CARIAN

Wednesday, February 11, 2015

ANEMIA SEMASA HAMIL: BAGAIMANA NAK NAIKKAN BACAAN HB RENDAH AGAR TAK DITAHAN DALAM WAD?

Sebaik sahaja anda disahkan hamil, sampel darah dan kandungan hemoglobin akan diambil. Ini adalah untuk menentukan sama ada anda mengalami anemia ataupun bebas daripadanya. Apabila bacaan HB adalah rendah, maka anda mempunyai anemia. Lalu darah anda tidak mempunyai cukup sel-sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh anda dan bayi. Adalah perkara biasa untuk mempunyai anemia ringan apabila anda hamil. Akan tetapi, anemia boleh membuat anda merasa letih dan lemah. Jika ia semakin teruk dan tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko komplikasi yang serius seperti kelahiran pramatang. Teruskan pembacaan untuk mengetahui cara menaikkan bacaan HB rendah agar tak ditahan dalam wad.

anemia semasa hamil
Anemia semasa hamil berlaku apabila darah anda tidak
mempunyai cukup sel-sel darah merah yang sihat
untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh anda dan bayi

JENIS-JENIS ANEMIA SEMASA HAMIL

Anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi:

Anemia berlaku apabila badan tidak mempunyai cukup zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang merupakan protein dalam sel darah merah. Ia berfungsi membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan. Apabila berlaku kekurangan zat besi, darah tidak boleh membawa oksigen yang mencukupi kepada sel dan tisu di seluruh badan. Kekurangan zat besi adalah punca yang paling biasa menyebabkan anemia semasa kehamilan.

Anemia disebabkan oleh kekurangan asid folik:

Asid folik adalah sejenis vitamin B. Badan memerlukan asid folik untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel darah merah. Ketika hamil, ibu-ibu memerlukan asid folik tambahan tetapi selalunya mereka tidak mendapat sumber asid folik yang cukup dari diet mereka. Apabila ini berlaku, tubuh tidak dapat menghasilkan sel-sel darah merah yang mencukupi untuk mengangkut oksigen ke sel dan tisu di seluruh badan.

Anemia disebabkan oleh kekurangan vitamin B12:

Tubuh badan memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah. Apabila seorang wanita hamil tidak mendapat cukup vitamin B12 daripada pemakanan, tubuh badan tidak boleh menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Wanita yang tidak makan daging, ayam, produk tenusu dan telur mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengalami kekurangan vitamin B12.

TANDA-TANDA MENGALAMI ANEMIA SEMASA HAMIL

° Kulit, bibir dan kuku yang pucat.
° Rasa letih atau lemah.
° Pening kepala.
° Sesak nafas.
° Degupan jantung yang cepat.
° Masalah menumpukan perhatian.

KOMPLIKASI ANEMIA SEMASA HAMIL

Anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi yang teruk atau tidak dirawat semasa hamil boleh meningkatkan risiko:
° Mempunyai bayi pramatang atau kurang berat badan.
° Melakukan pemindahan darah (jika anda kehilangan sejumlah besar darah semasa bersalin).
° Kemurungan selepas bersalin.
° Bayi dengan anemia dan perkembangan yang lambat atau terbantut.

Anemia disebabkan oleh kekurangan asid folik dan vitamin B12 yang teruk atau tidak dirawat semasa hamil boleh meningkatkan risiko:
° Mempunyai bayi pramatang atau kurang berat badan.
° Bayi dengan kecacatan kelahiran yang serius seperti kecacatan tulang belakang (spina bifida).

MENCEGAH DAN MERAWAT ANEMIA SEMASA HAMIL

Untuk mencegah dan merawat anemia semasa hamil, pastikan ibu-ibu mendapat cukup zat besi. Makan makanan yang seimbang dan menambah lebih banyak makanan yang kaya dengan zat besi ke dalam diet anda. Ambil sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari makanan kaya dengan zat besi, seperti:
° Daging merah, ayam dan ikan.
° Sayur-sayuran berdaun berwarna hijau gelap (seperti bayam, brokoli dll).
° Bijirin diperkaya dengan zat besi.
° Kekacang dan tauhu.
° Telur.

makanan kaya zat besi untuk mencegah dan merawat anemia semasa hamil

Makanan yang tinggi  kandungan vitamin C boleh membantu tubuh badan menyerap lebih banyak zat besi. Ini termasuk:
° Buah-buahan sitrus dan jus.
° Strawberi.
° Buah kiwi.
° Tomato.
Ibu-ibu bolehlah cuba mengambil makanan tinggi  kandungan vitamin C pada masa yang sama dengan makanan yang kaya dengan zat besi. Sebagai contoh, anda boleh minum segelas jus oren dan makan bijirin yang diperkaya dengan zat besi untuk sarapan pagi.

makanan kaya vitamin c untuk mencegah dan merawat anemia semasa hamil

Jangan lupa untuk tambahkan makanan yang tinggi dengan asid folik ke dalam diet anda untuk membantu mencegah dan merawat anemia seperti:
° Sayur-sayuran berdaun hijau.
° Buah-buahan sitrus dan jus.
° Bijirin.
° Kekacang.

Untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin B12 dalam tubuh badan, makan makanan seperti:
° Daging
° Telur
° Produk tenusu

makanan kaya asid folik dan vitamin b12 untuk mencegah dan merawat anemia semasa hamil

Jika anda mengalami anemia semasa hamil, anda mungkin perlu mula mengambil suplemen zat besi dan asid folik serta vitamin B12 di samping vitamin C sebagai vitamin pranatal anda. Shaklee ada menawarkan Set Anemia Semasa Hamil berikut:

Set Anemia Semasa Hamil Shaklee

° Vita-Lea Iron Formula mengandungi zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang merupakan protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan ibu dan bayi.

° Sustained Release Vita-C Plus megandungi vitamin C yang membantu tubuh badan menyerap lebih banyak zat besi dengan lebih baik.

° B-Complex mengandungi asid folik dan vitamin B12 untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel darah merah.

TESTIMONI SET ANEMIA SEMASA HAMIL SHAKLEE

Tonton video di bawah untuk mendengar testimoni Puan Aya yang menderita anemia setiap kali hamil sehinggalah pada kehamilan ke-4, beliau diperkenalkan dengan Shaklee dan bacaan HB rendah naik dalam tempoh 2 minggu sahaja serta tak ditahan dalam wad:



Anda senasib dengan Puan Aya? Tunggu apa lagi? Usah risikokan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Cubalah Set Anemia Semasa Hamil Shaklee hari ini juga untuk jadikan pengalaman hamil anda sesuatu yang menyeronokkan bukan menyakitkan dan menakutkan.

Lagi testimoni bacaan HB naik dengan Shaklee:

Bacaan HB meningkat selepas amalkan vitamin Shaklee part 1 1 5

Bacaan HB meningkat selepas amalkan vitamin Shaklee part 1 2 69

Vitamin Shaklee kawal diabetes dan HB rendah semasa hamil 2 36

Borang Tempahan Set Anemia Semasa Hamil Shaklee

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring