Skip to main content

KELAS ASAS BLOG OLEH KEMBARA ASB V2.0: IPOH MALI

Alhamdulillah, masih diberikan ruang dan peluang dariNya untuk aku kongsikan sedikit pengalaman yang menarik sepanjang perjalanan ke Ipoh demi menuntut ilmu, mendalami teknik, berukhuwwah, menghubungkan silatulrahim dalam mencari keredhaanNya dunia & akhirat. Aku bersyukur padamu Ya Allah.


Trip kali ini ke Ipoh. Tujuannya untuk belajar dengan lebih lanjut teknik berblogging dari otai blog Shaklee seperti celikvitamin.com, superbvitamin.blogspot.com, faizsaid.com, dan ramai lagi nama-nama hebat di luar sana yang tak dapat aku senaraikan semua. Disamping belajar ilmu blog, plan kitorang kali ini ialah nak berjumpa dengan leader Shaklee Stars yang tak pernah ketemu face-to-face. Dengan harapan, dapatlah kami menggilap skil, tingkatkan pengetahuan dan motivasi kepada beliau pada perjumpaan kali ini. Sambil menyelam minum air.

Kami memulakan perjalanan ke Ipoh lebih kurang jam 1:00tgh hari dari Subang Jaya pada 3-5-2014 dengan menaiki kereta. Sesampai di Ipoh, kami check in di De Botani Hotel, Kawasan Perindustrian Botani, Pulai, Perak. Dekat-dekat nak Ipoh la tu. Kebetulan dapat tahu Faiz Ainul pun stay di Hotel yang sama. Aku kat bilik 201, dia kat 202.  Dan nak jadi cerita pula, Fahmy Shuhaimi pun duduk kat hotel yang sama! memang macam berjanji pula. Seronok aku tengok semua adik beradik Shaklee ni. 

Petang dalam lebih kurang pukul 5, perut minta diisi sebab, kami lunch lewat kat Restoran Ali Corner dalam jam 11:00pagi. Destinasi yang nak ditujui ialah Gerai tepi jalan yang diberi nama, Kopi Secawan. Bila dah sampai tempat nak dituju, berkenan nak makan kat Kedai Sajian Anak Watan pula. memandangkan kedai tu lebih happening dan banyak menu. Sempat aku sebat Laksa Utara, Bihun Sup, Char Kueh Teow, dan roti bakar. Wife aku kata roti bakar situ memang sedap. dari order 1 set, bertambah jadi 4 set akhirnya. Memang superb!




Bihun sup daging tak sempat nak snap. Agak masin supnya tapi isinya penuh daging. 

Ini suasana kedai Sajian Anak Watan. Tipikal kedai tepi jalan betul-betul lepas traffic light. 


Malamnya pula kami dijamu pula di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung oleh Apeh Dollah. 3 Family excited dalam Exora. 


Sementara kami belum jadi Masters dalam Shaklee, enjoy all the moments together! 

Ni sikit gambar masa dinner yang dibelanja oleh bakal master tak lama lagi, Dilla Jalil & Apeh Dollah. 






Anak-anak pun behave. Dapatlah kami melantak dengan tenang. 






Geng ASB bergambar di lorong gelap. Terima kasih abang kawasan branch Ipoh, kami bagi pihak rombongan mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga dapat naik rank Master Coordinator pada bulan ini. Amin. 

Hari yang ditunggu-tunggu kunjung tiba. Penuh kelas dengan peserta yang datang. 





Tak sangka sambutan yang cukup hangat dari susur galur kumpulan iReach. Ramai yang ingin menambah ilmu, mempertajamkan ilmu dan berkongsi pengalaman. Sesuatu yang cukup baik untuk dianjurkan pada masa-masa akan datang. Supaya lebih banyak ilmu dapat dicurahkan. 

Dan sebenarnya pada kembara hari tersebut, semua peserta termasuk Jawatankuasa kerja telah mendapat suatu kejutan yang sungguh tidak disangka-sangka! Kemunculan Master Coordinator Zainul Anuar & Lyna Noh dalam program memeriah lagi memperkemaskan ilmu dan skill peserta. 


Memang beruntung mereka yang dapat berharian bersama. Part yang paling best ialah, dapat melihat sendiri bagaimana Master Lyna mengupdate blog secara live eksklusif di depan semua peserta. Suatu pengalaman yang pasti tidak akan dapat dilupakan bagi mereka yang tahu menilainya. 


Seperti biasa, selesai semua majlis, sesi dibawa makan oleh Master Zainul kat mana-mana tempat makan popular setempat sebelum bertolak balik ke KL. Lokasi Jalan-Jalan Cari Makan kali ini bertempat di Restoran Mee Rebus Ramli berhadapan dengan Lembaga Pertanian Malaysia Perak, Ipoh.





Selesai makan, masing-masing cabut pulang ke Kuala Lumpur.
Sekian nukilan untuk keseluruhan trip kali ini. Ketemu lagi di lain waktu. 


