Skip to main content

TESTIMONI MEAL SHAKES SHAKLEE MEMBANTU MENGATASI MASALAH ANAK SERING SEMBELIT

Adakah anak anda sering sembelit? Kesian kan bila anak-anak sembelit? Kadang-kadang tu sampai merah-merah muka and the worst case meraung-raung masa nak membuang.

Anak anda sering sembelit?

APA ITU SEMBELIT?

Sembelit ialah kesukaran untuk membuang air besar atau membuang air besar yang tidak kerap dan tidak sempurna. Selalunya akan rasa masih ada lagi yang mahu dibuang tetapi payah. Kebiasaanya pesakit yang mengalami masalah ini selalu merasakan najis mereka keras, terasa sakit ketika proses pembuangan dan selalu merasakan incomplete feeling of passing the stools. Simptom lain yang mungkin dialami oleh pesakit adalah kembung perut dan tidak selesa.

BAGAIMANA SEMBELIT BOLEH BERLAKU?

Sembelit boleh berlaku kerana banyak faktor. Antaranya ialah:
° Diet rendah fiber.
° Kekurangan bendalir dalam badan.
° Corak permakanan yang berubah.
° Ubat-ubatan.
° Kekurangan senaman.
° Perubahan fisiologi badan seperti penuaan dan mengandung.
° Immobility. (Contoh: pesakit kronik yang hanya duduk atas katil sepanjang masa)
° Sikap tidak endah akan pentingnya pergerakan usus sendiri.
° Penyalahgunaan ubat julap.

Kebiasaannya, bagi kanak-kanak, faktor pertama, kedua dan ketiga banyak mempengaruhi masalah sembelit yang dihadapi.

BAGAIMANA MENCEGAH DAN MERAWAT SEMBELIT?

° Diet
Tingkatkan pengambilan fiber dalam makanan (20-35 gram setiap hari). Ini boleh membantu melembutkan najis disamping menormalkan pergerakan usus. Makanan yang tinggi fiber adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Dinasihatkan supaya mengambil makanan tinggi fiber ini secaraberperingkat bagi mengelakkan kembung perut dan angin. Pengambilan fiber juga perlu disusuli dengan minum air yang banyak.

° Senaman
Senaman yang konsisten boleh mengembalikan pergerakan usus yang normal. Kalau boleh, elakkan daripada duduk yang terlalu lama dan sentiasa pastikan tubuh anda aktif bergerak. Membuat senaman yang agak berat adalah digalakkan, tetapi 30 minit berjalan kaki cukup untuk membantu menggalakkan pergerakan usus yang sihat.
Untuk melegakan bayi dan mencegah sembelit daripada berulang adalah dengan menggalakkan bayi lebih bergerak, misalnya dengan membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh ataupun dengan menggalakkan bayi supaya lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit, jadi perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit.

° Ubat-ubatan
Penggunaan julap ataupun enema tidak digalakkan untuk sembelit yang sederhana tahap keseriusannya. Julap dan enema hanya digalakkan kepada mereka yang telah mencuba dua cara di atas tetapi tiada perubahan dan tidak berkesan. Julap digunakan untuk merawat sembelit. Julap boleh didapati dalam bentuk tablet, sirap dan kapsul. Penggunaan julap yang bersesuaian haruslah mendapat nasihat dan bimbingan doktor atau ahli farmasi.

° Cegah dan rawat sembelit dengan Meal Shakes Shaklee.

BAGAIMANA MEAL SHAKES SHAKLEE MEMBANTU MENGATASI MASALAH ANAK SERING SEMBELIT?

Meal Shakes Shaklee
Harga Runcit RM113.75

Meal Shakes Shaklee kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada usus & perut.

TESTIMONI MEAL SHAKES SHAKLEE MEMBANTU MENGATASI MASALAH ANAK SERING SEMBELIT

Testimoni Meal Shakes Shaklee membantu mengatasi masalah anak sering sembelit #1 

Testimoni Meal Shakes Shaklee membantu mengatasi masalah anak sering sembelit #2

Testimoni Meal Shakes Shaklee membantu mengatasi masalah anak sering sembelit #3

Alhamdulillah, memang seronok bila dapat feedback dan testimoni daripada para ibu bapa yang berjaya menyelesaikan masalah sembelit anak-anak dengan Meal Shakes Shaklee. Percayalah, Meal Shakes Shaklee merupakan pelaburan yang bijak dan berbaloi untuk kesihatan anak-anak anda.


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...