CARIAN

Wednesday, December 10, 2014

EKZEMA DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK: PUNCA, SIMPTOM DAN RAWATAN

Ekzema adalah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh bayi dan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun. Ia biasanya terjadi kepada mereka sejak lahir dan akan hilang dengan sendirinya sebelum melangkah ke alam sekolah rendah. Terdapat pelbagai jenis ekzema tetapi Atopic eczema atau dematitis adalah sejenis ekzema yang biasa dialami oleh bayi dan kanak-kanak.

Ekzema di kalangan bayi dan kanak-kanak

PUNCA EKZEMA DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK

Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetengah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem imun yang terlalu rendah juga menjadi punca ekzema di samping ciri tidak normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan terbebas dan membiarkan bakteria masuk. Antara faktor yang mencetuskan ekzema di kalangan bayi dan kanak-kanak ialah:

° Pendedahan kepada bulu binatang.
° Penggunaan bahan kimia pada kulit.
° Pemakaian fabrik sintetik.
° Panas dan berpeluh.
° Cuaca kering dan sejuk.
° Tekanan perasaan atau stress.
° Kulit terlalu kering.

SIMPTOM EKZEMA DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK

° Kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok.
° Lokasi tumpuan ialah di bahagian muka, bahagian berlipat seperti leher, lengan, belakang lutut dan telinga serta pada kulit kepala.
° Terdapat bayi dan kanak-kanak yang mengalami ekzema di lutut atau siku.
° Kegatalan akibat ekzema selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Adakalanya kulit akan merekah dan menyebabkan berlakunya jangkitan.
° Kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik.

RAWATAN EKZEMA DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK

Menghidap ekzema bukan sahaja menyebabkan bayi dan kanak-kanak mengalami kegatalan pada kulit, malahan ia juga akan mengganggu tidur, pergaulan, dan emosi mereka. Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin dapat diubah sama sekali. Walaupun senarai berikut bukanlah satu penyelesaian, namun sebagai langkah rawatan, ubat-ubatan, produk penjagaan diri dan perubahan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema di kalangan bayi dan kanak-kanak daripada menjadi lebih teruk.

° Sapuan pelembap kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
° Kuku bayi dan kanak-kanak perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar semasa menggaru.
° Tuam menggunakan pek ais untuk mengurangkan kegatalan.
° Sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
° Tutup bahagian yang gatal dengan pakaian.
° Menggosok bahagian kulit yang gatal dengan perlahan untuk melegakan.
° Sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk. Elakkan permaidani dan binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah.
° Amalkan penyusuan susu ibu. Elakkan susu lembu, kekacang, telur dan makanan laut yang mungkin menyebabkan radang ekzema tercetus.
° Mengamalkan Set Ekzema Kanak-kanak Shaklee yang dirumus khas untuk membantu mengurangkan masalah ekzema pada bayi dan kanak-kanak.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment:

  1. sangat membantu....jok lawat ke sini untuk enzema

    https://sensasihot.wordpress.com/2015/11/22/cubaan-cubaan-yang-pernah-penulis-lakukan-untuk-enzema/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring