5 TANDA ANDA LELAKI YANG SIHAT

Jarang sekali kita mendengar lelaki mengambil berat akan soal kesihatan mereka. Ada yang mengambil jalan mudah tidak kurang juga yang tidak ambil peduli langsung. Wahai kaum Adam, apakah anda mahu dikejarkan ke hospital baru anda ingin ambil tahu tentang tahap kesihatan anda? Jom kenalpasti 5 tanda anda lelaki yang sihat dengan meneruskan bacaan.

1. Warna kuku merah muda


Warna kuku biasanya menjadi penanda aras kesihatan yang paling mudah dilihat. Secara umumnya, orang yang sihat memiliki warna kuku merah muda (pink) yang lembut. Oleh itu, anda perlulah khuatir sekiranya terdapat perubahan pada warna kuku. Kuku yang berwarna kekuningan dan pertumbuhan kuku yang lambat merupakan tanda anda mempunyai penyakit berkaitan pernafasan. Sementara itu, kuku yang berlekuk merupakan petanda diabetes. Kekurangan nutrisi tertentu seperti zat besi juga mempengaruhi warna kuku.

2. Warna urin kuning muda



Secara umumnya, warna urin yang normal sangat bervariasi, bergantung kepada jumlah air yang diminum. Apabila kita minum air yang banyak, warna urin biasanya lebih jernih dan putih. Sebaliknya apabila tubuh terdehidrasi atau kurang air, warna urin akan menjadi lebih gelap dan kuning pekat. Selain warna, perhatikan juga perubahan pada bau yang kuat atau warna yang kemerahan. Segeralah berjumpa dengan doktor jika mengalami tanda-tanda tersebut.

3. Menghasilkan air mani



Seorang lelaki dewasa yang sihat mampu menghasilkan air mani sebanyak 2-5ml ketika ejakulasi. Seiring dengan pertambahan umur, penghasilan air mani akan berkurangan. Namun, apabila air mani yang dihasilkan kurang daripada 2ml, ia menunjukkan tanda hypersemia yang boleh mempengaruhi kesuburan lelaki. Selain itu, warna air mani juga mempengaruhi tahap kesihatan. Lelaki yang sihat mempunyai air mani yang berwarna putih dan pekat. Sekiranya air mani bercampur darah atau terlalu cair, anda perlulah berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin.

4. Denyut nadi 70 bpm



Denyut jantung ketika berehat adalah penanda aras yang baik untuk melihat kadar kesihatan seseorang. Untuk lelaki dewasa yang sihat, angka yang normal adalah sekitar 70-75 bpm (beat per minute). Untuk mengukurnya, letakkan 2 jari di urat nadi pergelangan tangan lalu hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat. Darabkan angka ini dengan 4 untuk mendapatkan nilai per minitnya.

5. Jenis kulit



Tanda-tanda anda mempunyai kulit yang sihat ialah yang bersifat elastik dan kembali normal apabila dicubit. Sebaliknya, kulit yang terdehidrasi akan kembali ke posisi normal dengan lambat setelah dicubit.

Mahu jadi lelaki yang sihat? Jom dapatkan Set Kesihatan Lelaki Shaklee untuk bekalan nutrisi terbaik bagi kesihatan lelaki.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment