Skip to main content

PENULIS JEMPUTAN UNTUK SHAINA SHOP

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

Salam sejahtera buat semua pembaca.

Pertama sekali aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyokong perjuangan kami dalam Shaklee dari dulu sehingga sekarang. Semoga Allah membalas jasa kalian.

Buat kesekian kalinya aku telah dijemput oleh isteri untuk menjadi penulis tetamu jemputan untuk blog Shaklee Shaina Shop beliau. Rasa nak menangis pun ada. Blog baru ni, semangat baru gamaknya.

Sebelum ni, aku memang selalu update blog Shaina Health Shop dengan content pasal Shaklee. Tapi itu blog lama, sebelum kami buat Shaklee lagi blog tu dah ada. Macam-macam ujikaji eksperimen dari tahap basic ke advance semuanya telah dijalankan ke atas blog itu. Dari tukar template la, tukar yang free kat internet la, letak widget canggih manggih mengalahkan ujikaji mencipta roket la, masuk link ke Analytic la, letak Nuffnang la, connect ke Webmaster tool la, semua hado. Dan hasilnya, rojak buah yang enak dimakan begitu sahaja. Blog canggih tapi ada banyak error. Tak fokus pun satu faktor yang menyumbang. Trafik memang ada, tapi tak sebanyak mana.

Ditambah lagi dengan perasaan ingin naik rank setelah terperap lama di pangkat Senior Coordinator, memang sesuatu tindakan drastik terpaksa diambil. Nak harapkan fb ads memang tak boleh dah. Kos ads macam dah meroket pula naiknya. Nak tak nak, kena terjun ke dalam dunia blog juga. Lama dah nak buat tapi asyik tangguh sahaja. Tak tau kenapa (ye ke?)

Jadi..

Setelah berbincang..berbincang..dan berbincang, akhirnya kami (suami isteri) bersetuju untuk membuka satu platform baru (blog baru la tu) khas untuk kami update content mengenai produk Shaklee dan perjalanan bisnes Shaklee kami. Isteri saya yang juga bekas seorang guru matematik, guru perpustakaan, guru disiplin (huh?) guru bolasepak perempuan (mak ai semua pun dia balun), jadi gaya bahasa beliau menerangkan sesuatu itu mestilah dengan detail sedetail detailnya. Cerita pasal produk boleh sembang dengan beliau. Dan saya pula, (jeng..jeng.. jeng..) telah ditugaskan untuk meng'update'kan blog dengan content yang lebih lively. Dijamin tiada ayat skema. Buktinya? Anda sedang membacanya sekarang.

Sekian dahulu entry pertama dari saya dalam blog ini.

Ketemu di entry berikutnya.

Yang benar,

016-2022416

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

Kembalikan Kesihatan Sendi dengan Vivix: Penyelesaian Terbaik untuk Sendi yang Sihat

Sakit sendi merupakan masalah yang kerap dialami, terutama bagi mereka yang berusia atau sering melakukan aktiviti berat. Kualiti hidup boleh terjejas apabila sendi-sendi mula sakit, kaku, atau meradang. Keadaan ini bukan saja menyukarkan pergerakan harian tetapi juga mengurangkan keyakinan diri. Tapi jangan risau, ada cara semulajadi untuk bantu kesihatan sendi dan mengekalkan pergerakan yang lancar – dengan bantuan Vivix. Punca Masalah Sendi Punca utama sakit sendi adalah kerosakan pada tulang rawan, yang berfungsi melindungi hujung tulang dalam sendi. Lama-kelamaan, faktor seperti penuaan, pemakaian sendi yang berlebihan, dan keradangan boleh menyebabkan tulang rawan ini haus atau pecah. Akibatnya, sendi-sendi akan mula bergesel, yang menyebabkan rasa sakit, bengkak, dan kekakuan. Selain itu, radikal bebas juga boleh mempercepatkan kerosakan sel pada sendi, meningkatkan risiko keradangan. Bagaimana Vivix Membantu Menyokong Kesihatan Sendi Vivix mengandungi bahan antioksidan yang tin...

