Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

CARA DAN PETUA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN SEMASA MENGANDUNG DAN HAMIL

Masalah keputihan adalah normal bagi setiap wanita selagi ia tidak berbau yang sangat busuk dan gatal serta mengakibatkan ketidakselesaan. Ibu mengandung/wanita hamil juga tidak dapat lari dari masalah ini. Kebiasaannya, adalah normal bagi ibu mengandung/wanita hamil mengalami lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa. Sekiranya lelehan tersebut bersifat cair dan berwarna seperti susu, anda tidak perlu risau. Walau bagaimanapun, jika berasa tidak selesa, anda boleh cuba cara dan petua mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil dengan meneruskan pembacaan. Tetapi sekiranya lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej; terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda; anda akan rasa sakit apabila bersama suami; serta rasa sakit apabila membuang air kecil, anda perlu segera berjumpa doktor. Keputihan bersifat cair dan berwarna seperti susu adalah normal bagi kebanyakan ibu ...

TEKNIK MENERAN DENGAN BETUL DAN SELAMAT BAGI MENGELAKKAN KOYAKAN BESAR DAN JAHITAN YANG BANYAK

Antara tips mengelakkan koyakan besar dan jahitan yang banyak semasa melahirkan anak ialah mengetahui teknik meneran dengan betul dan selamat seperti berikut: ° Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada. ° Mata pandang ke perut. ° Tangan pegang pergelangan kaki. ° Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran untuk menyimpan tenaga. ° Jangan sesekali angkat punggung. ° Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak menghembuskan nafas dengan kuat. ° Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Curi nafas dan sambung teran di setiap kontraksi. ° Dengar arahan doktor dan jururawat. ° Elakkan menjerit-jerit dan ingat akan Dia sehingga semuanya selesai. Dalam keadaan panik, teknik mudah ini biasanya dilupakan. Justeru, berpesan-pesan pada suami untuk membantu dan mendorong ketika meneran agar proses bersalin lancar dan ibu tidak kehilangan banyak tenaga. Semoga entri ini bermanfaat untuk bakal-bakal ibu dan menjadi p...

TIPS MENGELAKKAN KOYAKAN BESAR DAN JAHITAN YANG BANYAK SEMASA MELAHIRKAN ANAK

Setiap ibu hamil pasti tidak dapat lari daripada dihantui kebimbangan mengalami koyakan besar dan jahitan yang banyak pada bahagian perineum atau digunting (episiotomi) semasa melahirkan anak. Kebimbangan ini semakin bertambah apabila semakin hampir waktu bersalin. Jangan risau, jangan panik ibu-ibu sekalian. Anda boleh mengawal jumlah jahitan yang diterima sekiranya anda mengetahui tips mengelakkan koyakan besar dan jahitan yang banyak semasa melahirkan anak berikut. Senaman kegel: 4 fakta umum mengenai senaman kegel Senaman kegel penting untuk mengelakkan koyakan perineum di samping membantu proses meneran ketika bersalin. Senaman ini dilakukan pada usia kehamilan 7 bulan dan ke atas bagi menguatkan otot pelvik. Ianya merupakan senaman yang mudah diamalkan di mana-mana sahaja dan sebaiknya dilakukan dengan kerap setiap hari. Cara melakukan senaman kegel ialah dengan mengemutkan otot lantai pelvik anda (sama seperti menahan kencing). Pastikan anda bernafas dengan selesa ser...

TIPS MENJAGA LUKA EPISIOTOMI SELEPAS KELAHIRAN NORMAL

Episiotomi adalah kaedah memotong sedikit bahagian di antara faraj dan lubang dubur ketika kepala bayi mula keluar semasa proses kelahiran normal. Tujuan utama ia dilakukan adalah untuk mengurangkan risiko koyakan pada faraj yang tidak terkawal ketika bersalin dan memudahkan laluan bayi. Episiotomi adalah pilihan tetapi kebanyakan kelahiran terutamanya kandungan sulung, kelahiran songsang serta sebelum prosedur vakum atau forceps tidak akan lari dari menjalani episiotomi. Adalah penting untuk anda mengetahui tips menjaga luka episiotomi dengan baik bagi mengelakkan jangkitan kuman, darah beku, jahitan terbuka dan sakit semasa melakukan hubungan suami isteri. Episiotomi semasa proses kelahiran Tips menjaga luka episiotomi selepas kelahiran normal: ° Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama . Elakkan juga duduk bersila atau baring terlalu lama. Bangun sesekali dan berjalan-jalan di dalam bilik. Pastikan cukup rehat. ° Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ais akan menye...

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

CARA MUDAH UNTUK BERHENTI MEROKOK DENGAN CEPAT

Sekiranya anda merupakan salah seorang perokok dan azam tahun baru anda ialah untuk berhenti daripada tabiat tidak sihat ini serta masih tercari-cari cara mudah untuk berhenti merokok dengan cepat, cuba baca entri ini sampai habis. Kenapa perlu berhenti merokok? Menurut pakar kesihatan, seorang perokok tegar mempunyai 12 kali lebih risiko untuk mendapat kanser paru-paru. Bukan itu sahaja, merokok juga meningkatkan risiko penyakit -penyakit seperti berikut: ° 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser mulut. ° 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser di larinks. ° 6 kali lebih berisiko untuk menghidap penyakit hati. ° 2 kali lebih berisiko untuk mendapat strok. Tahukah anda? Merokok menjadi punca kematian bagi 4 juta orang setahun di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan menjelang akhir 2020, merokok akan menjadi punca kematian bagi 10 juta orang dan 7 juta daripadanya adalah di negara-negara membangun. Risiko dan penyakit akiba...