Skip to main content

B-COMPLEX SHAKLEE: LENGKAP DENGAN SEMUA 8 JENIS VITAMIN B UNTUK KESIHATAN YANG SEMPURNA

Adakah anda mendapat bekalan vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah ubat preskripsi boleh mengurangkan bekalan vitamin B anda. Oleh yang demikian, vitamin B perlu dititik beratkan sebagai komponen asas dalam sesebuah diet yang seimbang. B-Complex Shaklee menawarkan kandungan lengkap 8 jenis vitamin B di dalam 1 tablet.

Retail Price: RM68.75

PERBEZAAN B-COMPLEX SHAKLEE DENGAN SUPLEMEN VITAMIN B JENAMA LAIN

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran  bersifat sintetik.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari.

MANFAAT DAN KEBAIKAN B-COMPLEX SHAKLEE

° Menukar makanan kepada tenaga:
Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

° Melawan tekanan:
Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

° Membantu tumbesaran:
Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

° Rambut beruban dan gugur:
Membaiki masalah kulit kepala, kelumumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

° Baik untuk mata:
Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.

° Mencegah anemia:
Membantu pembentukkan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

° Meredakan senggugut:
Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

° Mencegah perlcche:
Dikenali juga sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah dan nafas berbau.

° Detoksifikasi:
Meredakan alahan.

KANDUNGAN NUTRISI DI DALAM B-COMPLEX SHAKLEE

Kandungan nutrisi di dalam B-Complex Shaklee

Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B iaitu B1 (Thiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), B5 (Panthothenic acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folic Acid) dan B12 (Cyanocobalamin).

BAGAIMANA MEMILIH B-KOMPLEKS YANG TERBAIK?

° Mengandungi kesemua 8 vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA - kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama).
° Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
° Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
° Elakkan pengambilan B-kompleks yang menawarkan rumusan larut air.

TESTIMONI B-COMPLEX SHAKLEE MENGATASI STRESS/TEKANAN DAN MEREDAKAN SAKIT KEPALA

Testimoni B-Complex Shaklee mengatasi stress/tekanan
dan meredakan sakit kepala #1

Testimoni B-Complex Shaklee mengatasi stress/tekanan
dan meredakan sakit kepala #2

Testimoni B-Complex Shaklee mengatasi stress/tekanan
dan meredakan sakit kepala #3


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.




Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...