8 Langkah Mudah untuk Melegakan Sakit Lutut dan Meningkatkan Kesihatan Sendi

Pagi tadi kita telah belajar tentang simptom sakit lutut dan petang tadi, kita kupas faktor dan puncanya. Sekarang, tiba masanya kita bincangkan cara-cara yang boleh membantu melegakan sakit lutut dan meningkatkan kesihatan sendi anda secara keseluruhan. 1. Lakukan Senaman Ringan – Senaman ringan seperti berjalan, berenang, atau yoga sangat membantu dalam menguatkan otot di sekitar lutut. Ini membantu untuk menyokong sendi lutut dan mengurangkan tekanan berlebihan yang boleh mencetuskan kesakitan. 2. Cuba Latihan Penguatan – Latihan khusus yang menguatkan otot paha, pinggul, dan betis juga penting untuk mengurangkan tekanan pada lutut. Contohnya, latihan squat ringan atau lunges yang dilakukan dengan teknik yang betul. 3. Kurangkan Berat Badan – Jika anda mengalami kelebihan berat badan, cubalah untuk turunkan sedikit demi sedikit. Setiap kilogram yang kita kurangkan, ia memberi impak besar dalam mengurangkan tekanan pada sendi lutut. 4. Gunakan Ais dan Panas – Ais boleh membantu mengu...

Sering Kena Gastrik? Ini 7 Tips Pantas & Berkesan Untuk Legakan Sakit Gastrik Anda!

Bayangkan pagi-pagi dah rasa pedih kat ulu hati. Nak makan pun serba salah sebab takut makin sakit. Bila sakit gastrik datang, memang rasa tak keruan. Korang yang pernah kena mesti faham betapa peritnya situasi ni. Tapi jangan risau, ada cara untuk atasi dan cegah sakit gastrik supaya hidup korang lebih tenang dan selesa. Hari ni saya nak kongsikan punca, faktor risiko, tanda-tanda gastrik, dan paling penting, 7 tips pantas yang korang boleh cuba untuk legakan sakit gastrik. Saya juga akan cerita tentang produk Shaklee yang boleh bantu atasi masalah ni. Punca Gastrik Gastrik terjadi apabila lapisan perut (mukosa) mengalami keradangan atau iritasi. Beberapa punca utama gastrik termasuk: Pola makan yang tak teratur – Lewat makan atau skip waktu makan boleh sebabkan asid perut terkumpul dan mencederakan dinding perut. Tekanan/stres – Bila korang stres, badan akan menghasilkan lebih banyak asid perut. Pengambilan makanan pedas dan berasid – Ini boleh merangsang pengeluaran asid p...

Kenali Tanda-Tanda Awal Gout Sebelum Ia Menjadi Lebih Serius

Gout mungkin nampak macam masalah kecil pada mulanya, tapi kalau dibiarkan, ia boleh memberi kesan besar pada kualiti hidup korang. Bayangkan sakitnya sendi, terutama di bahagian kaki, sampai nak berjalan pun rasa perit. Ramai yang anggap sakit ni hanya untuk orang tua, tapi sebenarnya, sesiapa pun boleh kena, terutamanya lelaki berusia 30-an ke atas. Apa sebenarnya gout? Kenapa ia berlaku? Dan macam mana korang boleh cegah sebelum ia jadi lebih serius? Jom kita bincangkan semuanya, termasuk bagaimana produk Shaklee boleh bantu korang kawal masalah ni. Apa Itu Gout? Gout adalah sejenis arthritis yang disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi dalam darah. Bila badan korang tak dapat singkirkan asid urik ni dengan betul, ia akan berkumpul di sendi dalam bentuk kristal tajam. Ini yang menyebabkan rasa sakit dan bengkak pada sendi. Punca Gout Pengambilan makanan tinggi purin Makanan seperti daging merah, makanan laut, dan organ dalaman haiwan mengandungi purin yang tinggi. ...

Tambah Susu Badan: Jangan Biarkan Bayi Anda Kelaparan

Bila ada bayi, semua ibu pasti nak berikan yang terbaik.   Menyusukan anak adalah satu pengalaman yang sangat istimewa, tapi tak dinafikan ada juga cabarannya.   Salah satu cabaran terbesar?   Susu badan tak cukup.   Mungkin anda dah cuba macam-macam cara tapi susu tetap tak bertambah.   Jangan risau, anda tak keseorangan.   Ramai ibu lain pun pernah berada di tempat yang sama.   Mari kita kupas punca masalah ni, faktor penyumbang, dan cara terbaik untuk tambahkan susu badan.   Kenapa Susu Badan Jadi Kurang?   Susu badan bergantung pada prinsip "supply and demand".   Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dihasilkan.   Tapi, ada beberapa sebab kenapa susu badan boleh kurang.   Antaranya, teknik penyusuan yang kurang betul.   Kalau bayi tak dapat latch dengan baik, susu tak akan keluar dengan sempurna.   Dehidrasi juga boleh jadi punca....

Archive

Show more