Skip to main content

KELAS ASAS BLOG OLEH KEMBARA ASB V2.0: IPOH MALI

Alhamdulillah, masih diberikan ruang dan peluang dariNya untuk aku kongsikan sedikit pengalaman yang menarik sepanjang perjalanan ke Ipoh demi menuntut ilmu, mendalami teknik, berukhuwwah, menghubungkan silatulrahim dalam mencari keredhaanNya dunia & akhirat. Aku bersyukur padamu Ya Allah.


Trip kali ini ke Ipoh. Tujuannya untuk belajar dengan lebih lanjut teknik berblogging dari otai blog Shaklee seperti celikvitamin.com, superbvitamin.blogspot.com, faizsaid.com, dan ramai lagi nama-nama hebat di luar sana yang tak dapat aku senaraikan semua. Disamping belajar ilmu blog, plan kitorang kali ini ialah nak berjumpa dengan leader Shaklee Stars yang tak pernah ketemu face-to-face. Dengan harapan, dapatlah kami menggilap skil, tingkatkan pengetahuan dan motivasi kepada beliau pada perjumpaan kali ini. Sambil menyelam minum air.

Kami memulakan perjalanan ke Ipoh lebih kurang jam 1:00tgh hari dari Subang Jaya pada 3-5-2014 dengan menaiki kereta. Sesampai di Ipoh, kami check in di De Botani Hotel, Kawasan Perindustrian Botani, Pulai, Perak. Dekat-dekat nak Ipoh la tu. Kebetulan dapat tahu Faiz Ainul pun stay di Hotel yang sama. Aku kat bilik 201, dia kat 202.  Dan nak jadi cerita pula, Fahmy Shuhaimi pun duduk kat hotel yang sama! memang macam berjanji pula. Seronok aku tengok semua adik beradik Shaklee ni. 

Petang dalam lebih kurang pukul 5, perut minta diisi sebab, kami lunch lewat kat Restoran Ali Corner dalam jam 11:00pagi. Destinasi yang nak ditujui ialah Gerai tepi jalan yang diberi nama, Kopi Secawan. Bila dah sampai tempat nak dituju, berkenan nak makan kat Kedai Sajian Anak Watan pula. memandangkan kedai tu lebih happening dan banyak menu. Sempat aku sebat Laksa Utara, Bihun Sup, Char Kueh Teow, dan roti bakar. Wife aku kata roti bakar situ memang sedap. dari order 1 set, bertambah jadi 4 set akhirnya. Memang superb!




Bihun sup daging tak sempat nak snap. Agak masin supnya tapi isinya penuh daging. 

Ini suasana kedai Sajian Anak Watan. Tipikal kedai tepi jalan betul-betul lepas traffic light. 


Malamnya pula kami dijamu pula di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung oleh Apeh Dollah. 3 Family excited dalam Exora. 


Sementara kami belum jadi Masters dalam Shaklee, enjoy all the moments together! 

Ni sikit gambar masa dinner yang dibelanja oleh bakal master tak lama lagi, Dilla Jalil & Apeh Dollah. 






Anak-anak pun behave. Dapatlah kami melantak dengan tenang. 






Geng ASB bergambar di lorong gelap. Terima kasih abang kawasan branch Ipoh, kami bagi pihak rombongan mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga dapat naik rank Master Coordinator pada bulan ini. Amin. 

Hari yang ditunggu-tunggu kunjung tiba. Penuh kelas dengan peserta yang datang. 





Tak sangka sambutan yang cukup hangat dari susur galur kumpulan iReach. Ramai yang ingin menambah ilmu, mempertajamkan ilmu dan berkongsi pengalaman. Sesuatu yang cukup baik untuk dianjurkan pada masa-masa akan datang. Supaya lebih banyak ilmu dapat dicurahkan. 

Dan sebenarnya pada kembara hari tersebut, semua peserta termasuk Jawatankuasa kerja telah mendapat suatu kejutan yang sungguh tidak disangka-sangka! Kemunculan Master Coordinator Zainul Anuar & Lyna Noh dalam program memeriah lagi memperkemaskan ilmu dan skill peserta. 


Memang beruntung mereka yang dapat berharian bersama. Part yang paling best ialah, dapat melihat sendiri bagaimana Master Lyna mengupdate blog secara live eksklusif di depan semua peserta. Suatu pengalaman yang pasti tidak akan dapat dilupakan bagi mereka yang tahu menilainya. 


Seperti biasa, selesai semua majlis, sesi dibawa makan oleh Master Zainul kat mana-mana tempat makan popular setempat sebelum bertolak balik ke KL. Lokasi Jalan-Jalan Cari Makan kali ini bertempat di Restoran Mee Rebus Ramli berhadapan dengan Lembaga Pertanian Malaysia Perak, Ipoh.





Selesai makan, masing-masing cabut pulang ke Kuala Lumpur.
Sekian nukilan untuk keseluruhan trip kali ini. Ketemu lagi di lain waktu. 


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam ...

7 TANDA BERSALIN DAN MELAHIRKAN ANAK SEMAKIN HAMPIR

Pengalaman mengandung kali pertama pasti mengujakan. Tapi macam mana nak tahu sudah menghampiri waktu bersalin sedangkan tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Ibu-ibu jangan panik sekiranya berdepan dengan situasi sakit pinggang seperti hendak patah, perut memulas seperti hendak buang air besar mahupun terdapat lendir atau cairan keluar. Kesemua berikut adalah tanda bersalin dan melahirkan anak semakin hampir. Penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda ini agar langkah selanjutnya dapat diambil. Ayuh teruskan pembacaan 7 tanda bersalin dan melahirkan anak berikut. ° Bloody show: Lazimnya akan berlaku pengeluaran dalam bentuk lendir ataupun darah di faraj. Pengeluaran lendir bercampur darah menjelaskan bahawa ruang serviks anda telah terbuka. Situasi inilah yang menyebabkan lendir bercampur darah itu tadi. ° Kontraksi: Kontraksi adalah tanda awal anda hampir bersalin. Biasanya perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi se...

CHECKLIST SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU DAN BAYI SEMASA BERPANTANG

40 minggu bayi dalam kandungan, Alhamdulillah selamat sudah melahirkan selepas melalui tanda-tanda bersalin dan melahirkan anak berikut . Tidak kira apa bangsa sekalipun, amalan berpantang paling kurang 40 hari menjadi kelaziman ibu-ibu yang baru bersalin. Untuk memudahkan para ibu terutamanya ibu-ibu yang akan melalui pengalaman pertama kali berpantang, saya sediakan checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang yang boleh dimuat turun dan cetak untuk panduan bersama di penghujung entri ini. Checklist senarai barang keperluan ibu dan bayi semasa berpantang anak ketiga tak lama dahulu Keperluan ibu (berpantang): ° Set berpantang (vitamin/jamu herba/minyak urut dll) ° Tungku ° Bengkung/barut ° Baju/blaus ° Stokin ° Kain batik ° Baju/seluar dalam ° Baju sejuk/sweater ° Breast pad ° Nursing bra ° Selipar ° Selimut ° Maternity pad ° Bantal lapik duduk (memberi keselesaan dan mengurangkan sakit akibat jahitan ...