RAMBUT BERKELEMUMUR: MENGAPA IA BERLAKU DAN BAGAIMANA CARA MENGATASINYA?

APA ITU KELEMUMUR?

Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan. Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari tetapi dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari.

Rambut berkelemumur akan menjejaskan
penampilan dan keyakinan diri seseorang

BAGAIMANA RAMBUT BERKELEMUMUR BOLEH BERLAKU?

Rambut berkelemumur berlaku kerana faktor-faktor berikut:
° Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala.
° Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna.
° Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap.
° Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul.
° Pengeluaran minyak yang berlebihan.
° Perubahan hormon.
° Tekanan perasaan.
° Daya imuniti yang rendah.

BAGAIMANA MENCEGAH DAN MERAWAT RAMBUT BERKELEMUMUR?

° Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak.
° Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut.
° Gunakan syampu anti kelemumur. Contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya ialah:

Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur.
Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel.
Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur.
Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat.
Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat.

° Mengamalkan Set Rambut Kelemumur Shaklee untuk mencegah dan merawat rambut berkelemumur.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment