Skip to main content

CARA DAN PETUA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN SEMASA MENGANDUNG DAN HAMIL

Masalah keputihan adalah normal bagi setiap wanita selagi ia tidak berbau yang sangat busuk dan gatal serta mengakibatkan ketidakselesaan. Ibu mengandung/wanita hamil juga tidak dapat lari dari masalah ini. Kebiasaannya, adalah normal bagi ibu mengandung/wanita hamil mengalami lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa. Sekiranya lelehan tersebut bersifat cair dan berwarna seperti susu, anda tidak perlu risau. Walau bagaimanapun, jika berasa tidak selesa, anda boleh cuba cara dan petua mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil dengan meneruskan pembacaan.

Tetapi sekiranya lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej; terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda; anda akan rasa sakit apabila bersama suami; serta rasa sakit apabila membuang air kecil, anda perlu segera berjumpa doktor.

CARA DAN PETUA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN SEMASA MENGANDUNG DAN HAMIL
Keputihan bersifat cair dan berwarna seperti susu
adalah normal bagi kebanyakan ibu mengandung
dan wanita hamil

Bagaimana anda boleh mengalami masalah keputihan semasa mengandung dan hamil?

Semasa hamil, faraj mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans yang menyebabkan keputihan.

Adakah keputihan semasa mengandung dan hamil akan membahayakan bayi?

Tidak.

Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim.

Apakah cara dan petua mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil?

Sekiranya mengalami masalah keputihan semasa mengandung dan hamil, jangan sesekali:
° Menggunakan tampon kerana ini akan memperkenalkan bakteria baru kepada faraj.
° Membasuh kemaluan dengan sabun kerana ini akan mengganggu keseimbangan dan menjejaskan pH faraj yang normal.
° Berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini akan menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat.

Anda bolehlah amalkan cara dan petua mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil berikut:
° Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.
° Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
° Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
° Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.
° Gunakan pad atau panty liner yang memberikan keselesaan kepada anda.

Adakah terdapat produk Shaklee yang selamat untuk mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil?

Bagi ibu mengandung/wanita hamil, bawang putih membantu melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan tahap kolesterol. Khasiat bawang putih juga dapat mengurangkan keletihan semasa mengandung dan hamil. Selain itu, bawang putih ini berupaya memusnahkan bakteria berbahaya, kulat dan virus. Bawang putih juga berupaya membantu merawat jangkitan faraj seperti sindrom keputihan semasa mengandung dan hamil.

Garlic Complex Shaklee
Garlic Complex Shaklee membantu mengatasi
masalah keputihan semasa mengandung dan hamil

Garlic Complex Shaklee merupakan sumber antibiotik semulajadi, antikulat dan membantu meningkatkan imun sistem badan. Sebotol 60 tablet cuma berharga RM47.50. Jom baca testimoni Garlic Complex Shaklee membantu mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil berikut:

testimoni Garlic Complex Shaklee membantu mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil

testimoni Garlic Complex Shaklee membantu mengatasi masalah keputihan semasa mengandung dan hamil

Jangan ambil mudah masalah keputihan semasa mengandung dan hamil. Walaupun dikatakan tidak berbahaya, risiko jangkitan terhadap bayi dalam kandungan tetap ada terutamanya semasa proses kelahiran. Jadikan pengalaman mengandung dan hamil anda sesuatu yang menyeronokkan. Dapatkan sebotol Garlic Complex Shaklee hari ini juga!


Jika anda mencari suplemen semulajadi untuk diamalkan sepanjang kehamilan, anda bolehlah mencuba Set Ibu Mengandung Shaklee yang mengandungi semua nutrisi lengkap yang penting untuk perkembangan bayi dan kesihatan ibu mengandung/wanita hamil.


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

  1. saya juga makan garlic ni, emamng x de rasa bau bawang putih, selesa diamal

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembalikan Kesihatan Sendi dengan Vivix: Penyelesaian Terbaik untuk Sendi yang Sihat

Sakit sendi merupakan masalah yang kerap dialami, terutama bagi mereka yang berusia atau sering melakukan aktiviti berat. Kualiti hidup boleh terjejas apabila sendi-sendi mula sakit, kaku, atau meradang. Keadaan ini bukan saja menyukarkan pergerakan harian tetapi juga mengurangkan keyakinan diri. Tapi jangan risau, ada cara semulajadi untuk bantu kesihatan sendi dan mengekalkan pergerakan yang lancar – dengan bantuan Vivix. Punca Masalah Sendi Punca utama sakit sendi adalah kerosakan pada tulang rawan, yang berfungsi melindungi hujung tulang dalam sendi. Lama-kelamaan, faktor seperti penuaan, pemakaian sendi yang berlebihan, dan keradangan boleh menyebabkan tulang rawan ini haus atau pecah. Akibatnya, sendi-sendi akan mula bergesel, yang menyebabkan rasa sakit, bengkak, dan kekakuan. Selain itu, radikal bebas juga boleh mempercepatkan kerosakan sel pada sendi, meningkatkan risiko keradangan. Bagaimana Vivix Membantu Menyokong Kesihatan Sendi Vivix mengandungi bahan antioksidan yang tin...

8 Langkah Mudah untuk Melegakan Sakit Lutut dan Meningkatkan Kesihatan Sendi

Pagi tadi kita telah belajar tentang simptom sakit lutut dan petang tadi, kita kupas faktor dan puncanya. Sekarang, tiba masanya kita bincangkan cara-cara yang boleh membantu melegakan sakit lutut dan meningkatkan kesihatan sendi anda secara keseluruhan. 1. Lakukan Senaman Ringan – Senaman ringan seperti berjalan, berenang, atau yoga sangat membantu dalam menguatkan otot di sekitar lutut. Ini membantu untuk menyokong sendi lutut dan mengurangkan tekanan berlebihan yang boleh mencetuskan kesakitan. 2. Cuba Latihan Penguatan – Latihan khusus yang menguatkan otot paha, pinggul, dan betis juga penting untuk mengurangkan tekanan pada lutut. Contohnya, latihan squat ringan atau lunges yang dilakukan dengan teknik yang betul. 3. Kurangkan Berat Badan – Jika anda mengalami kelebihan berat badan, cubalah untuk turunkan sedikit demi sedikit. Setiap kilogram yang kita kurangkan, ia memberi impak besar dalam mengurangkan tekanan pada sendi lutut. 4. Gunakan Ais dan Panas – Ais boleh membantu mengu...

Sering Kena Gastrik? Ini 7 Tips Pantas & Berkesan Untuk Legakan Sakit Gastrik Anda!

Bayangkan pagi-pagi dah rasa pedih kat ulu hati. Nak makan pun serba salah sebab takut makin sakit. Bila sakit gastrik datang, memang rasa tak keruan. Korang yang pernah kena mesti faham betapa peritnya situasi ni. Tapi jangan risau, ada cara untuk atasi dan cegah sakit gastrik supaya hidup korang lebih tenang dan selesa. Hari ni saya nak kongsikan punca, faktor risiko, tanda-tanda gastrik, dan paling penting, 7 tips pantas yang korang boleh cuba untuk legakan sakit gastrik. Saya juga akan cerita tentang produk Shaklee yang boleh bantu atasi masalah ni. Punca Gastrik Gastrik terjadi apabila lapisan perut (mukosa) mengalami keradangan atau iritasi. Beberapa punca utama gastrik termasuk: Pola makan yang tak teratur – Lewat makan atau skip waktu makan boleh sebabkan asid perut terkumpul dan mencederakan dinding perut. Tekanan/stres – Bila korang stres, badan akan menghasilkan lebih banyak asid perut. Pengambilan makanan pedas dan berasid – Ini boleh merangsang pengeluaran asid p...

Kenali Tanda-Tanda Awal Gout Sebelum Ia Menjadi Lebih Serius

Gout mungkin nampak macam masalah kecil pada mulanya, tapi kalau dibiarkan, ia boleh memberi kesan besar pada kualiti hidup korang. Bayangkan sakitnya sendi, terutama di bahagian kaki, sampai nak berjalan pun rasa perit. Ramai yang anggap sakit ni hanya untuk orang tua, tapi sebenarnya, sesiapa pun boleh kena, terutamanya lelaki berusia 30-an ke atas. Apa sebenarnya gout? Kenapa ia berlaku? Dan macam mana korang boleh cegah sebelum ia jadi lebih serius? Jom kita bincangkan semuanya, termasuk bagaimana produk Shaklee boleh bantu korang kawal masalah ni. Apa Itu Gout? Gout adalah sejenis arthritis yang disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi dalam darah. Bila badan korang tak dapat singkirkan asid urik ni dengan betul, ia akan berkumpul di sendi dalam bentuk kristal tajam. Ini yang menyebabkan rasa sakit dan bengkak pada sendi. Punca Gout Pengambilan makanan tinggi purin Makanan seperti daging merah, makanan laut, dan organ dalaman haiwan mengandungi purin yang tinggi. ...

Tambah Susu Badan: Jangan Biarkan Bayi Anda Kelaparan

Bila ada bayi, semua ibu pasti nak berikan yang terbaik.   Menyusukan anak adalah satu pengalaman yang sangat istimewa, tapi tak dinafikan ada juga cabarannya.   Salah satu cabaran terbesar?   Susu badan tak cukup.   Mungkin anda dah cuba macam-macam cara tapi susu tetap tak bertambah.   Jangan risau, anda tak keseorangan.   Ramai ibu lain pun pernah berada di tempat yang sama.   Mari kita kupas punca masalah ni, faktor penyumbang, dan cara terbaik untuk tambahkan susu badan.   Kenapa Susu Badan Jadi Kurang?   Susu badan bergantung pada prinsip "supply and demand".   Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dihasilkan.   Tapi, ada beberapa sebab kenapa susu badan boleh kurang.   Antaranya, teknik penyusuan yang kurang betul.   Kalau bayi tak dapat latch dengan baik, susu tak akan keluar dengan sempurna.   Dehidrasi juga boleh jadi punca....