SUPERMOM IDOL - TRIP SEMINAR SHAKLEE DAN JALAN-JALAN CARI MAKAN

Pada tanggal 26 hb April 2014 bertempat di Penang Golf Resort, Bertam telah berlangsungnya seminar Shaklee yg pada saya agak unik dan memang unik lah. Tak pandai nak cerita lebih-lebih sebab nanti karang terover pula. Ringkasnya, group supermom sisters sebagai AJK telah menganjurkan program khas untuk rangkaian Master Hadhatina Abdul Halim & Master MKB. Jadi kami yang susur galur jauh dari dorang tapi tinggal dekat dengan rumah dorang nak juga join program yang bunyi macam best, kalau dapat join mestilah lagi best. Sambil boleh jalan-jalan sebab tak lama lagi wife dah nak bersalinkan anak ke-3, nanti dah bersalin nak berjalan ke sana sini sudah agak rumit sikitlah. kena tunggu anak besar baru boleh bawak jalan-jalan jauh sikit kot.


Kita tengok gambar sahajalah. Senang nak terangkan dari gambar kan?

Kat mana nak start ya?

Setibanya kami di Penang International Airport, Bayan Lepas, setelkan urusan dengan kereta sewa, rate yang saya dapat dari dari Ali Sewa Kereta Penang (012-402 6464) ialah RM120 sehari. Memandangkan kami sewa kereta sehari setengah makan bayaran yang dikenakan ialah RM280 termasuk deposit. (deposit pulang lepas kereta dipulangkan tanpa sebarang kerosakan) Pasang waze, terus cari makan dulu.

Pusing punya pusing last-last kami decide untuk cari makanan di Padang Kota Lama. Orang kata kat sana Pasembur sedap. Maka kitorang pun try lah. Bolehlah rasanya. RM24 sepinggan penuh dengan kuih udang, fish cake, fish ball dan lain-lain.


Kemudian kami try pula Laksa Penang. Sori yang ni takde gambar pula. Rasanya memang lain lah dari Laksa Power Langkawi yang dekat tepi airport tu. Kureng sikit. haha.. Tapi mungkin kitorang dapat gerai yang jual laksa penang yang tak power kot sebab tu rasanya kurang.

Kemudian setelah selesai bersantapan, badan pun nak rehat, maka kami pun on the way lah ke hotel. Dalam perjalanan ke Hotel pula, tiba-tiba pula rasa nak makan char kuey teow pula.. Memang padanla dengan tema kami untuk trip ke penang ni, seminarnya belum lagi, kami belasah jalan-jalan cari makan dulu. Ni gambar char kueh teow yang sedap tu. Kami makan di kawasan commercial area Bertam, yang ada McD dan Petronas di hadapan pusat komersial tersebut.


Perut pun dah kenyang, badan pun dah penat, sekarang masa untuk check in hotel pula.


Kami menginap di Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang Kepala Batas. Memandangkan jarak antara tempat kami menginap dan tempat seminar Supermom Idol tu taklah jauh sangat jadi kami pun bersetuju untuk tinggal sahaja di situ. Rate hotel pada waktu itu ialah RM155 untuk satu malam. Agak murah kerana kami booking awal 2 minggu. Kalau walk in pula ratenya ialah RM180 untuk satu malam. Parking pula free. tapi kena naik sampai ke tingkat 2 berbumbung. Kawasan sekitar hotel memang superb. Banyak kedai makan, kedai buah, kedai mainan, pendek kata memang heavenlah kalau orang duduk situ nak pergi bershopping. Kami sempat beli buah anggur seedless hijau dan ungu, rasanya pula adoiai.. sedap betul.

Start enjin, gerak lagi. Jalan-jalan cari makan sungguh.

Singgah pula di Pak Ali Jeruk Madu. Shopping jeruk, bayam kadok goreng, dan bermacam-macam jajan lain untuk bagi saudara terdekat bila balik Subang nanti. Ada Petron dekat area tu kedai tu, jadi boleh singgah surau untuk solat.

Usai urusan kat kedai tu, jalan lagi. Masuk ke pulau lalu jambatan pula kali ini. Hotel yang kami tinggal ada di seberang, jadi masa kami keluar dari pulau naik feri. saja nak merasa camana rasa naik feri. lama betul tak naik. last naik feri masa sekolah rendah dulu.


Jam dah lepas pukul 8:00 malam, kami bercadang nak merasa Nasi Kandar pula. Orang kata kalau dah sampai Penang, mesti pekena nasi kandar, baru betul. Bila sampai sahaja di Nasi Kandar Kapitan berhadapan dengan AEON Queensbay, kami order menu lain pula. Lantaklah orang nak kata apa, sebab hati ni dah terpaut nak buat macamana. Mutton Claypot Baryani untuk saya dan Chicken Claypot Baryani untuk isteri saya. Ni gambar dia. Sedap betul. Nikmatnya makanan Malaysia!


Kemudian hujan pun turun, tapi masih awal lagi. Wife teringin nak pergi tengok apa benda yang best dekat Night Flea Market, Batu Feringghi. Jalan menuju kesana memang wow. korner banyak betul. rasa mengantuk pun hilang. jalan sempit pula tu. nasib baik trafik lancar. 

Sesampai di sana, agak kagum juga lah dengan keadaan di sana. Hotel mewah duduk area situ rupanya. Foreigner pun banyak, tu tandanya memang pusat tumpuan pelancong. Macam petaling streets la tapi lebih selesa. Sempat juga shopping sikit untuk dijadikan souvenir balik Subang nanti.


Buka waze, cari jalan balik ke hotel... hambik kau. 53km. maknanya perjalanan kami malam ini sahaja sudah lebih 100km! 

In 200meter, turn left... sampailah di Hotel. 

Bersiap program esok sebelum tidur. Teringat blog tak update lagi. Ahh tidur lah dulu.. zzz.. zzz.. zzz..

*************

Bangun pagi lepas selesai solat subuh semua, bersiaplah untuk turun sarapan.

Terjumpa pula dengan Fahmy Shuhaimi dan Adilla CelikVitamin kat restoran. Ceria nampaknya satu family ni.


Pedas betul kueh teow goreng kat restoran ni. Selesai sarapan, kami check out hotel dan terus ke lokasi program Supermom idol. 

Seminar Shaklee kali ini memang unik. Tak sangka terjoin. Sambil jumpa dengan anak biz kat Penang, boleh ajar sikit sebanyak. Perkongsian dari master Norhanita Yusof, Fahmy Shuhaimi, MKB & Master Hadhatina buka minda untuk mendalami biz Shaklee. Sebab tu saya memang galakkan anak-anak bisnes yang berkelapangan untuk hadir dalam majlis ilmu seperti ini pada masa hadapan. 

Kita tengok gambar suasana sekitar majlis.




macam biasalah, speaker bercakap, mesti ada anak-anak yang tolong buat aksi di atas pentas.



isi penting dalam supermom idol yang berjaya saya kutip:

supermom idol
master nohanita
never give up
pasang niat
set target
what is your push factor
dream - mimpi besar-besar sbb mimpi macam doa
minta kekuatan dr Allah jika down
tekad utk kuat untuk downline
jaga aura - sharing positif shj
bina kredibiliti
inspire kejayaan kita
hubungan baik 
bertanggungjawab
konsisten
fokus - yg nak sahaja. 
percaya -Allah, diri sendiri, produk

Selesai program, kami dibawa ke tempat makan nasi ketam yang paling best kat Juru. Jalan nak pergi kedai tu memang ikut jalan kampung sungguh! 

Bila dah sampai tengok makanan yang dah sedia sumer macam best... Slurpp!!



Terima kasih Master Hadhatina & MKB sudi belanja kami makan best- best camni. Next time belanja lagi ya?

Oklah! 

Setakat itu sahaja perkongsian dari saya kali ini. Kita jumpa lagi dalam trip yang seterusnya!

Wassalam.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment