehamilan dan berpanjangan selepas bersalin. Walau bagaimanapun, dengan penjagaan yang betul, pertumbuhan rambut dapat dikekalkan.

3. Rambut kering punca rambut gugur

Rambut kering yang tidak diminyakkan punca rambut gugur

Oleh kerana rambut dan kulit kepala anda terdedah kepada pencemaran dan cahaya matahari serta bahan kimia dari syampu secara tetap, adalah penting untuk sekali-sekala meletakkan minyak rambut untuk mengelakkan rambut daripada menjadi kering. Apabila anda tidak meminyakkan rambut dengan betul, ia akan kehilangan khasiat lalu akhirnya menjadi rosak dan gugur.

4. Teknik dandanan rambut punca rambut gugur

Braiding akan menyebabkan rambut tegang
seterusnya lemah dari akar dan gugur

Terlalu kerap mendandan rambut, braiding atau membuat ikatan yang sangat ketat boleh menyebabkan rambut tegang. Ini akhirnya membuatkan rambut lemah dari akar dan menyebabkan keguguran rambut.

5. Terlalu banyak ujikaji punca rambut gugur

Terlalu kerap mewarnakan rambut
akan menyebabkan rambut mudah gugur

Kekerapan mewarnakan rambut setiap beberapa bulan juga mendorong kepada masalah rambut gugur. Selain itu, menggunakan alat yang berhaba tinggi juga membuat rambut anda rapuh, dan akhirnya menyebabkan kehilangan rambut yang berlebihan. Malah, blow dry rambut setiap hari juga bukanlah tabiat yang sihat, kerana ia menjadikan rambut lemah.

6. Trichotillomania punca rambut gugur

Trichotillomania ialah orang yang mempunyai
tabiat menarik atau mencabut rambut

Trichotillomania merujuk kepada orang yang mempunyai tabiat menarik atau mencabut rambut. Ia boleh menyebabkan bahagian tertentu kulit kepala menjadi botak. Jika tabiat itu dikawal, rambut boleh tumbuh semula. Walau bagaimanapun, terlalu banyak menarik atau mencabut rambut boleh menyebabkan kebotakan yang kekal.

7. Genetik punca rambut gugur

Genetik punca rambut gugur

Jika ahli-ahli keluarga, terutama ibu bapa mempunyai sejarah keguguran rambut dan botak, kemungkinan besar anak-anak akan mengalami perkara yang sama.

Untuk mengatasi masalah rambut gugur ini, sila klik CARA MENGATASI MASALAH RAMBUT GUGUR.

Selain itu, di Shaklee, terdapat Set Rambut Gugur yang terdiri daripada produk dalaman dan luaran yang dapat membantu anda mengatasi masalah rambut gugur ini.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...