Skip to main content

Cara makan supplement shaklee yang betul

Alhamdulillah sehingga hari ini masih dikurniakan umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat. Sebelum memulakan hari yang ceria terutamanya pada musim cuti sekolah ini, adalah lebih afdal sekiranya dipanjatkan kepada Allah swt agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hari ini. Jom solat dhuha sekejap.


Produk-produk Shaklee yang selalu habis di pasaran

Saya nak kongsikan produk Shaklee yang diambil seharian. Mungkin sedikit berbeza dengan orang lain tapi matlamatnya tetap sama, nak mencegah daripada terkena penyakit. Bila dah sakit juga, redha sahajalah. Anggaplah Allah nak hapuskan dosa-dosa dari diri. Kifarah.


tips dari admin shaina shop


Sebelum Sarapan

Selepas bangun pagi sebelum sarapan, saya akan mengambil satu sudu vivix. Saya guna sudu plastik putih bersaiz ala-ala sudu teh. Vivix ni senang meleleh keluar dari botol, so sudu plastiklah penyelesaiannya.
Tak percaya? cuba dulu. Info lanjut mengenai Vivix di sini.

vivix shaklee shaina shop


Ketika bersarapan dan selepas sarapan

Selepas atau semasa sarapan, campuran ESP dan mealshake. Kalau tak sarapan nasi lemak atau roti canai pun, minum ESP + Mealshake pun dah cukup mengenyangkan tahan sampai pukul 12.00 tengah hari. Minum 3 sudu ESP setiap hari sangat bagus untuk sistem imun tubuh badan. Ibarat foundation untuk bina sistem imun diri yang lain. ESP duduk dilapisan yang paling bawah, untuk kita susun binaan-binaan supplement di atasnya. Ikuti info lanjut mengenai ESP di sini untuk ESP dan di sini untuk Mealshake.
ESP Shaklee shaina shop Meal shake shaklee shaina shop

Selepas sarapan

Biasanya lepas sarapan nasi lemak atau dua roti canai kosong saya akan ambil 3 biji alfalfa complex & 1 biji zinc complex. Alfalfa terkenal dengan fungsi detokskan bahan bertoksin keluar dari tubuh badan. Baca kebaikan Alfalfa di sini. Manakala zinc pula salah satunya berfungsi ia boleh melebatkan rambut. Jadi kalau orang yang bimbang rambut senang gugur, rambut banyak gugur, nak cari jalan macamana mengelakkan keguguran rambut, boleh ambil zinc lebih sikit. Sini ada info zinc complex.







Selepas makan tengah hari

Kemudian lepas makan tengah hari lauk kari ayam dengan sambal ikan tumis, dipadankan lagi dengan sayur pucuk paku cili api dengan sambal belacan, memang terangkat pinggan dari meja. Mak mertua lalu belakang pun tak perasan. Produk shaklee yang diambil selepas makan tengah hari ialah Vitalea, Vita C, dan B-complex. Kalau cukup makan 2 mangkuk sayuran hijau, tak perlu ambil Vitalea. Kalau tak cukup, then baru amik satu biji. Vitalea adalah Multivitamin. Baca info Vitalea di sini. Vitamin C pula mudah hilang dari badan, jadi Vita-C dengan ciri-ciri sustain release, maksudnya dia larut sikit-sikit, tak larut sekaligus bila telan. Jadi 500mg vita-c tahan untuk 5 jam. 1 jam larut 100mg sahaja. Canggih betul Vita-C ni. info pasal Vita C di sini. B-Complex memang terbaik. Indikator badan kita cukup vitamin B ialah, bila kita buang air kecil, warna air kencing yang kuning bersih. Kalau air kencing warna kuning perang tu nampaknya macam tak cukup minum air. Kena banyak minum air suam. Itu cuma nak tahu sahaja, tapi kebaikan B-Complex yang lain boleh dibaca di sini.

vitalea shaklee shaina shop


Selepas makan malam dan sebelum tidur

Selepas makan malam sejurus sebelum tidur, saya akan makan sebiji omegaguard dan Vita-E. Omega guard untuk cegah kolesterol tinggi yang boleh menyebabkan migrain dan katarak. Nak tahu apa lagi kebaikan Omegaguard? baca selanjutnya di sini. Vita-E pula adalah vitamin kasih sayang suami isteri. Sangat-sangat afdal diambil pada malam jumaat. Di antara kebaikan vita-E ialah dapat mengeratkan hubungan suami isteri di samping menjadikan sang suami gagah perkasa tanpa perlu mengambil produk kuat yang diperbuat dari bahan sintetik di pasaran yang diketahui selain membahayakan, malah merisikokan salah satu asbab hikmah perkahwinan. Baca selanjutnya di sini.

omega guard shaklee shaina shopvita E complex shaklee shaina shop


Waktu-waktu lain 

Selain dari waktu-waktu yang dinyatakan di atas, ada juga waktu-waktu tertentu yang sesuai untuk mengambil produk shaklee antaranya Nutriferon, garlic, carotomax dan performance drink.

Nutriferon sesuai diambil bila badan rasa mula nak demam, tekak mula rasa sakit, rasa nak mula selesema, dan macam-macam lagi rasa bila badan nak sakit, boleh ambil satu sachet nutriferon. Saya jarang campurkan dalam air. Lepas koyakkan satu sachet, terus telan mentah-mentah. Kalau tak lalu telan mentah-mentah, boleh larutkan dalam secawan air suam dan minum sampai habis. Info tentang Nutriferon di sini. Ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah imunisasi.

nutriferon shaklee shaina shop


Garlic Complex macam pil panadol. Tapi sekarang, orang dah makin sedar bahaya panadol. Info tentang bahaya panadol boleh didapati di sini: www.panadol.com/info. Ubat tradisional orang dulu-dulu kalau badan mula rasa tak sedap mereka akan telah seulas bawang putih. Sama juga dengan Garlic complex, telan sebiji untuk cegah demam, selesema dan batuk dari berterusan. Baca infor garlic complex di sini.



Carotomax pula sesuai diambil oleh orang yang nak cegah mata rabun. Kalau pergi check mata, optometris tu kata ok tuan/puan power sekarang 150, so kalau takut kena pakai cermin mata, ambil carotomax sebiji setiap hari selama 6 bulan. Insha Allah power tu akan turun dan worst case, ia akan kekal tak naik-naik. Saya sendiri adalah testimoni bergerak untuk produk carotomax. Saya mula pakai cermin mata pada usia 16 tahun. Tapi selepas terjumpa dengan carotomax, saya tidak lagi memakai cermin mata. ketika itu usia saya adalah 23 tahun. pada waktu itu carotomax dikenali sebagai beta-carotene. sekarang shaklee dah upgrade kandungan beta-carotene dan jadilah dia dengan nama baru iaitu carotomax. info carotomax di sini.



Performance Drink sangat sesuai untuk mereka yang mencari alternatif untuk 100 plus. Seperti minuman bertenaga yang lain, sangat berguna di saat anda ingin mengelakkan rasa mengantuk terutamanya ketika sedang memandu jarak jauh di lebuhraya. Baca kebaikan Performance Drink di sini.

performance drink shaklee shaina shop


Ikuti tips-tips seterusnya dalam artikel saya yang bakal diterbitkan tak lama lagi ataupun hubungi saya menerusi nombor yang tertera di bawah sekiranya info vitamin yang anda cari tiada di dalam entri ini.


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767/016-2022416
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

Kembalikan Kesihatan Sendi dengan Vivix: Penyelesaian Terbaik untuk Sendi yang Sihat

Sakit sendi merupakan masalah yang kerap dialami, terutama bagi mereka yang berusia atau sering melakukan aktiviti berat. Kualiti hidup boleh terjejas apabila sendi-sendi mula sakit, kaku, atau meradang. Keadaan ini bukan saja menyukarkan pergerakan harian tetapi juga mengurangkan keyakinan diri. Tapi jangan risau, ada cara semulajadi untuk bantu kesihatan sendi dan mengekalkan pergerakan yang lancar – dengan bantuan Vivix. Punca Masalah Sendi Punca utama sakit sendi adalah kerosakan pada tulang rawan, yang berfungsi melindungi hujung tulang dalam sendi. Lama-kelamaan, faktor seperti penuaan, pemakaian sendi yang berlebihan, dan keradangan boleh menyebabkan tulang rawan ini haus atau pecah. Akibatnya, sendi-sendi akan mula bergesel, yang menyebabkan rasa sakit, bengkak, dan kekakuan. Selain itu, radikal bebas juga boleh mempercepatkan kerosakan sel pada sendi, meningkatkan risiko keradangan. Bagaimana Vivix Membantu Menyokong Kesihatan Sendi Vivix mengandungi bahan antioksidan yang tin...

8 Langkah Mudah untuk Melegakan Sakit Lutut dan Meningkatkan Kesihatan Sendi

Pagi tadi kita telah belajar tentang simptom sakit lutut dan petang tadi, kita kupas faktor dan puncanya. Sekarang, tiba masanya kita bincangkan cara-cara yang boleh membantu melegakan sakit lutut dan meningkatkan kesihatan sendi anda secara keseluruhan. 1. Lakukan Senaman Ringan – Senaman ringan seperti berjalan, berenang, atau yoga sangat membantu dalam menguatkan otot di sekitar lutut. Ini membantu untuk menyokong sendi lutut dan mengurangkan tekanan berlebihan yang boleh mencetuskan kesakitan. 2. Cuba Latihan Penguatan – Latihan khusus yang menguatkan otot paha, pinggul, dan betis juga penting untuk mengurangkan tekanan pada lutut. Contohnya, latihan squat ringan atau lunges yang dilakukan dengan teknik yang betul. 3. Kurangkan Berat Badan – Jika anda mengalami kelebihan berat badan, cubalah untuk turunkan sedikit demi sedikit. Setiap kilogram yang kita kurangkan, ia memberi impak besar dalam mengurangkan tekanan pada sendi lutut. 4. Gunakan Ais dan Panas – Ais boleh membantu mengu...

Sering Kena Gastrik? Ini 7 Tips Pantas & Berkesan Untuk Legakan Sakit Gastrik Anda!

Bayangkan pagi-pagi dah rasa pedih kat ulu hati. Nak makan pun serba salah sebab takut makin sakit. Bila sakit gastrik datang, memang rasa tak keruan. Korang yang pernah kena mesti faham betapa peritnya situasi ni. Tapi jangan risau, ada cara untuk atasi dan cegah sakit gastrik supaya hidup korang lebih tenang dan selesa. Hari ni saya nak kongsikan punca, faktor risiko, tanda-tanda gastrik, dan paling penting, 7 tips pantas yang korang boleh cuba untuk legakan sakit gastrik. Saya juga akan cerita tentang produk Shaklee yang boleh bantu atasi masalah ni. Punca Gastrik Gastrik terjadi apabila lapisan perut (mukosa) mengalami keradangan atau iritasi. Beberapa punca utama gastrik termasuk: Pola makan yang tak teratur – Lewat makan atau skip waktu makan boleh sebabkan asid perut terkumpul dan mencederakan dinding perut. Tekanan/stres – Bila korang stres, badan akan menghasilkan lebih banyak asid perut. Pengambilan makanan pedas dan berasid – Ini boleh merangsang pengeluaran asid p...

Kenali Tanda-Tanda Awal Gout Sebelum Ia Menjadi Lebih Serius

Gout mungkin nampak macam masalah kecil pada mulanya, tapi kalau dibiarkan, ia boleh memberi kesan besar pada kualiti hidup korang. Bayangkan sakitnya sendi, terutama di bahagian kaki, sampai nak berjalan pun rasa perit. Ramai yang anggap sakit ni hanya untuk orang tua, tapi sebenarnya, sesiapa pun boleh kena, terutamanya lelaki berusia 30-an ke atas. Apa sebenarnya gout? Kenapa ia berlaku? Dan macam mana korang boleh cegah sebelum ia jadi lebih serius? Jom kita bincangkan semuanya, termasuk bagaimana produk Shaklee boleh bantu korang kawal masalah ni. Apa Itu Gout? Gout adalah sejenis arthritis yang disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi dalam darah. Bila badan korang tak dapat singkirkan asid urik ni dengan betul, ia akan berkumpul di sendi dalam bentuk kristal tajam. Ini yang menyebabkan rasa sakit dan bengkak pada sendi. Punca Gout Pengambilan makanan tinggi purin Makanan seperti daging merah, makanan laut, dan organ dalaman haiwan mengandungi purin yang tinggi. ...

Tambah Susu Badan: Jangan Biarkan Bayi Anda Kelaparan

Bila ada bayi, semua ibu pasti nak berikan yang terbaik.   Menyusukan anak adalah satu pengalaman yang sangat istimewa, tapi tak dinafikan ada juga cabarannya.   Salah satu cabaran terbesar?   Susu badan tak cukup.   Mungkin anda dah cuba macam-macam cara tapi susu tetap tak bertambah.   Jangan risau, anda tak keseorangan.   Ramai ibu lain pun pernah berada di tempat yang sama.   Mari kita kupas punca masalah ni, faktor penyumbang, dan cara terbaik untuk tambahkan susu badan.   Kenapa Susu Badan Jadi Kurang?   Susu badan bergantung pada prinsip "supply and demand".   Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dihasilkan.   Tapi, ada beberapa sebab kenapa susu badan boleh kurang.   Antaranya, teknik penyusuan yang kurang betul.   Kalau bayi tak dapat latch dengan baik, susu tak akan keluar dengan sempurna.   Dehidrasi juga boleh jadi punca....