Skip to main content

5 CARA MUDAH UNTUK MEMBAKAR LEMAK PUNGGUNG DAN PAHA

Saiz punggung dan paha yang besar pasti membuatkan anda kurang yakin menyarungkan skinny jeans atau berkebaya.  Masalah ini boleh terjadi kerana beberapa faktor (Baca: FAKTOR MENGAPA PUNGGUNG DAN PAHA MENJADI BESAR). Sekiranya anda mengalami masalah punggung dan paha yang besar, pasti anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian tersebut.

Berlari, jogging dan berbasikal adalah cara biasa yang kita selalu lihat untuk mendapatkan punggung yang cantik dan paha yang langsing. Tetapi, terfikirkah anda cara lain untuk membakar lemak punggung dan paha dengan mudah? Jom teruskan pembacaan.

1. Teknik kerusi bayangan

Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi. Cuba bertahan selama mana yang anda boleh dan berdiri tegak semula. Cuba bertahan selama 10 saat pada permulaan dan sehingga 1 minit selepas melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari. Paling penting sekali, pastikan badan anda tegak semasa 'duduk' untuk menjaga postur tubuh.


2. Teknik menggunting

Teknik ini mudah sahaja. Anda perlu baring di atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan menggunting. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian tukar kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini sebanyak 15 kali untuk setiap set. Untuk mengetahui teknik ini berkesan adalah apabila anda dapat rasakan tekanan di otot bahagian paha.


3. Pusingan bulatan

Baring secara mengiring di atas lantai. Angkat sebelah tangan ke atas dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas dan pusingkan kaki yang diangkat itu mengikut pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum mengulangi langkah demi langka dengan menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Gerakkan keseluruhan kaki tanpa menggerakkan punggung. Lakukan sebanyak 5-10 set jika mampu.


4. Memakai kasut tumit tinggi

Tahukah anda memakai kasut tumit tinggi mampu membentuk otot punggung, betis dan paha? Tetapi anda haruslah berhati-hati kerana amalan ini juga boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur badan. Kajian menunjukkan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi melebihi 2 inci.


5. Melompat di atas trampolin

Melompat di atas trampolin sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolisme, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dan ianya dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Aktiviti ini sangat menarik dan boleh dilakukan bersama keluarga.


Nak lebih lagi? Tonton video 20 Senaman Punggung dan Paha oleh Kevin Zahri ini:



Semoga informasi di atas dapat membantu anda berusaha untuk mengecilkan saiz punggung dan paha serta mendapatkan bentuk tubuh yang lebih menarik. Ayuh lakukannya hari ini juga dan jangan lupa amalkan Set Kurus Shaklee!

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...