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

LOW MILK SUPPLY: KETAHUI 8 CARA MENGATASI MASALAH SUSU BADAN KURANG

Jika anda mengalami masalah susu badan kurang dan telah mengenalpasti punca-punca nya, cuba lakukan 8 cara berikut untuk mengatasinya: 1. Kerapkan meyusu bayi atau pam susu sekurang-kurangnya 3 jam sekali. 2. Urut atau tuam payudara. 3. Makan makanan seimbang atau ambil suplemen . 4. Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 3liter/hari. 5. Berfikiran positif, banyakkan berdoa, zikir, mengharap kepada-Nya agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. "Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan” 6. Memilih pam susu yang sesuai (hospital grade), menggunakan teknik yang betul, cepat dan berkesan serta mengamalkan strategi (power pumping, pam waktu malam, tandem nursing). 7. Skin to skin. 8. Offer both breast. Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatka

Zinc Plus™ SHAKLEE: 17 MANFAAT DAN KEBAIKAN ZINK KEPADA KITA

Zink ialah mineral penting yang terkandung dalam setiap sel tubuh kita. Ia mengaktifkan tindakan hampir 100 jenis enzim, iaitu bahan-bahan pencetus tindak balas biokimia dalam tubuh anda. Zinc Plus™ Shaklee membekalkan zink, bahan utama untuk kesihatan yang sempurna dan amat diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Zinc Plus™ Shaklee juga merupakan sumber kalsium yang berkualiti untuk kesihatan keseluruhan badan anda. Zinc Plus™ Retail Price:RM58.75 PERBEZAAN Zinc Plus™ SHAKLEE DENGAN SUPLEMEN ZINK JENAMA LAIN Dirumus dari zink glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zink yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zink sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh. MANFAAT DAN KEBAIKAN Zinc Plus™ SHAKLEE ° Penjagaan kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne.

SET JERAGAT SHAKLEE (VITAMIN UNTUK MENGHILANGKAN JERAGAT DI WAJAH)

Kehadiran jeragat pasti mencacatkan penampilan seseorang wanita. Selalunya mereka yang mengalami masalah jeragat ini terpaksa mengenakan mekap tebal untuk menutup kesan tompokan berwarna coklat sama ada coklat gelap atau coklat yang pudar. Untuk wajah bebas jeragat tanpa perlu bermekap, anda bolehlah mencuba Set Jeragat Shaklee yang terdiri daripada: Set Jeragat Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour   RM173.75 (non-member) ESP : ESP Shaklee membekalkan protein semulajadi dari sumber soya bukan GMO. ESP mengandungi kandungan protein dan isoflavones yang  bertindak serentak untuk menghalang pertumbuhan sel tidak normal dan membaiki masalah jeragat. GLA Complex   RM97 (non-member) GLA Complex : Jeragat berlaku kerana terdapat masalah pada hormon. Oleh itu, pengambilan Gamma Lenolenic Acid (GLA) adalah amat penting. GLA Complex Shaklee mengandungi 2 kali ganda lebih GLA berbanding jenama lain di pasaran. Untuk menghilangkan jeragat pada, GLA Complex

B-COMPLEX SHAKLEE: LENGKAP DENGAN SEMUA 8 JENIS VITAMIN B UNTUK KESIHATAN YANG SEMPURNA

Adakah anda mendapat bekalan vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah ubat preskripsi boleh mengurangkan bekalan vitamin B anda. Oleh yang demikian, vitamin B perlu dititik beratkan sebagai komponen asas dalam sesebuah diet yang seimbang. B-Complex Shaklee menawarkan kandungan lengkap 8 jenis vitamin B di dalam 1 tablet. Retail Price: RM68.75 PERBEZAAN B-COMPLEX SHAKLEE DENGAN SUPLEMEN VITAMIN B JENAMA LAIN Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran  bersifat sintetik. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan

CARA DAN PETUA MUDAH ATASI MASALAH RUAM PANAS, RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU PADA BAYI

Kulit bayi terutamanya bayi baru lahir sangat sensitif. Ada tak ibu-ibu di sini yang bayi anda mempunyai masalah ruam tak kiralah ruam panas, ruam lampin mahupun ruam susu? Kesian kan kalau bayi tak selesa, tergaru-garu tak boleh tidur dek rimas dengan ruam mereka? Ibu-ibu pun pasti letih melayan kerenah bayi anda dan tak dapat cukup rehat terutamanya yang masih dalam tempoh berpantang. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui cara dan petua mudah atasi masalah ruam panas, ruam lampin dan ruam susu pada bayi. Apa itu ruam? Ruam panas ialah bintik-bintik berwarna merah terang yang timbul pada kulit apabila bayi anda terlalu panas (dalam cuaca panas dan lembap). Ruam panas biasa berlaku di leher, bawah lengan atau di tepi lampin. Ruam panas pada bayi Ruam lampin biasanya berwarna merah dan merengsakan. Kebiasaannya, ruam lampin terjadi di bahagian yang tertutup dengan lampin iaitu kemaluan, punggung, kelengkang dan paha. Ruam lampin pada bayi Ruam susu ialah ruam pada