MIGRAIN: JANGAN AMBIL MUDAH! CEGAH DAN RAWAT DENGAN SET MIGRAIN SHAKLEE

APA ITU MIGRAIN?

Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Kebiasaannya penghidap merasa sakit atau berdenyut hanya pada sebelah kepala sahaja dan lama kelamaan pada kedua-dua belah kepala. Pada tahap yang teruk migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif kepada cahaya dan bunyi.

Migrain boleh dikesan sekiranya anda mengalami
sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut
di sebelah atau satu bahagian kepala sahaja

BAGAIMANA MIGRAIN BOLEH BERLAKU?

Keturunan
Bagi individu tertentu saluran darah mereka begitu sensitif kepada kesan penyejukan dan membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan efektif. Kesan ini menyebabkan mereka mudah mendapat migrain dan sakit kepala.

Pemakanan
Jenis makanan yang diambil mempengaruhi kesihatan individu. Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), keju, coklat, kekacang dan beberapa jenis kandungan lain juga boleh menyebabkan migrain. Ini kerana ada di antaranya mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan seterusnya menyebabkan migrain.

Alahan (alergik) juga boleh menjadi penyebab migrain, begitu juga dengan waktu makan yang tidak tetap atau tidak makan.

Bagi individu yang kerap mengambil minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman berkarbonat, pemberhentian secara mendadak juga boleh menyebabkan migrain. Kaffein akan menyempitkan saluran darah dan apabila individu itu berhenti secara mendadak mengambil minuman yang berkaffein ia akan menyebabkan saluran darah mengembang dengan cepat.

Hormon
Oestrogen tidak mengakibatkan migrain tetapi paras oestrogen yang tidak menentu turun dan naiknya boleh menyebabkan migrain terjadi. Kadar kejadian migrain di kalangan wanita biasanya menurun semasa mengandung dan kebanyakan wanita akan mengalaminya sebelum, semasa dan selepas kedatangan haid. Ini kerana paras oestrogen pada waktu ini tidak menentu.

Bagi wanita yang mengambil pil perancang sesetengahnya mengalami masalah migrain kerana ada sesetengah pil mengandungi oestrogen begitu juga dengan wanita yang mengalami menopaus.

Gaya Hidup
° Masa tidur yang tidak teratur.
° Pemakanan yang tidak teratur atau tidak makan.
° Pengambilan ubat.
° Perubahan cuaca termasuklah keadaan pancaran matahari yang terang.
° Cahaya, bunyi dan bau yang kuat.
° Menonton TV atau menghadap skrin komputer dalam tempoh masa yang panjang.
° Tekanan emosi atau stress.
° Merokok.
° Jantina (3-4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki).

BAGAIMANA MENCEGAH DAN MERAWAT MIGRAIN?

° Elakkan daripada memakan makanan yang tinggi kandungan tyramine atau phenylethylamin dan MSG.
° Elakkan daripada kerap mengambil minuman berkafein.
° Amalkan jadual tidur yang tetap.
° Amalkan jadual makan yang teratur.
° Elakkan keadaan dengan cahaya, bunyi dan bau yang kuat.
° Tidak menonton TV atau menghadap skrin komputer dalam tempoh masa yang panjang.
° Elakkan tekanan dan stress.
° Berhenti merokok.
° Mengamalkan vitamin Shaklee untuk mencegah dan merawat migrain.

SET MIGRAIN SHAKLEE

Set Migrain Shaklee

update 20-5-2021 dengan label di botol yang baharu




B-Complex (Harga: RM58.75/120 tablet):
° Kaya dengan Vitamin B2 (Riboflavin) dan B6 (Pyridoxine) yang dapat mengurangkan sakit akibat migrain.
° Membantu mengelakkan tekanan dan stress.




OsteMatrix (Harga: RM61.25/120 kaplet):
° Sumber kalsium yang membantu meringankan tekanan dan stress, memperbaiki jantung berdebar serta melegakan sakit kepala.
° Sumber magnesium mencegah kekejangan pembuluh darah yang merupakan punca berlakunya migrain.

TESTIMONI SET MIGRAIN SHAKLEE


Testimoni Set Migrain Shaklee #1

Testimoni Set Migrain Shaklee #2

Testimoni Set Migrain Shaklee #3


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment:

  1. set migrain memang best !!! 2 minggu je dah nampak kesan.... :)

    ReplyDelete